Minimumkan Risiko Dijangkiti Covid-19, Dr. Noor Hisham Saran Pakai ‘Double Mask’

Share

Penggunaan topeng muka merupakan item wajib sebagai pelindung diri dari jangkitan pandemik Covid-19 dan kuman yang terdapat di udara.

Beberapa hari ini banyak luahan disuarakan oleh orang ramai mengenai kenaikan mendadak kes baru di Malaysia yang kian hari kian meningkat.

fotoBERNAMA (2020)

Sebelum ini tular gambar Dr Noor Hisham tampil mengenakan ‘double mask’ menarik perhatian warganet di media sosial sekali gus menyifatkan situasi pandemik kini bukan lagi perkara main-main dan ia amat serius.

Menurut laporat Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang awam dan masyarakat agar digalakkan untuk memakai pelitup muka tambahan sebanyak selapis lagi bagi meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19.

Dr Noor Hisham turut menyatakan amalan itu berdasarkan eksperimen dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS). Menurut eksperimen tersebut, memakai pelitup muka perubatan dan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada virus.

Bagi meminimumkan risiko dijangkiti Covid-19, orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka tambahan sebanyak selapis lagi, lapor Harian Metro.

Menurut laporan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan itu berdasarkan eksperimen dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, berdasarkan eksperimen tersebut, memakai pelitup muka perubatan dan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada virus.

“Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.
“Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.
“Jika saya ke hospital ‘double mask’ membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan,” katanya.

Ingat bahawa virus pandemik maut ini masih ada disekeliling kita lagi.

Sumber: Harian Metro

Published by
Nana