MetMalaysia Jangka Fasa Peralihan Monsun Bermula Isnin, Berkemungkinan Banjir Kilat!

Share

Sejak awal pagi tadi, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan nasib mangsa-mangsa banjir  dan keadaan tanah runtuh di Ampang semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’

Terbaru, METMalaysia atau Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan tengah hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun di Malaysia akan bermula pada 14 Mac 2022 (Isnin).

Twitter MET MALAYSIA

Fasa Fasa Peralihan Monsun dijangka berterusan hingga pertengahan Mei tahun ini, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut di Malaysia.

Menurut kenyataan MetMalaysia, rantau negara diramal menerima tiupan angin lemah daripada pelbagai arah semasa fasa ini.

Tiupan angin lemah dikatakan amat sesuai untuk berlaku ribut petir yang pada umumnya membawa hujan lebat dan angin kencang dalam jangka waktu yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta bahagian barat dan tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.

NTT. ANTARA FOTO/Rivan Awal Lingga/pd/16

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca seperti ini berkemungkinan mengakibatkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.

Take care semua!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: MetMalaysia

Published by
Nana