Minat Nak Jadi Ahli Farmasi?, Pelajar Bakal Ambil SPM Kena Tahu Ini

Share

Mulai Isnin depan, pelajar tingkatan tiga akan mulai menduduki ujian Pentafsiran Tingkatan 3. Bermula Isnin sampai hari Khamis (4 Oktober). So bagi korang jangan nervous tau. Jangan pula pulun saat akhir, baca bagai nak rak sebaliknya anggaplah setahun korang study tu dah mencukupi. Soalan nanti  jawaplah dengan hati tenang.

Habis PT3, debaran akan mula dirasai oleh pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal dimulakan pada 13 November – 13 Disember akan datang. So korang ada sebulan saja lagi sebelum menduduki peperiksaan penting yang bakal menentukan hal tuju dalam kehidupan.

Di sebalik debar, tentu ramai yang dah tahu minat dalam dunia pekerjaankan. Maksudnya, bila habis belajar di universiti, korang dah target nak ambil kos apa. Bagi yang minat jadi ahli farmasi, apa mata pelajaran yang perlu korang lulus, kos apa perlu ambil, Encik Fahmi Hassan yang juga seorang ahli farmasi yang bertugas di  Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi hal ini. Boleh baca di twitternya Fahmi Hassan@Fahmibinhassan

Published by
Almaswa Haji Che Ros