Hobi & Minat

Michelle Yeoh Tampil Rambut Ala Korea Di Cannes, Lebih Muda & Segar!

Share

Michelle Yeoh tampak muda gaya rambut baharu, iaitu bangs Korea di Festival Filem Cannes, Perancis. Michelle tampil dengan

Bintang berusia 62 tahun itu tampak comel dan manis dengan mengayakan rambut poni di karpet merah tersebut.

michelle
Di majlis tersebut juga dapat dilihat Michelle menukar gaya rambut dari belahan tepi ke belahan tengah dengan poni lembut, menunjukkan penampilan baharunya pada hujung minggu lalu di tayangan perdana Horizon: An American Saga di Palais des Festivals, Cannes.
Michelle melengkapkan penampilannya dengan kalung mutiara yang menonjol dan clutch hijau pucat, serta sepasang kasut tumit tinggi. Untuk solekan, Michelle memilih gaya mata yang hangat dengan tona bronze-coklat yang lembut dan berasap.

Tip untuk Rambut Bang Pony Ala Korea

Pilih Jenis Poni yang Sesuai:

  • See-through bangs, choppy bangs, side-swept bangs.
See-through bangs sesuai untuk berdahi luas
Choppy bangs buat wajah lebih comel. Gaya poni ini sesuai untuk mereka yang memiliki wajah oval atau bulat.
Side-Swept Bangs gaya yang sangat sesuai untuk muka oval kerana mereka boleh memecah bentuk muka dan menambah dimensi.

Dapatkan Potongan yang Tepat

Dapatkan potongan dari pendandan rambut berpengalaman.
Beritahu pendandan rambut gaya poni yang diinginkan.

Penjagaan Rutin Poni

  • Cuci rambut secara berkala.
  • Gunakan syampu dan perapi yang sesuai.
  • Gunakan dry shampoo jika rambut berminyak.

Alat Gaya Rambut

  • Pengering rambut untuk volume.
  • Pelurus rambut untuk poni lurus.
  • Pengeriting rambut untuk keriting pada hujung poni.

Produk Rambut

  • Mousse, gel, atau hairspray untuk mengekalkan bentuk poni.
  • Pilih produk yang ringan.

Sesuaikan dengan Gaya Rambut 

  • Sesuaikan poni dengan gaya rambut keseluruhan seperti ponytail, bun, atau rambut terurai.

Confident 

  • Rasa selesa dan yakin dengan gaya rambut.
  • Keyakinan diri adalah kunci kepada kecantikan sejati.

Dengan mengikuti tip-tip ini, anda boleh mendapatkan rambut bang pony ala Korea yang sempurna dan menarik perhatian. Selamat mencuba!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana

Published by
Nana