Baru-baru ini, petinju Muay Thai muda negara, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar memaklumkan beliau sedia menyahut cabaran abangnya, Muhammad Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar yang ingin melihat bakat muda lain beraksi di Sukan SEA Thailand hujung tahun ini.
Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 itu berkata, mewakili negara di temasya berkenaan merupakan impian setiap atlet dan peluang itu seharusnya tidak boleh diabaikan.
“Mahu juga (kalau diberi peluang). Siapa yang tidak mahu (mewakili Malaysia di Sukan SEA), tetapi setakat ini belum ada pemilihan atau panggilan daripada pihak persatuan berhubung perkara itu,” katanya.
Kredit: Instagram Miki Ghazali @mikipapa_
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Jojo (18) akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pertarungan di ONE Championship sekaligus menolak untuk mewakili negara menyertai Sukan SEA hujung tahun ini.
Dalam pada itu, Jojo menegaskan tindakan yang dilakukannya itu bagi membuka laluan kepada atlet muda yang berpotensi untuk ke temasya dwitahunan itu.
Ads
Sementara Muhammad Mikail (16) yang mesra disapa Miki berkata, beliau mahu mengikut jejak langkah abangnya untuk beraksi di ONE Championship satu hari nanti.
Meskipun mengakui ia bukanlah satu perkara yang mudah, beliau akan bekerja keras bagi merealisasikan impian itu.
“Sekarang ini memang fokus nak masuk ONE(Championship) dulu. Jadi sekarang memang tengah lawan dulu supaya orang dekat sana dapat tengok bakat Miki.
Ads
“Harapan saya untuk satu atau dua tahun lagi akan beraksi di ONE bersama abang,” katanya yang mengidam untuk beraksi dalam kategori strawweight (56.7 kilogram).
Mengenai perkembangan terkini, Miki berkata, beliau akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 22 Februari ini.
Ads
Ketika ini, katanya beliau masih berlatih bersama Rentap Muaythai di Kuching, Sarawak dan akan sesekali ke Thailand untuk berlatih di Superbon di Bangkok sekiranya mempunyai kejohanan besar.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Budaya membaca komik sekian lama tidak pernah luput dari generasi ke generasi. Jujurnya, kebanyakan daripada kanak-kanak juga mula minat membaca disebabkan oleh – apa lagi – buku komik
Bagi yang dilahirkan pada era 90-a, pastinya korang familiar dengan siri komik Lawak Kampus yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan seharian dan mempunyai pelbagai karakter.
Komik Lawak Kampus ini pernah menjadi fenomena di Malaysia sejak 2003 apabila dicetak dalam versi Bahasa Melayu, Mandarin dan Bahasa Inggeris.
Dan…khabarnya tak lama lagi komik Lawak Kampus akan diangkat sebagai siri TV animasi oleh studio produksi tempatan, Lil Critter Workshop!
Menurut penerbit Eksekutif Lil Critter Workshop iaitu Walid Omar , pihaknya telahpun mendapat ‘lampu hijau’ daripada penerbitan Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) untuk menerbitkan animasi ini.
“‘Lawak Kampus akan menyasarkan golongan penonton dari kalangan kanak-kanak hinggalah ke mereka yang telah keluarga di sekitar Asia Pasifik dengan 10 episod yang ‘tidak kering gusi’.
“Siri animasi ini bertujuan untuk memupuk tema persahabatan dan penerimaan diri selama setahun (mereka) di sekolah,” kata studio tersebut dalam kenyataan hari ini. Setiap episodnya pula akan bersiaran selama 10 minit.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa keterujaan menantikan siri animasi ini.
finally an anime adaptation from malaysian’s comic PLEASE MAKEE MOREE IN THE FUTUREEE banyak best2 https://t.co/uGW0Y7ZlDz
Bagaimanapun buat masa ini, belum ada lagi pengesahan platform mana yang akan menayangkan siri terbabit. Adakah ia akan ditayangkan di stesen televisyen ataupun secara atas talian saja, kita kenalah tunggu update terbaru.
Tak sabar nak tunggu siri animasi ni, mesti ramai yang akan mengimbau kenangan masa kecil.
Cepatnya waktu berjalan tanpa kita sedar tinggal lebih kurang 5 hari sebelum kita semua memasuki bulan Ramadan.
Untuk pengetahuan kamu, ramai yang sudah melakukan persediaan untuk menyambut bulan suci ini. Dan ada juga yang menyimpan niat untuk fokus sepenuhnya pada bulan ini.
Bagi , memiliki telekung yang cantik dan selesa sangat penting untuk mereka beribadat. Bukan apa, jika beribadat dengan memakai telekung yang tidak sesuai dan tidak selesa boleh menganggu fokus dan khusyuk ketika beribadat.
Kali ini, Remaja kongsikan beberapa tip untuk korang barukan kembali telekung yang sudah lama. Bila telekung cantik dan selesa mestilah si pemakainya pun gembira melakukan ibadat pada bulan Ramadan ini.
1. Keringkan wajah sebelum pakai telekung
Sumber Gambar : Sora Shimazaki from Pexels
Petua ini digunakan untuk semua jenis telekung yang kamu pakai. Gunakan tisu atau tuala untuk memastikan kawasan muka benar-benar kering semasa kamu memakai mukena, sehingga sisa solek tidak akan melekat pada telekung.
2. Rendam telekung dengan air rebusan lemon
Sumber Gambar : Julia Zolotova from Pexels
Telekung putih yang sudah kotor dan dukar dibersihkan dengan air dan sabun cuci biasa, boleh direndam dalam air rebusan lemon sebelum kamu mencucinya. Biarkan telekung putih direndam selama kira-kira satu jam, kemudian basuh seperti biasa menggunakan detergen.
3. Cuci dengan baking soda
Baking soda boleh digunakan untuk membantu mencerahkan telekung putih yang kelihatan kusam. Caranya, campurkan 250 gram baking soda dengan empat liter air. Kemudian rendam telekung selama 5 minit. Jangan mengambil masa lebih dari 5 minit, kerana akan merosakkan fabrik telekung.
4. Tambahkan cuka ketika cuci
Telekung putih kusam juga boleh dicerahkan kembali dengan bantuan cuka. Caranya, tuangkan 250 mililiter cuka ke dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan bahan pencuci. Rendam telekung selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih.
Jadi apabila korang dah penjagaan telekung yang betul, tak perlulah lagi takut nak beli telekung setiap tahun. Jaga je dengan elok, mesti boleh pakai untuk jangka masa yang panjang. Tapi kalau mampu nak beli tiap tahun why not kan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan sekaligus membantutkan mata pencarian mereka. Dalam kemalapan ekonomi ini, semakin ramai yang memerlukan bantuan.
Cakna dengan keadaan sekeliling, usahawan fesyen di sebalik jenama Petra, Ammar Hazwan dan Anwar mengambil inisiatif memulakan Petra Food Bank sebagai program kerja amal mereka dengan menyediakan bahan makanan asas untuk golongan yang memerlukan.
Menurut mereka, “Idea untuk melakukan Petra Food Bank ini tercetus selepas kami melihat satu ciapan viral di Twitter tentang sebuah keluarga dari Seksyen 19, Shah Alam yang menyediakan barang keperluan asas kepada penduduk sekitar yang memerlukan. Perkara itu memberikan inspirasi, tambahan pula kami sedar terlampau ramai orang yang terkesan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Dengan bantuan ini kami berharap dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.”
Antara bantuan bahan makanan asas yang diberikan seperti sekampit beras, minyak masak, telur, ikan bilis, bawang merah, kicap dan biskut. Pemberian bahan makanan ini terbuka kepada semua yang memerlukan bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 1 Februari 2021 bertempat di 20A, Jalan Plumbum P7/P, 40000, Seksyen 7, Shah Alam.
Mensasarkan satu bantuan kepada satu keluarga, pada masa akan datang mereka merancang untuk mempelbagaikan lagi bahan asas seperti lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi serta tuala wanita.
Sumber gambar: Petra
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...