
Tan Sri Michelle Yeoh memukau dengan gaun Aluminium Di Met Gala.
Malam terbesar dalam dunia fesyen, Met Gala, telah lama menjadi medan peragaan bagi pelbagai gaya yang berani dan menakjubkan. Dikenali sebagai ‘Oscars of fashion’, acara ini merangkumkan selebriti-selebriti besar dari industri muzik, filem, television, dan fesyen setiap tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Tak Sejuk Ke? Camila Cabello Bawa Beg Ais Sebagai Aksesori Di Met Gala 2024
Kemunculan pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di karpet merah Met Gala 2024 menarik perhatian ramai apabila pemenang Anugerah Oscar itu tampil dengan gaun daripada kerajang aluminium.
Michelle Yeoh, 62, berkongsi bahawa busana itu adalah hasil kreativiti pereka Balenciaga, Demna, yang mendapat inspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.
“Gaun ini sebenarnya adalah sesuatu yang pernah Demna buat ketika dia masih kecil,” kata Michelle.

“Bermain dengan kerajang timah dan menghasilkan pakaian untuk anak patung adiknya,” katanya.
Pada acara gilang gemilang itu juga, Michelle turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan pelakon itu kelihatan lebih muda.
Selain itu, pelakon Zendaya turut menarik perhatian apabila mengenakan gaun rekaan John Galliano yang terinspirasi dari koleksi Dior tahun 1999. Pelakon filem “Dune 2” itu tampil menawan dengan gaun berwarna biru dan hijau zamrud, dihiasi dengan elemen-elemen yang diinspirasikan dari pokok buah-buahan.
Selain Michelle dan Zendaya, penampilan unik pelakon Demi Moore dalam busana ala pemanah juga menonjolkan kelainan dalam gaya fesyen selebriti di Met Gala tahun ini. Demi memukau hadirin dengan gaun hitam yang kelihatan seperti papan sasaran yang dipenuhi alat panahan, menjadikannya salah satu selebriti yang paling menyerlah malam itu.

Untuk info, Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin turut menampilkan ramai selebriti terkenal. Lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya, Met Gala 2024 mengambil tema “Sleeping Beauties: Reawakening Fashion” dengan hos seperti Zendaya, Bad Bunny, Jennifer Lopez, dan Chris Hemsworth.
Tema kod pakaian tahun ini, ‘The Garden of Time’, terinspirasi dari cerpen karya J.G. Ballard yang berjudul sama pada tahun 1962. Mengambil inspirasi dari cerpen tersebut, Vogue mengumumkan bahwa tema untuk tahun ini berkisar pada ‘keindahan yang berlalu’. Oleh itu, para selebriti diharapkan akan mengenakan busana yang kaya dengan tekstur, detil floral, dan elemen-elemen bersejarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA
BACA LAGI: Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
NUTOX Dedah Penemuan Terkini untuk Kulit Tampak Muda dan Berseri Dengan Rangkaian ‘Youth Restoring’

Perintis dalam penjagaan kulit berasaskan sarang burung, NUTOX telah melancarkan Rangkaian Youth Restoring baharunya yang dipertingkat.
ARTIKEL BERKAITAN: Eyebag Makin Teruk Bangun Sahur Awal Pagi? Gunakan 5 Produk Ini Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata!
Seiring dengan pertambahan usia, penghalang kulit kita menjadi semakin lemah dan kurang efektif dalam mengekalkan lembapan dan kolagen, sekali gus menyebabkan terjadinya garis halus dan kedutan.
Usah khawatir kerana produk terbaru dari NUTOX ini telah dihasilkan dengan tujuan untuk menguatkan sistem penghalang kulit, membantu anda mengekalkan kulit yang kelihatan sihat dan anjal dan halus.
“NUTOX ialah jenama penjagaan kulit Malaysia yang komited untuk membantu orang ramai mendapatkan kulit yang lebih berseri dan kelihatan muda. Kami amat teruja untuk memperkenalkan rangkaian baharu NUTOX Youth Restoring yang dipertingkat ini,
“Rangkaian ini menggunakan bahan-bahan yang unggul, seperti Sarang Burung Premium dan Snow Mushroom (Tremella Mushroom) dipertingkatkan keberkesanannya dengan sistem penghantaran yang berkuasa dan akan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit. Ini memberikan kulit yang lebih anjal, gebu dan licin,” jelas Pengarah Eksekutif TohtonKu, Jasper Lim.
Rangkaian NUTOX Youth Restoring diformulasikan secara unik untuk kulit orang Asia. Ia mengandungi Actigenic+™, sistem penjanaan semula sendiri dan teknologi terkini yang menjana semula sel-sel kulit, menghasilkan dan mengekalkan kolagen, elastin dan asid hyaluronik dengan berkesan untuk meningkatkan keanjalan kulit.
Selain itu, produk tersebut kini menggunakan Premium Birdnest di mana nutrien yang diekstrak dari sarang burung akan membantu meningkatkan keadaan kulit dan melindunginya daripada tanda-tanda penuaan yang ketara.
Tremella Mushroom pula mengandungi 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid Hyaluronik. Di samping itu, sistem penghantaran yang berkuasa – Teknologi Micro Targeting mengekalkan lembapan kulit dan membekalkan kolagen secara berterusan sepanjang hari untuk keberkesanan yang lebih baik.
Rangkaian NUTOX Youth Restoring boleh didapati di stor fizikal Watson’s dan Guardian, dan stor dalam talian di Shopee dan Lazada.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Watson, NUTOX PR
Miss Universe Thailand Drama! Guru Tidak Layak Masuk, Diganti Peserta Kegemaran Ramai

Pemilihan 30 finalis pertandingan ratu cantik Miss Universe Thailand (MUT) yang berlangsung hujung minggu lalu bertukar dramatik setelah berlakunya pertukaran peserta.
Terdahulu, organisasi MUT telahpun melangsungkan pusingan uji bakat melibatkan 45 peserta. Menerusinya, mereka hanya memilih 30 peserta untuk dijadikan sebagai finalis akhir. Pusingan tersebut memerlukan setiap peserta memberikan pandangan bernas mereka terhadap satu kata kunci yang dipilih secara rawak.
Di bahagian panel jurinya pula, ia terdiri daripada kelompok profesional serta empat bekas juara MUT termasuklah Anchilee Scott-Kemmis (MUT 2021), Amanda Obdam (MUT 2020), Maria Poonlertlarp (MUT 2017) dan Chalita Suansane (MUT 2016).
Lalu, 30 finalis yang dipilih bagi edisi MUT 2022 ini diyakini bijak, mempunyai skil komunikasi yang baik dan mampu ‘beraksi’ di bawah tekanan.
Begitupun, peminat dunia ratu cantik dikejutkan dengan ketiadaan salah seorang peserta kegemaran mereka yang gagal meloloskan diri ke kelompok Top 30. Peserta dimaksudkan ialah ‘First’ Patraporn Wang yang merupakan juara Miss Intercontinental 2014 dan pernah melayakkan diri sebagai finalis Top 5 Miss Universe Thailand 2019.




Biarpun kegagalan Patraporn menyertai kelompok Top 30 ini mencetuskan perdebatan, jelas gadis berketinggian 180cm ini agak cemas semasa berdepan pusingan uji bakat yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube MUT itu.
Menurut penonton dari Thailand lagi, Patraporn turut melakukan kesilapan mendedahkan namanya sewaktu berada di belakang tirai; peraturan yang diberikan organisasi adalah untuk menjawab tanpa mendedahkan identiti diri agar juri boleh menilai kecerdasan pemikiran peserta dan mengenepikan rupa fizikal terlebih dahulu.
Patraporn menerusi akaun Instagram-nya meluahkan kesedihan dek kerana impiannya yang berkecai di peringkat awal. Namun, dia segera menerima nasibnya ini malah kelihatan telah ‘move on’ dengan melibatkan diri dalam sebuah projek berasaskan kecantikan.

