Baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Homegrown Award di Majlis Nona Superwoman 2020, Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali memacu jenama Simplysiti ke hadapan menerusi satu perjanjian persefahaman bersama Universiti Teknologi Mara.
Menerusi perjanjian persefahaman tersebut, SimpliSiti bersama universiti terbesar di Malaysia itu bersetuju memberi pendedahan kepada para pelajar tentang selok belok dunia perniagaan menerusi operasi secara dalam talian ataupun penggunaan kiosk.
Dalam laporan Bernama, Siti Nuhaliza berkata, “Bagi pelajar UiTM yang berminat, kita akan berikan Latihan dan khidmat nasihat secara dalam talian serta bahan-bahan untuk mempromosikan barangan SimplySiti. Apa yang pelajar perlu ingat untuk menjadi usahawan berjaya, perkara paling penting adalah kesungguhan dan sikap mahu berusaha.”
Ads
Menyasarkan 600 pelajar yanag akan menjadi ejen pesan hantar menerusi projek rintis ini. Siti Nuhaliza memilih tiga kampus di pantai timur (UiTM Machang, UiTM Dungun & UiTM Jengka) dahulu dalam usaha membangunkan sikap keusahawanan ini kerana mereka memiliki minat berniaga yang tinggi. Bermula dengan tiga kampus ini, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan konsep ini akan dibuka ke seluruh negara.
Ads
Selain SimplySiti dua lagi syarikat lain yang turut serta dalam jalinan ini adalah Shopee Mobile Malaysia dan Xin Global. Menurut Ahli Lembaga pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin MoU ini meruapakn kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi dunia keusahawanan memandangkan situasi semasa pandemik Covid-19 dilihat menyukarkan graduan mendapatkan pekerjaan.
Masalah resdung atau sinus merupakan antara penyakit yang sering dihidapi oleh kebanyakan individu dan simptomnya adalah sangat mudah iaitu kerap terbersin teruk ketika bangun pagi.
Resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu alahan hidung (allergic rhinitis) dan radang sinus (sinusitis). Alahan hidung bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tapi merupakan satu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama dan bulu binatang.
Bagi pesakit resdung, sudah pasti mereka sering kali mencari alternatif rawatan dengan mendapatkan jenis ubat-ubat terbaik bagi mengawal masalah ini.
Berikut kami senaraikan antara ubat untuk melegakan masalah selesema yang lazimnya dihidapi oleh pesakit resdung dan boleh juga dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mencari rawatan menyembuhkan masalah selesema.
1. Clarinase
Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada decongestant). Ubat ini tidak menyebabkan mengantuk dan ini antara yang paling popular bagi pesakit sinus.
2. Chloramine
Ubat selesema jenis syrup, sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ubat ini menyebabkan mengantuk.
3. Peace syrup
Sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan menyebabkan mengantuk.
4. Polarax syrup
Sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ubat ini juga menyebabkan mengantuk
5. Adezio
Ubat selesema jenis syrup ini sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan ia tidak menyebabkan mengantuk.
6. Ezede-D
Ubat selesema jenis syrup sesuai untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan tidak mengantuk juga.
7. Carinox
Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada decongestants) dan tidak menyebabkan mengantuk. Ubat ini juga antara yang popular.
8. Simtec
Ubat selesema berbentuk tablet, tidak menyebabkan mengantuk, harga berpatutan dan menjadi kegemaran ramai.
9. Telfast
Ubat selesema berbentuk tablet yang paling tidak terasa mengantuk. Ia baru di pasaran, keberkesanannya cepat dan tahan 24 jam. Boleh diambil sebelum makan.
10. Corifed
Ubat selesema berbentuk tablet untuk hidung tersumbat (ada decongestants) menyebabkan mengantuk.
11. Chloramine
Sesuai untuk hidung yang berair sahaja (tidak tersumbat) dan menyebabkan mengantuk
12. Loratadine
Ubat selesema berbentuk tablet, tidak mengantuk dan harganya berpatutan
Walau bagaimanapun, sebelum membeli sebaiknya korang mendapatkan terlebih dahulu nasihat doktor kerana ubat-ubatan ini bukannya sesuai untuk setiap individu. Perlu korang fahami juga, ubat-ubatan yang mengandungi decongestants tidak sesuai diambil bagi mereja yang mempunyai darah tinggi kerana ia boleh menaikkan lagi darah tinggi jika pesakit mempunyai penyakit itu.
Oleh sebab itu juga, tidak semua ubat yang sesuai untuk korang adalah baik juga kepada orang lain. Jadi, lebih baik sebelum membeli, dapatkan dahulu nasihat daripada pakar.
Tumpuan dunia terarah kepada negara Türkiye dan Syria yang telah digegarkan dengan tragedi gempa bumi awal pagi Isnin waktu tempatan.
Dengan angka kematian yang dilaporkan telah mencecah angka 4,372 orang dan berbelas ribu lagi mangsa cedera, gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud itu telah menjadikan kedua-dua buah negara kejiranan itu topik trending sejak semalam lagi.
Ini sekaligus merupakan bencana alam besar kedua yang meladan negara Türkiye selepas ia ribuan hektar hutannya pernah terbakar pada pertengahan tahun 2021 sehingga mencetuskan pergerakkan global #PrayForTurkey pada waktu itu.
Salah satu perkara yang diperkatakan adalah mengenai ejaan dan sebutan nama negara Türkiye. Ramai tertanya-tanya adakah ia sama dengan nama Turki atau dalam ejaan bahasa Inggeris, Turkey yang mereka kenali selama ini dan mengapakah ia bertukar?
Jika disoroti sejarah penukaran nama Turki kepada Türkiye, ia secara rasminya telah diumumkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun 2022 setelah Menteri Luarnya pada waktu itu, Mevlut Cavusogla mewakili Presiden dan mengemukakan permintaan rasmi untuk menukar nama negara sejak tahun 2021 lagi.
Jelas Cavusogla, ejaan Turkiye yang disebut sebagai ‘Tur-key-yay’ itu mewakili dan menggambarkan budaya, tamadun serta nilai rakyat negara Turki. Ia juga mempunyai nama panjang iaitu Türkiye Cumhuriyeti ataupun Republik Türkiye.
Bagi yang keliru dengan penggunaan huruf ü pula, ia bukanlah kesalahan typo tau. Sebaliknya, bahasa Türkiye sememangnya menambah tiga huruf vokal iaitu İ (disebut ‘ee’), Ö (disebut seperti o tetapi bibir perlu dimuncungkan) dan Ü (disebut ‘oo’). Lalu, ia menjadikan jumlah keseluruhan huruf yang ada dalam bahasa Türkiye menjadi 29 huruf.
Penukaran ejaan ini juga rupa-rupanya tidak janggal bagi penduduk negara itu memandangkan mereka selama ini menyebut Turki sebagai Türkiye.
Menariknya, perubahan ejaan itu juga disebabkan rasa kurang senang Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan dengan masyarakat antarabangsa yang selalu menyamakan Turki dengan menu tradisional ‘ayam belanda’ atau ‘Turkey’ yang disajikan semasa sambutan Thanksgiving, Hari Natal dan Tahun Baharu.
Sedangkan, nama Turki yang berasal daripada istilah asal Latin ‘Turcus’ membawa maksud yang cukup mendalam iaitu ‘kekuatan’.
‘Turki’ atau dalam ejaan bahasa Inggerisnya, ‘Turkey’ juga mempunyai dua lagi maksud lain yang agak negatif.
Dalam bahasa Inggeris, perkataan turkey boleh merujuk kepada gelaran untuk individu yang dungu jika digunakan seperti ini; “You are such a turkey.” Satu lagi maksud lain untuk perkataan turkey adalah kegagalan teruk dan ia digunakan seperti ini; “My examination result is a complete turkey.”
Tidak hairanlah Presiden Türkiye ingin mengubah ejaan dan sebutan negaranya dengan segera.
*
Setelah mendapat lampu hijau daripada PBB dan ia diumumkan secara rasmi oleh media antarabangsa, stesen televisyen dan media Türkiye segera melakukan perubahan terhadap ejaan dan melancarkan kempen penjenamaan semula nama negara mereka.
Sebagai info, penukaran ejaan dan sebutan nama negara bukanlah sesuatu yang baharu dalam sejarah tamadun moden dunia. Seperti Türkiye, beberapa buah negara lain yang pernah menukar nama negara mereka termasuklah Thailand (Siam), Iran (Persia), Zimbabwe (Rhodesia), Eswatini (Swaziland) dan Macedonia Utara (Macedonia).
Manakala, Belanda yang dikenali sebagai Netherlands pula menggugurkan ‘nama keduanya’ Holland untuk mengelak kekeliruan masyarakat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 nyata tidak merencatkan perjalanan pertandingan Miss Universe di setiap negara yang terlibat. Sebagai contoh Malaysia mengadakan pertandingan secara tertutup dan menyiarkannya secara virtual, terbaru negara jiran kita, Singapura telah melakukan pengumuman siapakah wakil mereka menerusi aplikasi Zoom.
Tidak melakukan pertandingan seperti tahun sebelumnya, Organisasi Miss Universe Singapura menerusi Pengarah Kebangsaannya, Valerie Lim, telah memilih Bernadette Belle Ong, 26, sebagai wakil negara tersebut. Bernadette yang merupakan seorang model pelakon dan juga pengacara merupakan finalis Miss Universe Singapura 2019 dan berada dalam kelompok 10 terbaik.
Awalnya dia dipilih untuk mewakili Singapura dalam pertandingan Miss Charm International, namun disebabkan pandemik dan pertandingan tersebut ditunda, organisasi mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pertandingan Miss Universe yang lebih berprestij.
Dengan ketinggian 170cm, Bernadette merupakan gadis berketurunan cina yang berasal dari Filipina sebelum berpindah ke Singapura bersama keluarganya pada tahun 2004. Untuk mempersiapkan diri agar lebih kompetitif fan bersedia, dia akan dihantar ke Filipina untuk dilatih oleh Jonas Gaffud yang merupakan Pengarah Kreatif bagi organnisasi Miss Universe Filipina.
Dalam sejarah Miss Universe, Singapura pernah dua kali menjadi finalis separuh akhir iaitu pada tahun 1983 dan 1987.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...