Milo Bukan Minuman Sihat! Kesatuan Pengguna Australia Berjaya Desak Nestle Turunkan Rating Star

Share

Minum Milo jadi sihat dan kuat!

Lebih sedap jika buat Milo pekat dan Milo tabur. Pergh, minum pula time musim panas. Admin sendiri membesar dengan air Milo dan jarang minum perasa coklat yang lain.

Sejak berpuluh tahun Milo dikatakan sebagai minuman sihat, Nestle akhirnya akur apabila desakan dari kumpulan pengguna dan pihak pakar yang menjalankan kajian bila mana mendapati Milo sebenarnya mengandungi banyak gula.

Baca perkongsian dari Public Health Malaysia seperti dikongsikan oleh News.com.au.

Setelah sekian lama produk Milo di pasarkan sebagai minuman yang sihat khususnya untuk kanak kanak, akhirnya kebenaran telah terbongkar.

Di Australia, atas desakan kumpulan pengguna dan pihak pakar, Nestle telah membuat keputusan untuk menurunkan “Health Star Rating” dari 4.5 ke angka yang lebih rendah.

Rupa rupanya, rating 4.5 itu diperolehi sekiranya produk tinggi gula itu diminum bersama susu skim.

Pakar berpendapat, Milo sewajarnya diberi rating 1.5 berdasarkan kandungan sebenar produk tersebut.

Desakan dan tuntutan tersebut telah diketuai oleh kesatuan pengguna terbesar di Australia CHOICE. 

Bagaimanapula dengan situasi di Malaysia?Adakah kita masih merasakan produk ini baik untuk kesihatan? Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda!

#KonspirasiGula

 

Apa jadi bila terlebih gula dalam badan korang?

# Lapar Berterusan – Perut akan rasa lapar memanjang walaupun baru makan. Ini disebabkan kandungan gula terlalu tinggi. Secara saintifiknya, glukosa terhalang untuk memasuki sel-sel dalam badan. Seterusnya, badan tidak dapat terima tenaga dan mulalah anda rasa lapar.

# Badan Terasa Letih – Bila dah tak serap dalam tubuh, sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan betul sebab tiada bekalan tenaga.

# Kerap Buang Air Kecil – Bila tak dapat serap glukos, buah pinggang kita juga tak dapat nak serap cecair kerana berlaku kepekatan glukosa dalam darah. Jadi kita akan rasa nak buang air saja kerjanya.

#Mulut Kering dan Dahaga Berlebihan – Kehilangan cecair daripada kesan sering ke tandas sebentar tadi menyebabkan mulut menjadi kering. Badan akan menilai tahap dehidrasi dan menghantar isyarat ke otak.

#Sukar Untuk Fokus – Gula yang tinggi juga menghalang glukosa untuk sampai ke sel otak. Bila otak sukar dapatkan tenaga, tumpuan akan terjejas.

#Mata Kabur –Kandungan gula yang tinggi ini turut memberi kesan pada sel mata. Mata hilang keupayaan untuk  beri tumpuan sekaligus  penglihatan jadi kabur.

Hokay, ini paling seram!!!

#Mati Pucuk – Bila kandungan gula terlalu tinggi, sukar untuk ereksi. Ini kerana untuk peroleh ereksi yang sihat, aliran darah ke saraf mesti dalam keadaan sihat. Jika ada gula berlebih, biasanya akan terjejas. Sebab itulah orang alami kencing manis akan sukar ereksi dan boleh mati pucuk.

#Luka Lambat Sembuh – Bila dah terlalu tinggi gula, susah untuk luka sembuh kerana peredaran darah ke seluruh tubuh sudah terjejas.

Terakhir sekali…

#Cepat Marah – Kajian mengatakan orang gula tinggi biasanya selalu cemas, terlebih aktif dan selalu kemurungan.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros