Muhammad Aiman Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama Aiman merupakan finalis Hero Remaja yang mempunyai legasi perniagaannya sendiri.
Walaupun baru berusia 21 tahun, pelajar yang menuntut di Politeknik Mersing, Johor ini sudah pun memiliki dua buah butik dan tiga store jenama ARCO.
Semuanya bermula apabila ramai peniaga online yang meminta Aiman untuk mempromosikan produk dan bisnes mereka. Mana kan tidak, followers anak muda kacak ini tak kurang hebatnya kerana mempunyai pengikut lebih kurang 108K di Instagram.
“Sejak itu, Aiman terdetik hati untuk memiliki bisnes sendiri kerana bagi Aiman ini adalah satu peluang yang menarik untuk Aiman meneroka bidang perniagaan dan pada masa yang sama menambahkan pendapatan sendiri,” jelas Aiman.
“Aiman cuba-cuba untuk berniaga. Kebetulan, kakak Aiman turut sama menjual tudung. Dari situ Aiman rasa ingin bersama-sama mengembangkan lagi cabang dengan menjual pakaian.
Tidak dinafikan, pemuda ini sangat bertuah kerana di usia muda, dia sudah mula bertapak di dunia perniagaan dan bukan hanya itu, Aiman juga mampu memiliki dua buah butik dalam hanya masa dua tahun setengah.Mesti ada yang tertanya-tanya apa agaknya tip-tip yang digunakan Aiman dalam membina empayar perniagaan di usia muda.
Nah, kali ini REMAJA bongkarkan 7 resipi kejayaan Aiman yang boleh dijadikan inspirasi buat korang
1. Melakukan survey terlebih dahulu sebelum membuka bisnes untuk melihat pasaran yang sesuai.
2. Minat yang mendalam dalam bidang fesyen. Kata orang, kalau kita buat sesuatu yang kita suka, InsyaAllah ia akan berhasil.
Ads
3. Inspirasi datang apabila melihat kejayaan daripada selebriti terkenal seperti Vivy Yusof, Neelofa dan Dato’ Siti Nurhaliza. Aiman juga turut rekaan daripada koleksi Hatta Dolmat dan Rizalman. Jadi, belajar dan terus belajar daripada mereka yang sudah berjaya.
4. Keluarga menjadi tulang belakang kejayaan Aiman hari ini.
Ads
5. Sangat menghargai setiap staff yang ada kerana tanpa mereka tiadalah jenama ARCO.
6. Ketahui matlamat bisnes setiap tahun dan meletakkan misi 5 tahun lagi sebagai penanda aras.
Ads
7. Sentiasa kuat semangat dan positif dalam jatuh bangun sesebuah bisnes.
Bagaimana dengan episod kedua Hero Remaja 2020 semalam?
Cabaran pertama yang ditugaskan kepada para hero berkait rapat dengan impresi pandang pertama ataupun first impression sebagai seorang selebriti.
Imej dan selebriti tak dapat dipisahkan. Merekalah yang akan menjadi rujukan kepada remaja lain dari segi penataan gaya, pakaian, stail rambut, wajah dan sebagainya. Disebabkan itulah, NIVEA Men menerusi koleksi Craft Styler amat berkesan untuk 12 orang hero mencipta gaya masing-masing dan menambah keyakinan.
Namun tak semua di kalangan mereka yakin sewaktu melaksanakan tugasan photoshoot pertama di hadapan juri seperti Dato Hans Isaac, Wak Doyok dan bekas finalis Hero Remaja 2011/12, Nazrief Nazri.
Ada yang excel, ada yang ‘terciduk’. Jom lihat komen daripada para juri termasuklah Hero Remaja 1990/91 Esma Daniel terhadap prestasi masing-masing.
01
AZRI KHAIR [Tema : Stylish]
Scha Al Yahya : Saya tahu dia seorang yang pemalu dan sayang sekali dia tidak keluar daripada personalitinya itu semasa task. Azri perlu lebih cepat loosen up, jika tidak hasil yang diperolehi daripada photoshoot ataupun task selebihnya akan jadi rigid.
02
MEERQEEN [Tema : Profesional]
Wak Doyok : Seorang lagi hero yang mempunyai pakej tetapi sayangnya, tidak all out dari segi ekspresi muka dan badan. Mungkin kerana ini task pertama, mereka sedikit ‘berhati-hati’ dan membuatkan mereka kelihatan takut di hadapan kamera.
Scha Al Yahya: Sebagai seorang model, Meerqeen perlu expect the unexpected. Tiada lagi alasan ‘ini kali pertama’. Alasan ‘seluar tak sesuai’ juga tak boleh diberi. Ingat klien di luar membayar kamu untuk perform, jadi kamu perlu deliver.
03
HARIZ HAMDAN [Tema : Kasual]
Esma Daniel : Gaya itu sudah ada, nampak remaja sesuai dengan usia Hariz. Cuma dia kena lebih pelbagaikan poses yang diberi. Overall saya sukakan foto Hariz, dia nampak ‘present‘ di set dan gembira dengan task yang diberi.
04
TOM [Tema : Kasual]
Wak Doyok : Tom ada rupa, ketinggian pun ada. Cuma saya rasakan dia reserve dengan pengalaman photoshoot. Saya ingat lagi saya berikan tip posisi jari jika ingin memasukkannya ke dalam poket agar foto kelihatan kemas tetapi masih ada foto jari yang kelihatan ‘berterabur’. Saya kurang puas dengan foto yang diberi Tom. I want more from your next photoshoot.
05
UMAR HISHAM [Tema : Stylish]
Esma Daniel : Apabila Umar memenangi Mini Challenge, seharusnya itu memberi kelebihan kepadanya. Tetapi jelas, Umar masih gementar apabila juri sedang melihat aksinya di set. Jangan jadikan nervousness itu terus memburu awak. Dari luar set, awak kena terus menjiwai karakter.
Wak Doyok : Paten muka Umar amat klasik, seperti selebriti zaman 50-an which is hard to find. Dia perlu belajar untuk relaks dan tarik nafas jika nervous.
06
HAZIQ NAZIMUDDIN [Tema : Profesional]
Scha Al Yahya : Haziq bagi saya telah melepaskan peluangnya. Dia mempunyai kelebihan ketinggian seorang model, warna baju yang dipilihnya juga begitu kena dengan tema. Mungkin saya meletakkan expectation terlalu tinggi kepada Haziq? Apapun Haziq perlu lakukan kejutan untuk task berikutnya setelah kami berikan peluang kedua. Jika tidak dia akan tenggelam.
07
AZIM YUSUF [Tema : Kasual]
Wak Doyok : Seorang lagi model yang masih dibelengu isu nervous. This should be his game ya. Jika terus nervous disebabkan terlalu memikirkan apa yang boleh dibuat dan tak boleh dibuat di dalam set, semua benda pun tak akan menjadi.
Scha Al Yahya : Azim bagi saya mempunya potensi, I really like him. Scha nasihatkan dia untuk rajin membaca dan melakukan research. Work smart on what works and what does not for him.
08
JABIR MEFTAH [Tema : Profesional]
Scha Alyahya : Saya sukakan keyakinan Jabir tetapi kadangkala terlebih yakin juga adalah satu isu yang tidak membantu. Dari segi foto dan aksi Jabir di hadapan kamera, saya sukakannya.
Wak Doyok : Jabir bagi saya pandai membawakan karakter dalam dirinya. Cuma seperti yang Scha cakapkan tadi, dia perlu menilai bagaimana untuk membina karakter peribadinya di sekeliling orang lain. Confident yes, but too overly confident. Perlu ada had yang perlu digariskan.
09
NADHIR NASAR [Tema : Kasual]
Esma Daniel : Saya lihat Nadhir bijak menggunakan 15 shot yang diberi – dengan berkesan. Dia berjaya menonjolkan karakter di dalam set dan semasa di hadapan kami di sesi penyingkiran. He is a silent killer, really.
10
JAZMY JUMA [Tema : Stylish]
Wak Doyok : Saya tahu bukan mudah untuk seorang yang tidak pernah menjadi seorang model untuk mempelbagaikan pergerakan. Bagi saya, Jazmy masih belum jumpa dengan stail yang kena dengan dirinya. Oleh itu, dia perlu perbanyakkan lagi rujukan dan berlatih. Bagusnya, Jazmy sedar akan kekurangan yang dia ada dan meminta hero lain membantunya.
11
IMRAN AQIL [Tema : Kasual]
Esma Daniel : Selebriti ini umpamanya seperti produk. Kita kena tahu ‘menjual diri kita’ kepada umum. Bagi saya Imran masih tidak menonjolkan dirinya yang sebenar. Energy itu sudah ada tetapi kadangkala tidak kena dengan tempat dan masa. Saya nasihatkannya untuk strategize lebih pada task seterusnya. Use your energy wisely.
12
ANIQ SUHAIR [Tema : Profesional]
Esma Daniel : Trust me, Aniq has that physical aura. Mungkin tidak setinggi yang lain, tetapi aura dia itu kuat. Cuma untuk task pertama ini, saya tak dapat menangkap ekspresinya. Apabila terlalu ‘selamat’ dia akan mudah tenggelam. Aniq perlu lebih agresif.
*
*
*
[SPOILER ]
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Nadhir yang dinobatkan sebagai pemenang Maxi Challenge bagi episod kedua ini. Sementara itu, Umar pula merupakan pemenang Mini Challenge yang melibatkan juri Jiman Casablancas.
Hasil daripada cabaran minggu ini, Jabir Meftah, Jazmy Juma dan Haziq Nazimuddin menduduki 3 tangga tercorot. Mereka bernasib baik apabila Scha Al Yahya mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dilakukan pada episod kali ini.
Akan tetapi, cabaran pada minggu hadapan adalah lebih hebat. Mampukah 12 orang hero korang menghadapinya?
Saksikan episod ketiga Hero Remaja 2020 pada hari Khamis (12 Max) jam 9.00 malam di salurah Astro Ria dan Ria HD. Ikuti juga segala update terbaru Hero Remaja 2020 menerusi #HeroRemaja2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor kacak, Meerqeen tampil memberi penjelasan ringkas mengenai keputusannya untuk berehat seketika daripada media sosial.
Menerusi temubual bersama Era, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak mengulas panjang, namun mengakui dia kini mahu memulakan hidup baharu.
“Tiada komen. Saya cuma mahu mulakan hidup baru. Saya nak rehat untuk sementara waktu terutamanya media sosial,” katanya.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja itu turut berkongsi berita menarik apabila mendedahkan dia sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
“Saya sebenarnya sedang buat persiapan untuk Hollywood,” ujarnya ringkas.
Bagaimanapun, Meerqeen tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bentuk persediaan tersebut.
Terdahulu, aktor ini memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berehat, segala kemas kini di media sosialnya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
Sebelum ini, bintang kacak itu pernah menyatakan cita-citanya untuk menembusi pasaran Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Malah, dia kini berehat daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjaya menempatkan diri ke tempat kelima dalam pencarian Hero Remaja 2020, Haziq Nazimuddin akur dengan kedudukan itu kerana baginya dia tidak memberikan sehabis baik pada malam akhir semalam.
“Semalam adalah hari yang paling Haziq takut dalam seumur hidup kerana selama ni berada di pentas peragaan tidaklah rasa takut seperti ini, sebaliknya saya rasa sangat excited untuk berada di atas pentas. Tapi semalam saya tidak memberikan yang terbaik kerana mungkin ia adalah pertama kalinya muncul secara langsung di kaca televisyen dan ditonton oleh satu Malaysia,”
“Namun begitu, saya berbangga kerana saya masuk dalam pencarian ini adalah untuk berlawan dengan diri sendiri. Dengan menjadi top 5 di peringkat akhir, saya rasa ini adalah pencapaian terbaik dalam hidup saya setakat ini.” jelas Haziq.
“Kesemua finalis telah memberikan persembahan sebaik mungkin dan keputusan juri bagi menempatkan diri di kedudukan masing-masing adalah yang terbaik. Nadhir memang layak bergelar juara, naib juara adalah Umar, Meerqeen pula di tangga ketiga, Jabir berada di tempat keempat, manakala saya di tempat kelima. Saya berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya lagi.
Kenangan bersama ibu dan ayah
Sebelum masuk ke pencarian Hero Remaja 2020, Haziq sudah mempunyai bisnesnya sendiri iaitu gubahan dan penghantaran flower bouquet. Perniagaan ini tetap diteruskan semasa dia berada dalam program Hero Remaja, namun terpaksa dihentikan seketika kerana PKP yang lalu.
“InsyaAllah tidak lama lagi saya akan membuka semula perniagaan flower boy kerana ia sememangnya minat saya dari dulu lagi. Saya tetap akan menggubah bunga dan kalau berkesempatan, saya sendiri juga yang akan membuat penghantaran kepada pelanggan,”
Wah, untunglah lepas ni kalau korang order bunga, Haziq sendiri yang akan berikan kepada korang kan. Hiks!
Haziq juga tetap akan mencari peluang untuk menceburkan diri dalam industri hiburan kerana dia mengaku sudah tidak sabar untuk bekerja bersama-sama orang yang berpengalaman dalam industri.
Tahniah dan selamat maju jaya Haziq. Semoga apa yang diimpikan akan terlaksana dan dipermudahkan semua urusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi kejayaan keputusan SPM 8A Ariana Deena yang membuktikan kekuatan doa, usaha keras, dan sokongan keluarga mampu mengubah cabaran menjadi kejayaan luar biasa.