Pelakon lelaki dan wanita, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini dikatakan telah memutuskan hubungan mereka kerana dikatakan tiada persefahaman. Namun begitu, dua figura popular ini nampaknya sering memuat naik foto mesra bersama di media sosial.
Pada hari ulang tahun kelahiran Mimi tahun lalu, Syafiq dilihat menghadiahkannya sejambak bunga dan minyak wangi berjenama mewah. Rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa pasangan sejoli ini telah pun berbaik dan bersama semula.
Terbaru, Mimi Lana memuat naik gambar mesra dengan caption “You’ve touched me without even touching me”.
Malah, Syafiq Kyle juga turut berkongsi foto yang sama di Instagram Storynya dengan caption “Oucchh” bersama emoji love.
Ramai selebriti dan rakan artis meninggalkan komen di posting tersebut, seperti gembira dengan perkhabaran baik ini.
Persoalannya, adakah benar cinta bertaut kembali? Ramai peminat nak tahu ni. hiks!
Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan mereka. Kalau dah jodoh tak kemana kan?
Sumber: Instagram