Michelle Yeoh Zahir Ucapan Penghargaan Buat Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong

Share
Rabu lepas, pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.

Berjaya membawa nama tanah air ke persada antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terlepas peluang bagi menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 60 tahun itu atas kejayaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe

Michelle menempa nama di Hollywood itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain beliau turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.

“Terima kasin buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia. Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia. Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China.

“Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.

Sekadar informasi, Michelle merangkul trofi berkenaan untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelakon itu menewaskan calon terbaik yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Michelle Yeoh& Istana Negara

Published by
Fath