Sesi persekolahan bagi murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 telah pun bermula pada 1 Mac lalu, diikuti dengan pelajar sekolah menengah pada 5 April selepas beberapa bulan pelajar melakukan pembelajaran dari rumah ekoran daripada pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan agar semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.
Yang Dipertua MIMBAR, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, kebanyakan ibu bapa yang yang ditemui mengatakan kurang sedikit signifikannya cuti penggal ini kerana mereka sudah terlalu lama berada di rumah. Jadi, pelajar sudah banyak ketinggalan dan ibu bapa memintanya untuk mengutarakan cadangan ini supaya dipertimbangkan.
Instagram Malaysia telah melancarkan sebuah kempen berjudul #RealTalk bagi menangani situasi kesihatan mental pengguna di Malaysia.
Dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar, REMAJA semalam telahpun terlibat dalam satu sesi yang dianjurkan oleh Instagram untuk melihat betapa seriusnya perkaitan di antara aplikasi media sosial sekarang dengan isu kesihatan mental.
Menurut Kajian Ipsos, kesihatan mental bagi 44% rakyat Malaysia dilaporkan telah terjejas sejak musim pandemik ini bermula. Lalu, kempen #RealTalk ini mengajak agar kita lebih terbuka untuk membincang tentang isu ini terutamanya di kalangan remaja yang merupakan pengguna majoriti media sosial.
REMAJA sempat untuk mendengar kata-kata content creator popular Instagram, Muhammad Hafiz Hamzah atau lebih dikenali sebagai Slurpee Crank mengenai sebab sebenar dia mula memuat naik video berdurasi 1 minit pada setiap minggu dengan topik-topik perbincangan isu remaja.
“Alasan saya untuk memulakan akaun ‘Slurpee Crank’ ini di Instagram adalah kerana saya ingin memberitahu cerita saya. I want to tell my stories and my struggle to my peers. Tak semua orang mempunyai keberanian memberitahu cerita mereka, but I find the act of telling your stories is encouraging. Saya ingin memberi galakan kepada mereka untuk bercakap mengenai diri mereka pula.
“Telling your side of story is a form of strength, it is not your weakness. Apa yang berlaku kepada saya, akan saya kongsikan kepada pengikut kerana kami sama-sama berdepan dengan sesuatu isu tersebut.
“Bagi saya, media sosial adalah satu safe sharing space untuk menyebarkan positiviti,” jelasnya dalam sesi yang dihoskan oleh Che Puan Sarimah Ibrahim itu.
Penulis tertanya juga sekiranya ada netizen yang menganggap Hafiz sebagai seorang attention seeker apabila dia memberitahu masalah sendiri kepada seluruh dunia.
Akui Hafiz, tak dinafikan ada orang yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dianggap terlalu ‘terbuka’.
“Ramai yang menghantarkan komen seperti itu. Namun lebih ramai yang DM saya di Instagram untuk meluahkan masalah mereka kepada saya, selain mengucapkan terima kasih kerana memberi mereka semangat.
“Kebanyakan remaja di Malaysia ini sebenarnya sedang mencari satu ruang selamat untuk berbual mengenai masalah yang dihadapi mereka. Mereka takut untuk memberitahu orang terdekat seperti keluarga kerana enggan dihukumi.
“Oleh itu, akaun Instagram saya ini ibaratnya seperti memberi ruang berbual kepada generasi saya. It is a two communication space for us. Kadangkala apabila saya berkongsi tentang masalah yang saya hadapi, mereka turut memberikan saya semangat,” jelasnya lagi.
Statistik masalah depresi yang ditunjukkan dalam kalangan remaja pada tahun ini amatlah membimbangkan. Kita sendiri telah mendengar pelbagai kes anak muda bawah 20 tahun yang membunuh diri kerana masalah depresi dan kesihatan mental di media sosial.
Mengambil kira hal itu, Hafiz melontarkan sedikit nasihat kepada sesiapa yang berdepan dengan isu tersebut.
“The pain you go through right now means one less pain which you will go through in the future. Bagaimanapun, usahlah terburu-buru untuk mencari titik healing sekelip mata. Proses untuk kita sembuhkan ‘luka emosi’ itu sebenarnya memakan masa and it is designd to happen gradually.
“Buat masa ini, apa yang saya harapkan adalah agar lebih ramai pakar motivasi ataupun pakar psikiatri yang menggunakan media sosial bagi membantu remaja dan orang yang berhadapan masalah emosi.
“Mereka ini perlukan jawapan kepada persoalan seperti ke mana perlu mereka pergi, hendak buat apa, bagaimana untuk atasi masalah dan sebagainya. Talking is a helpful action too,” simpul pemuda berusia 23 tahun dari Kedah itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kejayaan yang diraih oleh selebriti popular dan usahawan wanita muda, Noor Neelofa Mohd Noor apabila Dewi Remaja 2009/10 kini melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan memperkenalkan jenama pakaian Lofa Brand.
Hasil kerjasama bersama sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, buat permulaannya Lofa Brand memasarkan pakaian street wear, iaitu sweatshirt dan sweater ‘hoodie’ yang bercetak LOFA di bahagian hadapan koleksi tersebut.
Macam goreng pisang panas, rata-rata daripada koleksi ini sudah pun sold out selepas beberapa hari dikeluarkan.
Iye la, siapa yang tak nak menyimpan koleksi istimewa jenama fesyen dari Neelofa kan? Semua orang tahu tentang fashion sense yang ada pada selebriti cantik ini, jadi tak hairanlah kalau personaliti ini sudah memasuki pasaran industri fesyen.
Koleksi Human
Terbaru, jenama fesyen ini mengeluarkan koleksi Human yang diinspirasi daripada peristiwa serangan masjid di New Zealand. Ketika ditemuinya baru-baru ini, Neelofa berkongsi kisah disebalik jenama baru yang diperkenalkannya ini.
“Saya mahu bawa mesej dalam setiap koleksi jenama Lofa Brand. Malah, material yang digunakan pada setiap helaian koleksi pakaian pula amat berkualiti tinggi. Ia selesa dan tidak panas mengikut kepada cuaca di Malaysia,”
“Memamg saya ingin mengeluarkan koleksi pakaian yang ringkas memandangkan saya sendiri memakai pakaian tersebut. Jadi, saya memilih material yang sesuai untuk dipakai di negara kita,” jelas Neelofa.
Melancarkan koleksi Human ini pada 5 Ogos lepas, korang boleh mendapatkan merchandise terbaru dari Lofa ini melalui online dan mengambil masa 7 hari untuk proses penghantaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 17 Januari lalu, pelakon berbakat besar, Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiganya iaitu bayi perempuan pada jam 1.25 pagi.
Genap sebulan kelahiran ahli keluarga baharu, terkini, pelakon drama popular Hati Perempuan itu tampil mendedahkan wajah cahaya matanya itu menerusi sebuah hantaran baharu di entri Instagram miliknya.
Dalam perkongsian video tersebut, Mia buat kali pertama dengan menunjukkan rupa paras bayinya yang ketiga itu selain memberi nama Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi, hasil persetujuannya dengan suami yang juga pemain bola sepak Sri Pahang (FC), Mohd Izham Tarmizi.
“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian klip video pendek berkenaan sekaligus dibanjiri pujian daripada para warganet dan rakan selebriti selain mendoakan yang baik-baik buat puteri kecilnya itu.
“Waalaikumsalam.. Comelnya dia… Sama eh nama kita,” komen seorang pengikutnya.
“Allahuakbar! Comelnya… segala puji bagi Allah.. semoga yang baik-baik untuk anak ini, Puan Mia semoga sentiasa dilindungi Allah,” komen juga pengikut lain.
“MasyaAllah. Semoga Imaani membesar dengan sihat dan bijak,” titip doa seorang peminatnya menerusi ruangan komen.
Sekadar informasi, Mia dan suami tercinta mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayt Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia sekali lagi kehilangan seorang tokoh besar negara.
Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah meninggal dunia pada malam ini di Institut...