Anak kelahiran Malaysia yang sudah menempa nama di Hollywood, Datuk Seri Michelle Yeoh menjadi selebriti pertama di Asia yang menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam anugerah berprestij, Anugerah Golden Globe.
Michelle Yeoh di Golden Globe 2023. Invision/Jordan Strauss
Menurut laporan AFP, wanita berusia 60 tahun itu merangkul gelaran tersebut bagi kategori Muzikal/Komedi menerusi filem Everything Everywhere All At Once.
Michelle Yeoh telah dicalonkan bersama empat pelakon terkenal lain. Malah, beliau berjaya mengetepikan Lesley Manville untuk lakonannya dalam filem Mrs. Harris Goes to Paris, Margot Robbie di Babylon, Anya Taylor-Joy dalam The Menu, dan Emma Thompson dalam Good Luck to You, Leo Grande.
Ads
Ini merupakan pencalonan pertama Michelle Yeoh di Anugerah Golden Globe dan juga kemenangan pertamanya. Melangkah ke pentas, aktres itu mengaku tidak percaya usahanya akhirnya membuahkan hasil. Malah dia menjadi pelakon pertama Cina-Malaysia yang berjaya membawa pulang trofi itu.
“Terima kasih kerana memberi saya anugerah ini. Saya telah melalui perjalanan yang luar biasa, perjuangan yang luar biasa untuk sampai ke sini. Pada awal kerjaya saya di Hollywood, saya merasakan ini adalah impian yang menjadi kenyataan,” kata Michelle Yeoh.
Ads
“Sehingga saya akhirnya sampai di sini. Orang kata, oh awak boleh berbahasa Inggeris. Lupakan tentang bagaimana mereka tidak dapat membezakan antara Korea, Jepun, Asia, India. Dan melalui pertemuan itu saya telah belajar,” sambungnya, yang menjadikan penonton ketawa.
Rata-rata netizen dan peminat Michelle Yeoh mengucapkan tahniah kepada anak seni berbakat besar ini.
Foto Via Twitter Golden Globe
Tahniah buat Michelle Yeoh, moga ramai lagi anak Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, Arab Saudi yang suatu ketika dahulu pernah mengongkong kaum perempuan daripada bergerak secara bebas di kawasan umum kini semakin bersift terbuka.
Buktinya jelas apabila sekeping foto kini tular di Twitter setelah ia dimuat naik oleh Putera Sattam Bin Khalis Al Saud, salah seorang ahli kerabat negara tersebut.
Dalam foto itu, seorang pegawai pengawal perempuan dilihat sedang sama-sama bertugas di samping pengawal lelaki lain di hadapan mintu masuk ke sebuah bilik.
Walaupun foto tersebut mungkin kelihatan remeh di mata pemerhati Barat, namun untuk mereka yang mengetahui sejarah ‘ketidak stabilan jantina’ di Arab Saudi, foto itu adalah petanda bahawa kaum perempuan di sana semakin diiktiraf.
— سطام بن خالد آل سعود (@sattam_al_saud) June 25, 2020
Foto di atas juga disertakan dengan caption berbunyi, “Momen bersejarah di regimen pegawai diraja Saudi. Terima kasih kepada Putera Mahkota, Yang Mulia Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud.
Setelah foto ini berlegar dan dikongsikan beribu-ribu kali di media sosial, ia mendapat pujian dan membuatkan ramai pihak gembira malah bangga dengan perlantikan pengawal wanita tersebut.
Ia menandakan perubahan ke arah positif sedang berlaku di Arab Saudi sejak bulan Oktober tahun lalu apabila regimen Saudi mula membuka lebih banyak peluang kepada kaum perempuan di sana.
Putera Mahkota Mohammed Bin Salman yang membuatkan dunia semakin selesa untuk berhubung dengan Arab Saudi. Dari Kiri : Bersama bekas Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May dan Ratu Elizabeth II.
Perubahan itu termasuklah penerimaan perempuan dalam bahagian pentadbiran di pelbagai bahagian termasuklah pasukan ketenteraan laut Arab Saudi, pasukan peluru berpandu strategik dan perkhidmatan perubatan angkatan tentera.
Kaum perempuan di sana bagaimanapun masih perlu diuji dalam beberapa peringkat dan disenarai pendek, sama seperti kaum lelaki. Ini menunjukkan keadilan dilaksanakan di Arab Saudi dan perempuan yang terpilih tidak hanya menjawat posisi penting hanya disebabkan kuota bagi jantina tersebut.
*
Situasi ini jauh berbeza berbanding beberapa tahun dahulu di mana perempuan di Arab Saudi tidak dibenarkan untuk memandu sehinggalah tahun 2018.
