Meterai MoU Bersama UiTM. Siti Nurhaliza Buka Peluang Pelajar Berniaga.

Share

Baru sahaja dinobatkan sebagai penerima Anugerah Homegrown Award di Majlis Nona Superwoman 2020, Datuk Seri Siti Nuhaliza sekali memacu jenama Simplysiti ke hadapan menerusi satu perjanjian persefahaman bersama Universiti Teknologi Mara.

Menerusi perjanjian persefahaman tersebut, SimpliSiti bersama universiti terbesar di Malaysia itu bersetuju memberi pendedahan kepada para pelajar tentang selok belok dunia perniagaan menerusi operasi secara dalam talian ataupun penggunaan kiosk.

Dalam laporan Bernama, Siti Nuhaliza berkata, “Bagi pelajar UiTM yang berminat, kita akan berikan Latihan dan khidmat nasihat secara dalam talian serta bahan-bahan untuk mempromosikan barangan SimplySiti. Apa yang pelajar perlu ingat untuk menjadi usahawan berjaya, perkara paling penting adalah kesungguhan dan sikap mahu berusaha.”

Bersama anak sulungnya. Sumber Gambar: via Instagram CTDK

Menyasarkan 600 pelajar yanag akan menjadi ejen pesan hantar menerusi projek rintis ini. Siti Nuhaliza memilih tiga kampus di pantai timur (UiTM Machang, UiTM Dungun & UiTM Jengka) dahulu dalam usaha membangunkan sikap keusahawanan ini kerana mereka memiliki minat berniaga yang tinggi. Bermula dengan tiga kampus ini, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan konsep ini akan dibuka ke seluruh negara.

Selain SimplySiti dua lagi syarikat lain yang turut serta dalam jalinan ini adalah Shopee Mobile Malaysia dan Xin Global. Menurut Ahli Lembaga pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin MoU ini meruapakn kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi dunia keusahawanan memandangkan situasi semasa pandemik Covid-19 dilihat menyukarkan graduan mendapatkan pekerjaan.

Sumber: Bernama

Published by
Fiezreen