
Tahniah buat Mia Ahmad dan suami!
Pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.25 pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah lekang mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Untuk rekod, pelakon drama popular Hati Perempuan itu mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mohd Izham Tarmizi Roslan
Miss Malaysia Antara Yang Tercantik & Disukai, Ini Cara Korang Boleh VOTE Mereka

Musim pertandingan ratu cantik ataupun pageant nyata sedang melanda dunia.
Ini berikutan dua buah pertandingan mega yang sedang berlangsung pada waktu yang sama. Miss Universe 2019 bakal menobatkan juaranya pada 8 Disember ini di Atlanta, Amerika Syarikat. Manakala, acara akhir Miss World 2019 pula akan dilangsungkan pada 14 Disember kelak di United Kingdom.
Jauhnya wakil Malaysia pula 'terbang' untuk membawa nama negara!
Sebagai penyokong, apa kata kita pastikan perjalanan mereka itu berbaloi dengan memberi undian kepada Shweta Sekhon dan Alexis SueAnn
.
.
.
Undian bagi peserta Miss Universe 2019 telahpun dibuka bermula 2 hari lalu. Korang boleh tunjukkan sokongan kepada wakil Malaysia dengan melayari laman web missuniverse.com, scroll dan klik pada profil Shweta Sekhon.
Peserta yang menerima undian terakhir peminat akan mara ke peringkat Top 20 pada malam finale Miss Universe secara automatik. Undian pula akan berakhir pada Jumaat, 11.59 pm waktu Atlanta USA (sekitar jam 1 tengah hari Sabtu, waktu Malaysia).
Mungkin kali ini, wakil dari Malaysia akan mara ke peringkat Top 20 Miss Universe setelah kita gagal menembusi carta itu untuk tempoh yang cukup lama.
*
Seorang lagi wakil Malaysia yang tak kurang cantik, bijak dan berbakat juga kini sedang berjuang di pentas ratu cantiknya.

Dia ialah Alexis SueAnn yang sedang bertarung untuk pertandingan Miss World 2019yang sedang berlangsung di London, United Kingdom.
Berbanding Miss Universe yang hanya akan memilih 20 orang finalis akhir, Miss World menempatkan carta Top 40 dan salah satu cara mereka mara adalah menerusi undian ini.
Untuk mengundi, layari laman web Miss World, scroll dan klik pada profil Alexis SueAnn. Buat masa ini, Alexis nyata sedang menerima sokongan padu rakyat Malaysia. Dengan bantuan korang, gadis berketinggian 175sm ini mempunyai peluang cerah untuk mengharumkan nama negara.
*
Untuk melihat persiapan gaun & kostum tradisional milik Shweta Sekhon, klik pautan di bawah:
Elak Jadi Pelupa, Tun M Kongsi Rahsia. Take Note Gaiss..

Sering kalikan kita terlupa apa yang diajar guru. Lebih-lebih lagi bagi pelajar universiti yang perlu menghafal banyak nota-nota ketika berada di dewan kuliah. Bukan mudah sebenarnya untuk berjaya namun tidaklah juga susah untuk tidak mencapai kejayaan. Janji kita tahu apa rahsia belajar. Betul tak?
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin tertua di dunia. Seluruh dunia mengagumi kebijaksanaannya terutama berucap tanpa memegang teks ucapan yang biasanya disediakan oleh para pegawainya. Lihatlah bagaimana Tun M dikagumi ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 baru -baru ini sehingga menimbulkan kekaguman tentang keupayaannya tidak melihat teks di sediakan.
Seperti semua orang ada rahsia dan teknik belajar, buat para pelajar khususnya di universiti, mungkin korang boleh meniru rahsia Tun M yang satu ini terutama mengelak dari menjadi pelupa.
Untuk makluman korang semua, teknik elak pelupa yang begitu berkesan diamalkan oleh Tun M ialah sentiasalah membawa buku catatan kecil walau ke mana jua korang pergi.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Tun M yang akan sentiasa membawa buku catatan kecilnya mana-mana jua dan akan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan anggota Kabinet.
“Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan,” katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom pada Isnin.

Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya.
“Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh,” katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan.
Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London.
Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya.
“Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kabinet, saya sebutlah benda ini.
“Sebagai perdana menteri, saya bertanggungjawab secara keseluruhan, yang jalan tugas menteri-menteri. Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu, supaya dia ambil tindakan,” katanya.
– Bernama
Senarai Drama Korea Yang Akan Ditayangkan Sepanjang November Ini

Isi Kandungan
ToggleHanya lebih kurang dua bulan saja lagi kita bakal meninggalkan tahun 2020. Dalam situasi pandemik yang melanda negara, masyarakat di Malaysia rata-ratanya ramai yang melakukan kerja dari rumah. Dikesempatan ini juga, mereka turut mengisi masa lapang untuk menonton K-Drama bagi mengisi masa terluang.
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tahu drama Korea terbaru yang bakal ditayangkan sepanjang bulan November ini kan?
Jom kita lihat drama apa yang menarik bulan ini.
1. Birthcare Center
Menggantikan slot Record of Youth, drama ini menceritakan tentang Oh Hyun Jin, seorang eksekutif muda yang baru saja melahirkan anak pertamanya dan tinggal di pusat eksklusif rawatan penjagaan dalam pantang selepas bersalin. Di sana, dia mula bertemu dengan para ibu baru yang juga baru melahirkan, termasuklah Jo Eun Jung.
Oh Hyun Jin merupakan ibu paling tua di kalangan ibu-ibu yang ada, dan dia malu apabila mengetahui semua ibu di pusat jagaan itu pandai menguruskan bayi, sedangkan dia paling tua dari ibu-ibu yang ada.
2. Live On
Baek Ho-Rang (Jung Da-Bin) adalah seorang pelajar sekolah menengah. Disebabkan penampilannya yang cantik, dia terkenal di media sosial dan di sekolahnya. Namun, Baek Ho-Rang hanya mempunyai seorang saja kawan kerana sikapnya yang poyo. Baek Ho-Rang menghadapi masalah, dia mengetahui bahawa seseorang sedang berusaha membongkar rahsianya. Untuk mencari pelaku tersebut, Baek Ho-Rang bergabung dengan kelab penyiaran sekolah menengahnya.
Drama 8 episod ini akan ditayangkan bermula 17 November dan menggandingkan lakonan Min Hyun, Jung Da Bin.
3. Take Revenge
Kim Sa Rang berperanan sebagai Kang Hae Ra, seorang bekas wartawan yang diberi kesempatan untuk membalas dendamnya dan melawan orang-orang yang berkuasa dalam masyarakat.
4. Amazing Rumor
Menceritakan kisah pemburu makhluk ghaib yang bergerak secara kumpulan disebut Counters yang mana masing-masing mempunyai kebolehan istimewa. Mereka menyamar sebagai pekerja restoran mee.
5. Awaken
Awaken adalah drama misteri pembunuhan yang mengikuti hubungan antara misteri peristiwa yang berlaku pada masa sekarang dan rahsia di sebalik kejadian misteri yang berlaku di sebuah kampung 28 tahun yang lalu.
Namgoong Min membawa watak Do Jung Woo, ketua pasukan tugas khas di Agensi Polis Kebangsaan.
6. Fly From Rags To Riches/Delayed Justice
Drama 16 episod ini merupakan kisah benar yang mengisahkan tentang Park Tae Yong (Kwon Sang Woo), seorang peguam bela. Park Tae Yong tidak melalui jalan tipikal untuk menjadi peguam. Selepas habis sekolah, dia tidak ke universiti, dia kemudiannya mengambil ujian undang-undang dan lulus. Park Tae Yong seorang yang penuh dengan keadilan dan mempunyai sifat yang mudah empati ke atas orang lain, dia akan membela semua tertuduh yang mempunyai kesalahan yang kecil seperti kes curi roti kerana kelaparan.
Titik perubahan berlaku dalam kerjayanya ketika dia menjadi peguam pertama yang memenangi kes perbicaraan semula jenayah awam. Park Sam Soo (Bae Sung Woo) seorang wartawan, selepas habis pengajian di universiti, dia bekerja sebagai pekerja kontrak. Berkat kerana kemahiran penulisannya yang hebat, dia menjadi wartawan. Park Sam Soo suka mencari cerita yang selalu diabaikan oleh wartawan lain, dia mudah tersentuh dan mempunyai hati tisu. Park Tae Yong dan Park Sam Soo bekerjasama menolong mangsa undang-undang yang disalah tuduh.
Mesti dah tak sabar nak menonton kan? Hiks!
Sumber: kakimuvee