Tidak sampai sehari keputusan Top 30 diumumkan, MUT kembali dengan kejutan dan mengumumkan peserta bernombor MUT06 yang dikenali sebagai Kanokwan Chusuk terpaksa disingkirkan disebabkan statusnya sebagai seorang guru. Sebagai info, Thailand menerapkan satu peraturan sejak tahun 1961 di mana seorang guru tidak dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik.

Justeru lewat malam tadi, Patroporn diumumkan sebagai peserta MUT31 dan diserap masuk untuk mengenapkan jumlah finalis menjadi 30 orang.
ARTIKEL BERKAITAN : Baru Berusia 18 Tahun, Pelajar Jurusan Pemasaran Dinobat Miss World Puerto Rico 2022 – REMAJA
Tinjauan REMAJA pada bahagian komen dan halaman pencinta dunia ratu cantik mendapati tidak semua orang bersetuju dengan penyerapan semula ini.
Mereka mempersoalkan mengapa identiti Kanokwan Chusuk tidak dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sesi uji bakat. Malah, ada juga inginkan kepastian sama ada Patraporn Wang benar-benar menduduki tangga peserta ke-31 terbaik ataupun ini sekadar stun publisti semata. DRAMA!
Biarpun begitu, masih ramai menyokong penyerapan Patraporn ini kerana beranggapan gadis tersebut mampu mengubah landskap dunia ratu cantik di Thailand.
Berbekalkan pengalaman, skil persembahan di atas pentas dan kecantikan yang dimilikinya, tidak dinafikan Patraporn kini membayangi kehadiran 29 finalis MUT 2022 yang lain dan tidak mustahil juga untuknya menebus kekecewaan awal ini dengan memenangi gelaran Miss Universe Thailand 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bijak Dan Cantik, Pelajar Jurusan Ekonomi Dinobatkan Sebagai Juara Miss Universe Croatia 2022

Gadis berusia 19 tahun, Arijana Podgajski telah dinobatkan sebagai Miss Universe Croatia yang terbaharu dalam satu majlis gemilang yang diadakan di Hotel Esplanade, Zagreb. Bukan calang-calang orangnya, Arinija merupakan pelajar dalam jurusan Ekonomi daripada Fakulti Ekonomi & Bisnes, Universiti Zagreb.
Ini membuktikan bahawa, pertandingan ratu cantik bukanlah untuk mereka yang pada zahirnya cantik sahaja. Sebaliknya, mereka perlu memiliki kriteria yang menggabungkan kecantikan yang dimiliki dengan minda yang cerdas.
Dalam pertandingan itu, Arijana berjaya mengalahkan 13 finalis lain untuk bergelar juara. Dia yang boleh berbahasa Inggeris, suka berlatih di rumah, berlatih yoga, menikmati keindahan alam semula jadi dan membaca buku yang bagus.
Selain itu gadis cantik ini bangga dengan dirinya kerana sentiasa berusaha mencari sesuatu yang baik dan mendidik dalam semua situasi yang buruk.
Sebagai Miss Universe Croatia yang baharu, dia mahu memperkasakan isu kesihatan mental, hak wanita dan memperjuangkan nasib haiwan terbiar. Bersama ibunya, dia sering mengunjungi pusat perlindungan haiwan untuk membawa haiwan terbiar bersiar-siar
ARTIKEL BERKAITAN: Salah Umum Nama Pemenang, Finalis Mexicana Universal 2022 Tahan Malu Pulangkan Mahkota
Pada malam itu juga, selain Arijana yang menyandang gelaran juara, naib juara jatuh kepada ialah Klaudija Krezić dari Sesvete, manakala Veronika Đerek dari Ivanić Grad muncul sebagai pemenang tempat ketiga. Antonela Zvonković pula dinamakan Miss Congeniality.
Negara Croatia belum pernah memenangi mahkota Miss Universe, namun wakilnya sudah beberapa kali berjaya maju ke peringkat semi-final. Kali terakhir wakil negara ini berjaya bergelar semifinalis adalah menerusi perwakilan Mia Rkman yang berjaya berada dalam kelompok 20 terbaik ketika edisi Miss Universe 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.