Selepas menolak tawaran untuk mengakhiri perkhidmatannya lebih awal, Minho dari kumpulan SHINee secara rasminya akan menamatkan latihan ketenteraan di South Korean Marine Corps pada 15 November 2020.
Sepanjang berada di Marine Corps, Minho sering kali menarik perhatian para peminat dengan keperibadiannya yang rajin serta prestasi membanggakan ketika menjalani latihan.
Minho juga sebelum ini telah dipuji netizen apabila sanggup mengorbankan cuti terakhirnya selama 20 hari di kem tentera sebelum tamat menjalani khidmat ketenteraan untuk melatih peserta lain walaupun dia sudah dibenarkan pulang pada 27 Oktober lalu.
Kini, anak muda ini bakal kembali beraksi di pentas dan kepulangannya mendapat perhatian peminat apabila trending di Twitter dengan hashtag #MinhoIsBack.
Dia banyak menyertai pelbagai jenis latihan dan sangat dipercayai senior, junior serta pegawai disebabkan tata kerja terpuji, keikhlasan dan personaliti cerianya. Dia antara tentera marin yang menerima pujian luar biasa daripada pelatih lain.
Wah, memang terbaik la Minho. Welcome home!
Sumber: koreaboo