Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Ads
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Ads
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Ads
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama seperti 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman ekonomi kurang menentu ini, ramai yang suka mencari kedai makan murah, sedap dan berbaloi. Tidak hairanlah, pantang ada kedai makanan tawar menu murah tapi sedap, sekejapan pasti akan menjadi viral.
Terkini, selepas menjadi viral selepas menjual menu chicken chop pada harga murah, RM5 sehingga pelanggan menyerbu kedai miliknya, Restoran Kak Chik yang terletak di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sekali lagi membantu rakyat dengan menawarkan menu tak masuk akal di mana restoran ini menjual lebih banyak menu pada harga yang sangat berbaloi-baloi.
Makanlah apa saja, chicken chop, bihun sup utara (campur air), ayam & keli penyet, mi bandung (campur air), semua ini dijual pada harga RM5 sahaja. Nasi bubuhlah sebanyak mana, tetap dikira RM1 sahaja.
Tidak hairanlah, disebabkan menjual pelbagai menu pada harga di bawah pasaran kebanyakan restoran biasa, restorannya antara tersenarai sebagai restoran harga patut dan menjadi tumpuan Ketua Wanita Umno, Dato Sri Shahrizat untuk mencubanya sekaligus menyampaikan sijil pengiktirafan.
Terkini, dalam membantu rakyat jimat berbelanja namun masa yang sama masih mengekalkan kualiti masakan yang cukup enak dan berbaloi, Restoran Kak Chik menerusi pemiliknya, Kak Chik menyediakan menu makan malam pada harga patut iaitu RM15 untuk dua orang makan dan lebih.
“Saya terpanggil untuk membantu masyarakat dengan menjual menu makanan murah. Tak apalah kita untung sedikit, bukan tak ada untung langsung tapi hati saya terhibur bila membantu masyarakat dengan menjual harga lebih murah,” katanya ketika ditemui.
Terkini, dengan hanya RM15 sahaja sudah cukup nilai itu untuk dua orang pelanggan menikmatinya. Menunya juga cukup berbaloi selain rasanya cukup enak.
Ada beberapa menu tersenarai. Antaranya:-
Menu 1: Chicken Chop, Mi & Bihun Goreng serta air iaitu teh o ais limau @ sirap limau 2.
Menu 2 : Nasi bujang 2 set, tomyam campur dan air tembikai.
Menu 3 : Nasi ayam penyet @ Keli Lele, Kentang @ Nugget serta air fresh orange 2
Menu 4 : Meat ball, nasi goreng kampung, kentang goreng dan teh o ais 2
Sudah lama berniaga, bagi Kak Chik, dia memahami bagaimana peritnya orang bekerja mencari sesuap nasi.
“Kalau makan pagi, harganya sekitar RM3 sahaja termasuk air. Makan tengahari cuma RM5 bagi nasi kosong, sup ulang dan air. Makan malam juga sama.
“Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga jam 2 pagi. Cuma pada hari Ahad saja di tutup sehingga tengahari sebelum dibuka semula untuk pasar tani di kawasan ini. Semua menu ini pun Kak Chik yang masakkan. Mungkin tangan orang lama berbeza,” katanya mengukir senyuman.
Dalam memastikan menu di restoran ini sememangnya sedap, Remaja berkesempatan bertemu selebriti media sosial asal utara yang sangat terkenal iaitu AbGee yang turut mencuba makanan di kedai ini.
Sudah banyak mencuba kepelbagaian makanan tetapi di Restoran Kak Chik, AbGee mengakui “RASA SEDAP TAK TAU NAK HABAQQQ”. Personaliti ini turut mengakui Restoran Kak Chik ini kerap bersedekah dengan memberikan makanan kepada penyokong penyanyi Azharina semasa pertandingan Gegar Vaganza yang lalu.
Apa yang membuatkan restoran ini menjadi tumpuan ialah, kedai makan ini kerap menjadi lokasi penggambaran beberapa buah drama malah ramai penerbit drama seperti Dato A Aida menjadikan restoran ini sebagai lokasi penggambaran.
Bagi Kak Chik, dia berpegang pada setiap apa yang diperolehnya itu adalah rezeki dari Allah. Disebabkan permintaan cukup tinggi dari penduduk sekitarnya, ramai juga pelanggan yang menempah perkhidmatan catering darinya malah di restorannya juga boleh dibuat majlis hari jadi, pertunangan dan sebagainya kerana dia mempunyai dua lot kedai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang termasuk budak kecil pun tahu, judi itu haram disisi islam. Tetapi sejauh mana penghayatannya?
Kita biasa nampak yang menikam ekor itu sebagai kaki judi dan yang ke kasino itu juga bermain judi. Tetapi adakah kita tahu, sejak kecil kita telah didedahkan dengan permainan yang berunsur judi?
Jika zaman kanak-kanak penulis dulu games ‘tikam-tikam’ sangat popular. Ada yang hadiahnya duit dan ada yang hadiah barang permainan dan macam-macam lagi. Tetapi nampaknya sekarang, tikam-tikam tidak lagi dijual dikedai-kedai runcit seperti dulu. Namun, mainan berunsur judi tetap diterapkan dalam masyarakat.
Sedar atau tidak sebenarnya konsep perjudian untuk kanak-kanak masih lagi berluasa, terutamanya dalam permainan mesin ‘claw’.
Baru-baru ini, mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) berkongsi info dan pencerahan tentang permainan mesin patung kanan-kanak ini.
Fatwa tentang mesin permainan anak patung kanak-kanak
1. Mesin permainan kanak-kanak (K* **N) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian.
2. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
3. Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhi daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.
4. Seorang muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian seperti itu kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
-TAMAT-
(Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.)
Untuk info mesin claw merupakan sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi dalam memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut. Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjudian yang diharamkan oleh syariat agama Islam. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
Tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi sebelum umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pastinya segala persediaan telah dilakukan serba sedikit. Namun, ada di kalangan remaja luar sana yang masih belum lakukan perancangan untuk balik ke kampung! Haih, busy sangat exam ke korang?
Jika korang sanggup meredah jalan raya pada malam Raya nanti, okay it is your call. Tapi kalau korang inginkan tiket penerbangan, AirAsia ada berita baik untuk semua.
Mereka telah mengumumkan tawaran penerbangan lewat malam istimewa sempena balk kampung bagi memenuhi tuntutan ramai penumpang.
Selalunya tambang akan naik mencekik darah bila sudah last minute seperti ini. Tetapi AirAsia melalui kenyataan CEO AirAsia, Riad Asmat berkata mereka ingin pastikan semua orang boleh raikan Aidilfitri bersama yang tersayang.
Tambang tetap rendah ini bermula dari RM99 untuk laluan terpilih dalam Semenanjung Malaysia dan dari RM149 dari Kuala Lumpur ke Kuching. Selain itu, AirAsia juga akan menambah kekerapan penerbangan sebanyak 43 penerbangan ekstra dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kuching. Lovenya!
Tawaran ini valid bermula 12 hingga 19 Jun 2018 sahaja. Terima kasih REMAJA ucapkan kepada AirAsia dan Malaysia Airports Holding Berhad kerana memahami keperluan netizen sempena musim perayaan ini.
Bagi korang yang akan menaiki flight balik kampung, pastikan korang tiba di lapangan terbang lebih awal okay bagi mengelakkan kesesakan. Gunakan servis check in melalui laman web dan aplikasi sehingga 1 jam sebelum waktu berlepas.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...