Tahniah buat Mia Ahmad dan suami!
Pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.25 pagi tadi.
Berita gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah lekang mendoakan mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut menumpang gembira selain mendoakan yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Untuk rekod, pelakon drama popular Hati Perempuan itu mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mohd Izham Tarmizi Roslan