Tiara adalah satu perhiasan kemas yang tidak dapat dipisahkan dengan gelaran seorang puteri atau ratu. Koleksi tiara terhebat di dunia boleh kita lihat adalah milik keluarga DiRaja Britain yang mana setiap satu memiliki sejarah dan kisah yang tersendiri.

Tiara biasanya dihadiahkan dan dipinjamkan kepada seorang puteri dalam keluarga DiRaja apabila umur mereka sudah mencecah 18 tahun. Ratu Elizabeth II memiliki banyak koleksi tiara DiRaja yang akan dipakainya ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Koleksi ini juga adalah koleksi yang akan baginda pinjamkan kepada anakanda dan juga cucunda saat mereka berkahwin.

Umum mengetahui, Kate Middleton, The Duchess of Cambridge bakal bergelar Ratu suatu hari nanti. Sebagai isteri kepada pewaris takhta dia kerap menghadiri majlis-majlis rasmi mewakili keluarga DiRaja. Oleh yang demikian, Ratu Elizabeth II telah memberikan tiga tiara kepada isteri cucunya ini untuk disimpan.

Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
.

Menariknya tiara-tiara ini adalah milik Kate Middleton sehingga akhir hayatnya dan tiada puteri lain yang boleh menggayakannya. Namun begitu setelah dia meninggal dunia, tiara-tiara tersebut akan disimpan kembali dalam arkib keluarga DiRaja Britain.

Ads

Jadi apakah nama tiga tiara yang dikurniakan Ratu Elizabeth II kepada isteri cucunya ini?

Tiara pertama yang diberikan kepada Kate Middleton adalah Tiara Cartier Halo yang digayakan oleh Duchess of Cambridge pada hari perkahwinannya dengan Putera William. Tiara ini dihasilkan pada tahun 1936 dan merupakan milik bonda kepada Ratu Elizabeth II. Tiara ini telah diberikan kepada Ratu Elizabeth II ketika baginda menyambut hari jadi ke-18 dan sejak itu ia telah dipakai oleh baginda sendiri dan juga adindanya , Puteri Margaret.

Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
.

Ads

Seterusnya dua lagi tiara yang menjadi simpanan ibu kepada tiga cahaya mata ini adalah tiara The Cambridge Lover’s Knot dan tiara The Lotus Flower.

Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
.

Ads

Tiara The Lotus Flower asalnya adalah milik Ratu Elizabeth Bowes Lyon dan ia merupakan pemberian suaminya King George VI. Asalnya tiara ini merupakan seutas kalung mewah sebelum diubah menjadi tiara. Kate Middleton dilihat pernah beberapa kali menggayakan tiara ini.

Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
.

Tiara yang terkahir ini merupakan kegemaran isteri kepada Putera William. Ini kerana dia acapkali mengenakannya saat majlis-majlis rasmi. Ada yang mengaitkan nilai sentimental tiara ini kerana ia merupakan antara tiara kegemaran Puteri Diana saat bergelar puteri raja. Tiara ini dihasilkan pada tahun 1900 untuk Ratu Mary sebelum diberikan kepada cucunda baginda, Ratu Elizabeth II. Tiara ini merupakan hadiah perkahwinan dari Ratu Elizabeth II saat Princess of Wales itu berkahwin dengan Putera Charles.

Sumber gambar: Glamour/Getty Images

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI