Miliki 2 Buah Butik Di Usia 21, Ini 7 Rahsia Kejayaan Aiman Rahman Finalis Hero Remaja

Share

Muhammad Aiman Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama Aiman merupakan finalis Hero Remaja yang mempunyai legasi perniagaannya sendiri.

Walaupun baru berusia 21 tahun, pelajar yang menuntut di Politeknik Mersing, Johor ini sudah pun memiliki dua buah butik dan tiga store jenama ARCO.

Semuanya bermula apabila ramai peniaga online yang meminta Aiman untuk mempromosikan produk dan bisnes mereka. Mana kan tidak, followers anak muda kacak ini tak kurang hebatnya kerana mempunyai pengikut lebih kurang 108K di Instagram.

“Sejak itu, Aiman terdetik hati untuk memiliki bisnes sendiri kerana bagi Aiman ini adalah satu peluang yang menarik untuk Aiman meneroka bidang perniagaan dan pada masa yang sama menambahkan pendapatan sendiri,” jelas Aiman.

“Aiman cuba-cuba untuk berniaga. Kebetulan, kakak Aiman turut sama menjual tudung. Dari situ Aiman rasa ingin bersama-sama mengembangkan lagi cabang dengan menjual pakaian.

Tidak dinafikan, pemuda ini sangat bertuah kerana di usia muda, dia sudah mula bertapak di dunia perniagaan dan bukan hanya itu, Aiman juga mampu memiliki dua buah butik dalam hanya masa dua tahun setengah.Mesti ada yang tertanya-tanya apa agaknya tip-tip yang digunakan Aiman dalam membina empayar perniagaan di usia muda.

Nah, kali ini REMAJA bongkarkan 7 resipi kejayaan Aiman yang boleh dijadikan inspirasi buat korang

1. Melakukan survey terlebih dahulu sebelum membuka bisnes untuk melihat pasaran yang sesuai.

 

 

2. Minat yang mendalam dalam bidang fesyen. Kata orang, kalau kita buat sesuatu yang kita suka, InsyaAllah ia akan berhasil.

 

 

3. Inspirasi datang apabila melihat kejayaan daripada selebriti terkenal seperti Vivy Yusof, Neelofa dan Dato’ Siti Nurhaliza. Aiman juga turut rekaan daripada koleksi Hatta Dolmat dan Rizalman. Jadi, belajar dan terus belajar daripada mereka yang sudah berjaya.

 

 

4. Keluarga menjadi tulang belakang kejayaan Aiman hari ini.

 

 

5. Sangat menghargai setiap staff yang ada kerana tanpa mereka tiadalah jenama ARCO.

 

 

6. Ketahui matlamat bisnes setiap tahun dan meletakkan misi 5 tahun lagi sebagai penanda aras.

 

 

7. Sentiasa kuat semangat dan positif dalam jatuh bangun sesebuah bisnes.

 

 

Kalau nak mengundi Aiman sebagai Hero Favourite, boleh klik di sini http://www.remaja.my/aiman-rahman/

Satu hari, satu vote.

 

Jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja yang bakal ditayangkan pada 14 September depan, setiap Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Published by
Noor Ain Norman