Pengarah sensasi, Michael Ang menegaskan kepada netizen agar cukuplah sekadar menyekat sahaja selebriti mahupun pempengaruh yang terlibat, tanpa melontarkan perkataan yang kurang baik terhadap mereka di media sosial.

Perkara tersebut diluahkan pengarah drama hit Projek Memikat Suami itu susulan gerakan #Blockout2024 terhadap selebriti dan personaliti media sosial, pada masa ini.

Jelasnya, dirinya sama sekali tidak kisah sekiranya gerakan itu dijalankan, namun dia kurang senang dengan tindakan sesetengah netizen yang terlampau agresif mengeluarkan kata makian dan kecaman melampau terhadap mereka yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramona Zamzam Perli Siapa? -“Sekarang Dah Masuk Senarai ‘Blockout’ Baru Terhegeh-Hegeh Nak Muat Naik…”

Michael Ang Minta Netizen Hentikan Kata Makian Kepada Individu Terlibat -“Sekat Saja & Duduk Diam-Diam…”

IKLAN

“Sekat sahaja dan duduk diam-diam. Okey, sebenarnya saya tak nak komen pun pasal blackout ini! Tapi guys, kalau anda semua nak involved dalam gerakan ini silakan lah. Tapi tak baik lah Kalau dah sekat, lepas itu masih nak kutuk-kutuk dia orang sampai anak mak bapak kau orang kaitkan tak baiklah.

“Saya rasa that is bit too much. Jadi nak sekat, sekat tapi tak perlulah nak maki-maki berlebihan. Dan pada pempengaruh suam-suam kuku, tak perlulah kau orang nak simbah gasoline dalam kes ni.

“Tak perlulah tunjuk betapa besar pengorbanan kau orang hujung-hujung jual produk! Saya rasa itu lagi keji mencari rezeki melalui kesukaran orang lain. Pempengaruh macam kau orang ini lah yang patut diboikot! Done Said! Spread love and beauty skincare hahaha better lah!,” coretnya panjang lebar.

IKLAN

Michael Ang Minta Netizen Hentikan Kata Makian Kepada Individu Terlibat -“Sekat Saja & Duduk Diam-Diam…”

Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.

IKLAN

Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Michael Ang

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI