Michael Myers Kembali Mengganas Dalam Halloween Kills

Share

Halloween Kills kembali menemui penonton di pawagam dengan memaparkan aksi lebih tragis dan ‘seram’ yang bakal membuatkan korang berasa resah sepanjang menonton.

Mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa yang masih hidup pada tahun 1978, namun terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan Michael Myers yang kembali mengganas.

Pada babak awal filem ini terdapat sedikit ‘recap’ tentang apa yang berlaku di Haddonfield ketika 40 tahun yang lalu. Jadi kami rasa jika penonton yang tidak pernah menonton siri ini masih boleh memahami jalan cerita dengan baik dan tidak akan ‘lost’ di pertengahan jalan cerita.

Menyingkap sifat ingin membalas dendam kepada Michael Myers yang telah membunuh ramai ahli keluarga mereka, namun satu demi satu menjadi korban. Dan… mereka juga dibunuh secara tragis. Tidak hairanlah jika filem ini hanya sesuai ditonton oleh individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Bagaimana agaknya jika tempat tinggal korang sering berlaku pembunuhan misteri. Mesti seram kan? Ini yang ditunjukkan dalam Halloween Kills, apabila masyarakat di Haddonfield menuntut kebebasan dan ingin menghancurkan Michael Myers.

Persoalannya, adakah mereka mampu menewaskan pembunuh kejam itu? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam ok?

Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober ini.

Selamat menonton!

Published by
Noor Ain Norman