Berkat usaha keras dan disulami dengan doa, gadis comel ini tamat dengan jayanya dalam peringkat Diploma Reka Bentuk Media Digital di KolejKemahiran Tinggi Mara (KKTM) Rembau, Negeri Sembilan.

Diberi nama Nur Syahirah Mohd. Wari, graduan ini telah mencuri perhatian warganet selepas videonya menerima skrol pada majlis konvokesyen baru-baru ini tular dalam aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Untuk Sepentas Bersama Tercapai, Pasangan Kembar Ini Genggam Ijazah Kelas Pertama UUM!

Miliki Ketinggian Yang Istimewa, Gadis Comel Ini Buktikan Boleh Berjaya Seperti Graduan Lain

Biarpun dirinya dilahirkan istimewa dan hanya memiliki ketinggian 124 sentimeter, namun ia bukanlah satu penghalang untuk dia turut sama berjaya seperti rakannya yang lain.

“Sebenarnya, majlis itu sudah lama berlalu iaitu pada Mac. Cumanya, saya baru muat naik hantaran kerana ingin berkongsi hasil penggambaran.

“Tidak sangka pula ia tular di TikTok dan ramai orang perkatakan tentang saya. Saya terharu sebab ramai komen cakap saya comel. Tiada yang pandang negatif, komen-komen semua positif,” katanya.

Ads

Miliki Ketinggian Yang Istimewa, Gadis Comel Ini Buktikan Boleh Berjaya Seperti Graduan Lain

Cekal dalam menghabiskan pengajiannya, gadis berusia 23 tahun ini menitipkan harapan buat mereka yang senasib dengannya agar jangan sesekali merendah diri.

“Menerusi perkongsian ini, saya harap mereka yang senasib dengan saya tak mudah rasa down (rendah diri). Setiap manusia ada kekurangan dan tiada yang sempurna.

“Kita tidak boleh takut untuk ke depan kerana setiap kekurangan pasti ada kelebihan,” ujarnya.

Miliki Ketinggian Yang Istimewa, Gadis Comel Ini Buktikan Boleh Berjaya Seperti Graduan Lain

Ads

Dia yang kini bekerja sebagai pereka grafik, turut sempat mengimbas detik-detik awal didiagnos menghidap masalah tulang yang membantutkan tumbesarannya.

Menurut Syira, dia membesar secara normal, namun mula menyedari ketinggiannya terbantut ketika menuntut di sekolah menengah.

“Masa kecil memang tak dapat kesan. Namun, apabila masuk ke sekolah menengah baru perasan. Jadi, saya tertanya-tanya juga kenapa tak tinggi-tinggi? Bila pergi hospital, dapat tahu saya ada masalah tulang.

Miliki Ketinggian Yang Istimewa, Gadis Comel Ini Buktikan Boleh Berjaya Seperti Graduan Lain

Ads

“Doktor maklumkan, tulang saya tidak berapa okey. Namun, badan semua normal dan tiada masalah kesihatan lain. Cuma ada masalah tulang yang mengganggu tumbesaran,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Syira kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di sebuah kolej swasta secara separuh.

Tahniah REMAJA ucapkan!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Syira Mohd Wari & Kosmo!


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI