Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama sepert
i 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.