Minimal & Stylish, 8 Jenama Perkenalkan Koleksi Pakaian Raya Pilihan REMAJA

Share

 

Saban tahun, koleksi Hari Raya Aidilfitri lah yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

 

Ternyata, tahun ini agak berbeza apabila Ramadan dan persiapan lebaran harus dilakukan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun itu tidak sesekali menidakkan semangat 8 jenama pilihan REMAJA ini daripada memperkenalkan koleksi pakaian Raya masing-masing.

Kesemuanya pada hemat penulis amat menyelesakan, bergaya, moden tetapi masih mempunyai nilai kebudayaan serta tradisi sebagai persalinan menyambut Aidilfitri.

 

 

ANAABU

Koleksi khas Aidilfitri yang dinamakan sebagai Alam ini masih mengekalkan identiti back to basic yang sinonim dengan ANAABU. Namun kali ini, mereka mencipta kelainan dengan inspirasi alam semula jadi dan mengajak korang untuk melihat keindahan dalam yang ternyata berbeza di antara satu sama lain di sekeliling.

Bukan semua perkara itu mirip, samalah juga dengan nama-nama yang dipilih bagi koleksi ini seperti Awan, Renyai, Dahan, Umbi dan banyak lagi. Ia mudah untuk disuai padan bagi penggayaan hening Syawal korang.

Dari kiri : Jagat mandarin shirt RM179
& tailored pants RM169 Rintik flared top. RM249
Dari kiri : Senja Oversized Kimono (Mulberry) RM219 & Lilit Wrapped Kimono (Moss Green) RM269

 

 

SETH & LUNA x MARSHA MILAN

Setelah dilancarkan seawal 21 Mac lalu, ramai mudah tertarik dengan gaya kurung hasil kolaborasi jenama Seth & Luna bersama selebriti, Marsha Milan Londoh.

Khas sempena Ramadan ini di Instagram Marsha Milans, korang boleh merebut beberapa Flash Sale yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Koleksi ini terbahagi kepada set Marsha, Milan dan Londoh. Eh, macam pernah dengar lah. Hihi!

 

 

UNIQLO x Hana Tajima

Seperti tahun-tahun sudah, UNIQLO kembali dengan koleksi Spring/Summer bersama Hana Tajima yang kasual untuk persalinan Raya. Why not kan?

Dengan konsep Changing Bodies, koleksi ini mempunyai corak floral yang dilukis sendiri oleh Hana Tajima untuk dijadikan sebagai paten. Ia juga mempunyai persalinan warna terang dan berpotongan longgar bagi memberi keselesaan terutamanya kepada gadis muslimah.

 

 

TANGSI TUJUH

Koleksi yang dinamakan sebagai Karar ini mungkin bukanlah koleksi khas Tangsi Tujuh untuk musim Aidilfitri 2020. Namun, kami merasakan ia adalah persalinan yang sesuai untuk korang gayakan sepanjang Syawal kelak.

Ia diperbuat 100% daripada fabrik % semulajadi yang bersesuaia dengan cuaca di Malaysia. Malah potongannya juga memudahkan korang untuk bergerak.

Loose fit long tunic ‘SANTAI’ RM219
Oversized revere crop shirt ‘SURI’ RM179

MASLEA

Maslea sememangnya adalah jenama yang terkenal dengan rekaan ringkas dan minimal. Lalu bagi koleksi Nostalgia Raya 2020, Maslea menerusi Zalora menghasilkan rekaan yang masih minimal tetapi berpotongan moden.

Kami amat menggemari intepretasi kurung Riau, kurung Maranao dan kurung Panjang yang diperkenalkan oleh Maslea. Ia memudahkan korang juga untuk menyuai padan bahagian top ini dengan seluar skinny.

Dari kiri : Kurung Riau Pahang Top RM219 & Kurung Panjang RM208
Dari Kiri : Kebaya Panjang Top RM219 & Kurung Maranao Top RM208

 

 

LILIT

Menerapkan idea Lilit : Class of 2020, Lilit menyamakan koleksi Lilit Raya pada tahun ini dengan nama-nama ‘kakak’ dalam sebuah keluarga Melayu. Ia bagi memudahkan korang memilih rekaan baju Raya yang bersesuaian dengan status dan usia masing-masing.

Sebagai contoh, rekaan Kak Ucu dan Kak Teh adalah nursing-friendly untuk mereka yang mempunyai bayi kecil. Manakala rekaan Kak Song Hye pula bagi mereka yang menggilai K-Drama. Apapun kami amat menggemari idea Kelab Sukan Lilit yang dipaparkan untuk kempen raya Lilit tahun ini.

Kak Yong Set (Burnt Orange) RM259
Dari kiri : Kak Som Set (Kuning) RM259 & Kak Sal Set (Hijau) RM299

 

 

M.Kita by Mimpi Kita

M.KITA Lebaran 2020 telah menemui peminat jenama itu sejak Mac lalu dan ramai yang menyukainya! Warna-warna pastel dan polos memang senang dipandang pada Syawal nanti.

Sempena pandemik wabak Covid-19, M.Kita akan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan koleksi ini kepada DOPS.TV Mercy Malaysia dan dana Covid-19 Fashion Valet.

Dari Kiri : Salma Embroidered Kebaya Set RM380 & Ilana Tie Waist Kurung Set. RM319
Callia Drape Jersey Kurung Set. RM319 & Hilda Modern Kurung Set RM319

 

 

Parca

Parca Lebaran 2020 mengambil inspirasi hubungan rapat di antara si ibu dan anak daranya. Konsep tersebut ibarat anologi terhadap cara penjualan koleksi lebaran Parca yang membahagikan pakaian mengikut pieces by pieces. Jadi korang boleh mencampur adukkan corak untuk bahagian baju dan sarung.

Dari Kiri : Sabirah Top RM109, Saira Top RM109, Shaima Top RM119, Shaima Sarung RM109, Saleema Top RM109 & Saleema Sarung RM99.
Dari kiri : Saleema Top RM109, Saleema Sarung, RM99, Suraya Top RM109, Saira Sarung RM99, Saira Top RM119, Suraya Sarung RM99, Nazirah Top RM119 & Nazirah Sarung RM109

 

Published by
FZ