Penyanyi versatil, Mimi Fly baru-baru ini meraih pujian warga internet dan peminatnya apabila dilihat berani menerima teguran susulan pelbagai reaksi yang diterima selepas pelancaran muzik video lagu raya berjudul ‘Serumpun’ pada 14 Mac lalu.

Menurut sebuah perkongsian di media sosial, muzik video yang telah dimuat naik sebelum ini sudah diletakkan dalam mod privasi selepas Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina binti Norisham (39) menerima kritikan negatif terhadap penampilan pakaiannya dalam keadaan berkemban dalam video lagu tersebut.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu ‘Angkat’ itu tampil membuat permohonan maaf dan  meminta maaf dan menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka serta menyatakan bahawa beliau tiada niat untuk mencipta sebarang kontroversi.

Mimi Fly Raih Pujian Berani Terima Teguran, Lancar Muzik Video ‘Serumpun’ Versi Baru
Teguran yang diberikan terhadap Mimi Fly oleh Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini (Kredit: The Merdeka Times)

Dalam pada itu, beberapa warga internet di aplikasi X turut memuji tindakan Mimi kerana berani menerima teguran yang diberikan.

Ads

“Dia delete ke atau private itu tanda yang baik untuk dia. Dia masih ada kesedaran akan penerimaan teguran sesama muslim. Bagus sebenarnya tu,” kata @arfabdim.

“Dia delete sebab nak remake mv baru. Mimi bagus sangat sebab boleh terima teguran terus improve. Maybe new version ni akan pakai baju raya, sayang kalau tak remake sebab lagu dah sedap cuma busana & tarian tak berapa elok,” ujar @paosjk.

Ads

“Baguslah takedown, rasa ada iman lagi, Masih ada kehormatan diri, masih ada tanggungjawab, bravo. Semoga maju jaya, kecaman yang membina sedikit pun tidak menjatuhkan seseorang jika mereka faham Islam itu lebih tinggi daripada segalanya,” tulis pengguna @HadyTheGreat.

Mimi Fly Raih Pujian Berani Terima Teguran, Lancar Muzik Video ‘Serumpun’ Versi Baru
Kredit: Mimi Fly
Mimi Fly Raih Pujian Berani Terima Teguran, Lancar Muzik Video ‘Serumpun’ Versi Baru
Kredit: Mimi Fly

Sementara itu, pakaian yang diperagakan oleh Mimi dalam rakaman muzik video berkenaan difahamkan mendapat inspirasi daripada busana klasik Melayu, Jawa serta etnik Thai dalam sebagai simbol kepelbagaian budaya yang turut meraikan Aidilfitri walaupun berbeza negara.

Ads

Sekadar info, berita baik buat peminat Mimi Fly, video lagu ‘Serumpun’ sudah pun dimuat naik semula dalam versi terbaru pada 19 Mac, tepat jam 11.11 sebentar tadi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI