Pertama sekali REMAJA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Al-Faiz Mohamed Ahmed Hafez, 26, meraih anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Berhad dan Verein Deutscher Ingeniure Award Association of German Engineers (VDI) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP), baru-baru ini.
Untuk pengetahuan korang, siswazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif – (Program Kerjasama UMP dengan University of Applied Sciences, Jerman) ini menyimpan minat dalam bidang robotik sejak kecil ketika di zaman sekolah rendah.
Lebih mesra disapa Hussein, penganugerahan itu disifatkan sebagai pendorong kepada dirinya untuk terus mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Menurutnya, pada waktu itu universiti ditutup akibat ‘lockdown’ dan kesemua kelas dijalankan secara dalam talian. Lebih sukar apabila kelas yang dijalankan oleh pensyarah mata pelajaran yang bertugas dalam Bahasa Jerman.
Ads
“Disebabkan itu saya perlu membuat persiapan yang proaktif dan intensif kerana cuma ada peperiksaan akhir sahaja di mana 100 peratus markah adalah bergantung kepada penilaian tersebut dan berbahasa Jerman.
“Apa yang saya lakukan adalah mengulangi semula rakaman video pensyarah dan melakukan terjemahan terhadap input yang disampaikan semasa di dalam kelas,” ujarnya yang turut belajar berkumpulan bersama kawan baiknya, Alyxie Anthony, selain cuba menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
Ads
Akhir sekali, Hussein turut berharap UMP akan meneruskan program dwi ijazah dan memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di luar negara.
Selain Hussein, seorang lagi penerima VDI Award Association of German Engineers dianugerahkan kepada Ng Jin Yun yang kini sedang melanjutkan pengajian di Jerman.
Jadi minat atau hobi dalam sesuatu perkara bukan jadi alasan untuk seseorang mengabaikan pelajaran kan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Foto :Unit Komunikasi Korporat UMP
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini kecoh apabila MBSA menggantung kain rentang menyatakan peraturan yang mana masyarakat tidak dibenarkan untuk memberi makan kepada haiwan liar dan terbiar. Tindakan itu mendapat kecaman hebat masyarakat yang rata-rata menyatakan bahawa sepatutnya pihak MBSA mencari jalan yang lebih sesuai.
Mungkin kita boleh melupakan kisah ini dan mengambil teladan perkongsian dari hantaran Facebook Royal Office Selangor yang berkongsi, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di Negeri Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.
Menurut Baginda berdua, sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.
KISAH SNOWY YANG COMEL
Baginda berdua memiliki beberapa ekor kucing peliharaan yang pada asalnya merupakan kucing terbiar (Stray) dan kesemua mereka telah dikasi dan diberi perlindungan yang baik. Ini termasuklah Snowy seekor kucing yang kira-kira empat tahun lalu berkeliaran di kediaman DYMM Tuanku Sultan untuk mencari makanan. Melihat keadaan Snowy, Baginda membuat keputusan untuk mengambil Snowy sebagai haiwan angkat. Kini Snowy merupakan haiwan peliharaan kesayangan dan menjadi peneman setia Baginda.
Selain Snowy, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society for The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar di mana kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat. Sejak Mac 2017 sehingga Disember 2020, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.
Bagi yang bujang tentu bercita-cita hendak membeli rumahkan. Tambah bila sudah mendirikan rumah tangga, keinginan itu bertambah lagi kerana memikirkan itulah aset masa depan dan jaminan di hari tua. Tapi kadang kala, bila sudah minat dan agak-agak boleh bayar bulanannya, permohonan pula kena reject dan tentu kita tertanya-tanya kenapa hal ini terjadi.
Kalau nak tahu kenapa bank tolak pinjaman perumahan kita ini 16 fakta yang perlu tahu. Jadi bolehlah kurang-kurangkan ‘BEBAN’ yang lain tu ya sebelum berniat nak beli rumah.
Baca tulisan Amir Syahir yang juga seorang pakar dalam pengurusan kewangan dan hartanah seperti ditulis di facebooknya.
Sebelum itu, boleh juga cari bank yang tawarkan perkhidmatan pinjaman terbaik di iMoney. Memang sangat membantu!
Faktor Bank Menolak Pinjaman Perumahan
Apa yang paling penting bila nak beli rumah ialah, bank luluskan pinjaman perumahan yang dipohon. Ada yang senang je lulus, ada jugak yang susah nak lulus dan ada tak yang pernah-pernah lulus bila buat pembiayaan perumahan daripada pihak bank.
Jadi, kenapakah perkara sebegini boleh berlaku? Bank akan lebih strict dari setahun ke setahun. Antara sebab pihak bank tolak pemohonan kita adalah seperti gambar berikut.
Jika kita tahu punca bank boleh menolak permohonan kita, jadi kita boleh baiki mana yang kurang.
Saya bukan arif sangat tentang prosedur bank, tapi sering bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan dan membaca pengalaman orang supaya menjadi rujukan.
Jika kita gagal mendapatkan pinjaman perumahan di bank, cuba lagi di bank lain. Banyak lagi bank. Setiap bank ada dia punya SOP mereka tersendiri.
Akhir kata, semoga proses permohonan pembiayaan perumahan kau dipermudahkan.
Boleh SHARE & TAG untuk kawan-kawan kau yang lain. Mungkin kau dah tau, tapi kawan-kawan kau baru nak belajar. Kah!
Usia bukanlah penghalang bagi Ustazah Siti Zaharah Hamid apabila berjaya memperoleh kejayaan dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Islamiyyat, Universiti Islam Selangor pada usia 82 tahun.
Kisah kejayaan figura ini yang lebih selesa disapa ummi bukan sahaja tular di media sosial, malah memberi inspirasi buat golongan muda untuk menyambung pelajaran tanpa mengira usia.
“Latar belakang saya dari kecil memang dah merantau. Lain dengan adik-beradik lain. Sebab Ummi rasa seronok dan teringin sangat nak sambung belajar.
“Ketika beritahu mak ayah nak merantau, mereka benarkan sahaja sebab ada kakak sepupu di Kuala Lumpur. Ummi bujang sehingga sekarang, jadi rasa nak belajar tu sentiasa ada.
“Masa sambung PhD ini pun, Ummi paling berusia antara yang lain. Walaupun kecergasan tak sama macam orang muda, tapi sebab kehendak nak belajar itu tak terbatas, maka dapat juga Ummi habiskan,” katanya.
Dalam pada itu, Ummi berkongsi tiada petua lain yang diamalkannya untuk menguatkan ingatan bagi penghafalan selain mewajibkan bacaan al-Quran sebagai rutin harian.
Katanya, jika dirinya sudah berhenti mengkaji al-Quran atau tidak berinteraksi dengan orang lain sejak awal lagi, kemungkinan sudah nyanyuk pada usia lanjut sebegini.
“Belajar ini adalah tuntutan fardhu. Macam Ummi, tak ada harta lain-lain dah. Cuma ilmu ini sebagai bekalan nak bawa jumpa Allah. Jangan belajar sebab nak kejar KPI (petunjuk prestasi utama).
“Pada Ummi, tiada yang memotivasikan Umi selain Allah. Buat golongan muda di luar sana, perlu tahu matlamat kita belajar untuk apa. Ilmu ini kita belajar dan beramal untuk menjadi bekalan di akhirat nanti,” katanya,” ujarnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: K!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...