Kecoh di media sosial semalam apabila pempengaruh dan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri meninggalkan sebuah komen di Instagram penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi coretan komen tersebut, penyanyi lagu hit Abang Nak Tegur itu menitipkan pujian buat idolanya selain sempat bertanyakan soalan adakah penyanyi lagu popular Nirmala itu mengenali dirinya mahupun tidak.
ARTIKEL BERKAITAN: “Nawaitu, Senyum &…” Ini Rupanya ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Untuk Sentiasa Dimurahkan Rezeki
“Cantiknya awak idola saya, awak kenal tak saya artis nombor 1 ini,” tulisnya di ruangan komen.
Di samping itu, coretan tersebut sekaligus menerima perhatian daripada Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti dengan mengakui Aliff merupakan penyanyi nombor satu negara selain menjawab yang dirinya turut mengenali bapa kepada enam orang cahaya mata itu.
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu turut akui dia di belakang usahawan sensasi berkenaan.
“Mestilah saya kenal awak, penyanyi nombor 1. Saya di belakang awak ya,” balas penyanyi kelahiran negeri Pahang itu.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya menzahirkan rasa terhibur selain menganggap Siti ‘terpaksa’ untuk menjawab komen yang diajukan itu.
Bukan setakat itu sahaja, usahawan kosmetik itu juga menyatakan hasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza pada tahun hadapan tahun depan, menerusi sebuah hantaran di Instagramnya.
Katanya, ibu kepada dua cahaya mata itu adalah penyanyi yang setaraf dan bersesuaian dengan bakat yang dimiliki olehnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Siti Nurhaliza & Aliff Syukri