Bagaimanapun, Arab Saudi masih bertindak tegas ke atas golongan transgender yang mengancam kestabilan dan keharmonian masyarakat di sana.
Bintang terkenal Josh Duhamel baru sahaja mengumumkan yang dia sudah bertunang dengan kekasih hati, Audra Mari dalam satu hantaran di laman Instagram. Dia sebelum ini merupakan suami kepada Fergie sebelum mereka berpisah pada 2017 dan rasmi bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang anak lelaki yang kini sudah berusia 8 tahun.
Mula mengenali Audra pada tahun 2019, percintaan mereka bukanlah rahsia kepada umum. Namun begitu ramai yang tidak tahu siapakah sebenarnya sosok yang berjaya mencuri hati bintang Transformers itu.
Jarak usia sebanyak 22 tahun bukanlah satu isu besar bagi pasangan bahagia ini. Josh berusia 50 tahun manakala Audra pula baru berusia 28 tahun. Namun begitu mereka tampil sepadan bagai pinang dibelah dua. Josh yang terkenal dengan ketampanannya nampak sajak di samping Audra yang merupakan veteran dalam arena ratu cantik.
Sebagai peserta Miss World dari benua Amerika yang berada dalam kedudukan kedua selepas Miss Puerto Rico yang menyandang gelaran juara. Audra dinobatkan sebagai Miss World Americas dan turut serta dalam aktiviti anjuran organisasi tersebut usai pertandingan bagi edisi 2016.
Sebelum bergelar Miss World USA, Audra merupakan peserta pertandingan Miss Teen USA dan juga Miss USA pada tahun 2011 dan 2014. Dalam kedua-dua pertandingan tersebut dia berada di kedudukan naib juara.
Walaupun bergelar ratu cantik, dia juga memiliki masalahnya tersendiri. Dia merupakan mangsa buli dan sangat lantang memperjuangkan isu ini agar tidak berlaku kepada individu lain. Berkongsi tentang pengalaman dibuli di sekolah menengah, dia percaya jika semua pihak berganding bahu, budaya buli boleh dihapuskan.
Audra merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan di North Dakota State University
Mula bernaung di bawah agensi peragaan sejak berusia 14 tahun. Kini, dia merupakan seorang hos dan juga peragawati sepenuh masa.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak ikutkan, memanglah kita terlalu muda sebelum nak kahwin.
Tapi tak salah kan kalau setakat nak berangan..hehe. Persediaan awal tu penting terutamanya kalau melibatkan hari sepenting hari perkahwinan.
Baru-baru ini, pereka fesyen Rico Rinaldi telah memperkenalkan koleksi Bridal 2019 yang menampilkan penyanyi serta pelakon, Daiyan Trisha sebagai muse Rico. Bukan calang-calang orang yang pernah bekerjasama dengan Rico, contohnya seperti Neelofa untuk koleksi Hari Raya, April lalu.
Satu demi satu gaya Bridal yang dipersembahkan oleh Rico Rinaldi minggu lalu di Nu Sentral. Dan 8 rekaan ini memang menjadi impian kami di REMAJA. Jom tengok (dan berangan awal)!
01
Beading yang ada pada bahagian atas gaun ini membuatkan Daiyan kelihatan seperti puteri Fairytale. Barulah close shot pengantin menyerlah gitu.
02
Moden tetapi masih feminin. Dah penat-penat diet untuk majlis resepsi, kenalah tunjuk sikit body goals korang dengan adanya lace belt pada pinggang.
03
Gaun ini sesuai sangat untuk pengantin yang lincah dan sukakan momen dramatik. Ringkas tetapi tersangatlah cantik, one of our favourite dress for sure.
04
Bagi pengantin yang memilih lokasi atau dewan besar seperti di hotel untuk majlis resepsi, gaun ini cukup sesuai. You need to fill in the room, dan rekaannya yang seakan ball gown ini boleh membantu.
05
Kalaulah Snow White berkahwin dengan prince charming, kami dapat bayangkan dia memakai gaun ini. Perincian pada bahagian torso dan tali pinggang memang kelihatan romantik.
06
Sukakan gaun tradisional seperti songket tetapi nak nampak lain daripada lain? Rear ruffles pada gaun ini boleh menjadikan kamu tumpuan semua jemputan. Ia mempunyai gaya retro ala awal 90-an.
07
Boleh tak kalau nak pakai 4 baju berbeza untuk hari perkahwinan nanti? Hehe, susah nak buat pilihan, terutamanya jika gaun kahwin mempunyai gaya fusion moden-tradisional seperti ini.
Tahniah Rico Rinaldi atas koleksi Bridal yang cukup bervariasi. Semua looks nampak berbeza untuk pilihan bakal pengantin. Gaun mana paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!