Satu-persatu projek lakonan Tan Sri Michelle Yeoh, 58 muncul sepanjang 2-3 tahun kebelakangan ini. Ia membuktikan bahawa karakter menarik untuk pelakon wanita senior di Hollywood masih wujud.
Michelle terus menyinar menerusi siri Star Trek Discovery, filem Crazy Rich Asians hinggalah ke filem Marvel Studio, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang akan ditayangkan pada 3 September ini.
Dengan daya profesionalisma dan kredibiliti Michelle sebagai seorang pelakon berpengalaman serta berbakat, seakan tiada cabaran yang tidak boleh disahut olehnya dalam dunia lakonan.
Terbaru, Michelle telah disahkan bakal muncul dalam sebuah siri original Netflix! Siri berjudul The Witcher : Blood Origin ini akan disiarkan sebagai siri 6 bahagian dan ia merupakan siri prekuel kepada The Witcher.
Oleh kerana ini merupakan plot prekuel, The Witcher : Blood Origin mengambil tempat di dalam dunia elves 1200 tahun sebelum siri originalnya. Ia menceritakan mengenai penciptaan prototaip pertama Witcher dan kisah-kisah yang akan membawa penonton ke momen di mana monsters, manusia dan elves bergabung menjadi satu.
Ads
Biarpun The Witcher : Blood Origin hadir dalam 6 bahagian saja (mengapa tidak 10 episod hhm), dengan kehadiran Michelle, kami pasti siri ini adalah menarik untuk ditonton dari awal hingga ke episod terakhir.
Beliau akan memainkan watak Scian iaitu insan terakhir daripada puak sword-elves. Kemahiran wataknya menguasai seni lawan pedang tidak mempunyai tandingan.
Apabila Scian berpeluang untuk merampas sebilah pedang curi yang diambil daripada puaknya yang telah tewas, Scian memulakan pencarian yang bakal menukar senario Continent.
Ads
Tak sabar rasanya untuk melihat Michelle menyertai rakan pelakon lain seperti Laurence O’Fuarain yang memainkan watak Fjall.
Fjall digambarkan sebagai pejuang yang bersumpah untuk melindungi Raja mereka. Namun, jauh di dalam lubuk hatinya, Fjall masih bersedih dengan kematian insan yang maut kerana ingin menyelamatkannya.
Ads
Luka emosi itu masih tidak dapat dilupakan Fjall dan kini, dia bersedia bertarung untuk membalas dendam.
Walaupun korang belum pernah menonton siri The Witcher sebelum ini, dengan hanya mendengar sinopsis terbaru ini, penulis pasti ramai yang sudah tertarik untuk menontonnya.
Tapi sebelum itu, kita tamatkan dulu siri The Witcher okay. Barulah faham jalan ceritanya nanti, hehe..
Setiap tahun, malam Anugerah Juara Lagu (AJL) pastinya akan menjadi tumpuan jutaan penonton di Malaysia demi menyaksikan siapakah komposer, penulis lirik serta penyanyi yang akan dinobatkan sebagai lagu terbaik sepanjang tahun lalu.
Seperti biasa, 12 buah lagu akan dipertandingkan pada malam ini, dan tidak sah AJL34 sekiranya peminat tidak mempunyai ramalan awal akan siapa yang bakal bergelar juara.
Menariknya, 3 nama penyanyi paling muda ini disebut-sebut bakal membuat kejutan pada malam ini.
Menurut undian yang dilakukan sejak Khamis lalu, Haqiem Rusli (21) menerima 71 peratus undian peminat yang merasakan Lembah Kesepian bakal dinobatkan sebagai juara.
Sumpah nyanyian Aina Abdul (27) pula berada di tangga kedua dengan 9.1 peratus manakala tangga ketiga milik Naim Daniel (22) juga dengan lagu berjudul Sumpah dengan 5 peratus undian.
Ini merupakan kali pertama Aina & Naim beraksi di pentas AJL manakala Haqiem Rusli pula telah dua kali meloloskan diri ke peringkat akhir menerusi Tergantung Sepi (AJL32 – dan menang tempat ketiga!) dan Jatuh Bangun (AJL33).
*
Personaliti, Noor Neelofa juga turut tak terlepas daripada melakukan ‘ramalan tahunan’ -nya apabila menamakan Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai bakal juara pada malam ini.
Bagaimanapun, Neelofa juga tak sabar untuk menantikan persembahan lagu Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza; nyanyian Bob), Sumpah (Aina Abdul), Ku Bersuara (Ernie Zakri) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).
Seekor kucing yang menjadi sumber inspirasi sebuah buku berjudul A Street Cat Named Bob, diilhamkan oleh pemiliknya, James Anthony Bowen telah mati pada usianya 14 tahun.
Kucing jalanan ini terkenal kerana telah menyelamatkan seorang gelandangan yang merupakan bekas penagih dadah untuk memulakan kehidupan baru.
Kisah mereka turut difilemkan seperti nama asal novel A Street Cat Named Bob kira-kira empat tahun lalu. Filem yang menarik untuk ditonton khususnya bagi pencinta kucing.
Sekiranya korang belum menonton filem ini, berikut kami senaraikan 5 sebab kenapa korang wajib tonton filem A Street Cat Named Bob.
1. Berdasarkan kisah benar
James Bowen merupakan seorang gelandangan yang juga bekas penagih dadah tinggal di jalanan Kota London. James dibantu seorang rakannya untuk tinggal di sebuah flat bagi menjauhkan dirinya daripada najis dadah tersebut.
Satu hari, James didatangi seekor kucing jalanan yang mencari makan di kawasan itu. Ternaya, kucing tersebut tetap Kembali kepada James walaupun dia berusaha mengembalikan kucing tersebut pada tempatnya. Tanpa disedari, kucing itu menjadi teman yang membantu diringi menjalani kehidupan normal.
2. Dilakonkan oleh kucing sebenar (BOB)
Bob memegang peranan utama dalam filem A Street Cat Named Bob. Selama proses penggambaran, pengarah filem itu telah menyediakan memberi latihan kepada pelbagai kucing agar menyerupai Bob. Namun, Bob sangat mudah untuk memberi kerjasama dan pihak produksi mengambil keputusan untuk menggunakan Bob bagi wataknya sendiri dalam filem itu.
3. Adaptasi dari novel best seller
Buku dengan judul yang sama, A Street Cat Named Bob berjaya dijual lebih daripada sejuta cetakan. Selain itu juga, novel ini turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa di seluruh dunia.
4. Karakter lucu Bob
Jika korang memang seorang pecinta haiwan, korang pasti jatuh cinta melihat kelucuan Bob yang dipaparkan dalam filem ini. Secara tidak langsung kita boleh melihat bagaimana Bob ketika bersama James dalam filem ini kerana watak yang dibawa adalah sama dan dibawa oleh karakter yang sama.
5. Keindahan Kota London
Pihak produksi filem ini berjaya menonjolkan keindahan Kota London dan mencari lokasi bangunan dari Covent Garden untuk memberikan ‘feel’ yang sama dengan lokasi sebenar Bob dan James.
Aksi pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa kerap memegang perut ketika di sebuah acara sekali lagi meraih perhatian warganet sehingga mencetuskan andaian yang dia kini hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, semalam.
Lebih menguatkan andaian lagi, pemilik video tersebut turut mencoretkan kapsyen mengatakan Bilal bakal bergelar abang.
Menjengah di ruangan komen, meskipun tiada pengesahan daripada bekas pengacara program MeleTop itu mengenai perkara berkenaan, namun rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat Neelofa.
“Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi” komen seorang pengguna.
“Memang dia mengandung sebab wanita hamil akan automatik selalu pegang perut,” kata pengguna lain.
“Alhamdulillah kalau hamil. Tahniah Neelofa, Haris Ismail dan Bilal kerana bakal dapat ahli keluarga baharu,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Hasil perkahwinan, pasangan merpati dua sejoli itu dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...