Fesyen

Michelle Yeoh Dengan Gaun Aluminium Di MET GALA, Simple Tapi Memukau!

Share

Tan Sri Michelle Yeoh memukau dengan gaun Aluminium Di Met Gala.

Malam terbesar dalam dunia fesyen, Met Gala, telah lama menjadi medan peragaan bagi pelbagai gaya yang berani dan menakjubkan. Dikenali sebagai ‘Oscars of fashion’, acara ini merangkumkan selebriti-selebriti besar dari industri muzik, filem, television, dan fesyen setiap tahun.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Sejuk Ke? Camila Cabello Bawa Beg Ais Sebagai Aksesori Di Met Gala 2024

Kemunculan pelakon Tan Sri Michelle Yeoh di karpet merah Met Gala 2024 menarik perhatian ramai apabila pemenang Anugerah Oscar itu tampil dengan gaun daripada kerajang aluminium.

Michelle Yeoh, 62, berkongsi bahawa busana itu adalah hasil kreativiti pereka Balenciaga, Demna, yang mendapat inspirasi daripada kenangan zaman kanak-kanaknya.

“Gaun ini sebenarnya adalah sesuatu yang pernah Demna buat ketika dia masih kecil,” kata Michelle.

Michelle menggayakan busana rekaan Balenciaga.

“Bermain dengan kerajang timah dan menghasilkan pakaian untuk anak patung adiknya,” katanya.

Pada acara gilang gemilang itu juga, Michelle turut tampil dengan potongan dan gaya rambut baharu yang membuatkan pelakon itu kelihatan lebih muda.

Selain itu, pelakon Zendaya turut menarik perhatian apabila mengenakan gaun rekaan John Galliano yang terinspirasi dari koleksi Dior tahun 1999. Pelakon filem “Dune 2” itu tampil menawan dengan gaun berwarna biru dan hijau zamrud, dihiasi dengan elemen-elemen yang diinspirasikan dari pokok buah-buahan.

Selain Michelle dan Zendaya, penampilan unik pelakon Demi Moore dalam busana ala pemanah juga menonjolkan kelainan dalam gaya fesyen selebriti di Met Gala tahun ini. Demi memukau hadirin dengan gaun hitam yang kelihatan seperti papan sasaran yang dipenuhi alat panahan, menjadikannya salah satu selebriti yang paling menyerlah malam itu.

Zendaya (kiri), Demi (kanan), dan Rita mencuri perhatian di karpet merah Met Gala 2024.

Untuk info, Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin turut menampilkan ramai selebriti terkenal. Lebih meriah daripada tahun-tahun sebelumnya, Met Gala 2024 mengambil tema “Sleeping Beauties: Reawakening Fashion” dengan hos seperti Zendaya, Bad Bunny, Jennifer Lopez, dan Chris Hemsworth.

Tema kod pakaian tahun ini, ‘The Garden of Time’, terinspirasi dari cerpen karya J.G. Ballard yang berjudul sama pada tahun 1962. Mengambil inspirasi dari cerpen tersebut, Vogue mengumumkan bahwa tema untuk tahun ini berkisar pada ‘keindahan yang berlalu’. Oleh itu, para selebriti diharapkan akan mengenakan busana yang kaya dengan tekstur, detil floral, dan elemen-elemen bersejarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA

BACA LAGI: Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana