Sesi persekolahan bagi murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 telah pun bermula pada 1 Mac lalu, diikuti dengan pelajar sekolah menengah pada 5 April selepas beberapa bulan pelajar melakukan pembelajaran dari rumah ekoran daripada pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, menurut Astro Awani, Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan agar semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan untuk memberi peluang kepada para pelajar mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini.
Yang Dipertua MIMBAR, Datin Seri Ismalina Ismail berkata, kebanyakan ibu bapa yang yang ditemui mengatakan kurang sedikit signifikannya cuti penggal ini kerana mereka sudah terlalu lama berada di rumah. Jadi, pelajar sudah banyak ketinggalan dan ibu bapa memintanya untuk mengutarakan cadangan ini supaya dipertimbangkan.
Namun begitu, kenyataan ini mendapat reaksi negatif daripada golongan ibu dan bapa kerana mereka tidak bersetuju sekiranya cuti penggal dimansuhkan.
Walaupun pelajar belajar dari rumah, ibu bapa sentiasa memantau sesi pembelajaran anak-anak untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Bukan hanya pelajar, fahami juga situasi para guru..
Diharap agar isu ini dipandang serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan mengambil kira pendapat semua pihak untuk kebaikan bersama.
Sumber: Astro Awani