Baru-baru ini, tular tindakan seorang remaja lelaki membuat keputusan untuk menghantar seluar sekolahnya yang telah lusuh kepada tukang jahit mengundang sebak netizen.
Alasannya mudah sahaja, remaja berkenaan sebenarnya tidak tergamak untuk menyusahkan ibu bapanya. Katanya, seluar itu masih boleh dipakai walaupun telah lusuh, cuma perlu dilabuhkan sedikit agar dapat menutup kakinya yang kian memanjang.
Perkongsian Tukang Jahit
Ads
Tidak mahu menambah beban, remaja berkenaan mempunyai tiga adik beradik lain yang masih bersekolah. Keadaan remaja yang menyayat hati itu mula terbongkar apabila seorang tukang jahit dari Seremban didatangi lelaki berkenaan.
“Semalam ada seorang budak India lelaki datang kat aku minta tolong labuhkan seluar sekolah dia. Seluar saiz 33 dan warnanya dah lusuh.
“Menung aku sekejap. Kenapa tak beli seluar baru?. Baki seluar tu ada 1 inci, macam mana nak lipat kelepet seluar itu nanti?,” soal wanita itu.
Ads
Wanita yang bernama Sharipah Sadiah Khalid itu kemudian tidak meminta sebarang upah setelah berjaya melabuhkan seluar itu. Menerusi perkongsian di Facebook, Sharipah turut mendoakan agar remaja itu cemerlang dalam apa saja bidang yang diceburi.
“Kadang-kadang bila kita rasa kita susah, rupanya ada lagi yang susah.” Tambahnya.
Ads
Ingat…bila kita rasa kita susah, rupanya ada yang lebih susah daripada kita. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Moga adik ini rajin belajar sehingga mampu mengubah nasib keluarganya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.
#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
They not gonna stop aren’t they? Bahkan hari demi hari pengaruh di peringkat global yang dibawakan oleh artis-artis K-pop semakin meningkat dan luar biasa. Satu demi satu grup K-pop telah merobek pelbagai carta muzik dan muzik video sama ada di Amerika Syarikat, Eropah dan juga Amerika Selatan.
Pernah tak korang bayangkan bagaimana sebuah negara seperti Mexico yang bahasa sehariannya menggunakan Bahasa Sepanyol boleh menjadi antara negara yang gilakan K-pop. Fenomena ini sudah berterusan sejak beberapa tahun lalu dan dengan platform media sosial, pengaruh mereka kini tidak terjangkau dek akal.
Kini mereka juga telah mendominasi jumlah view tertinggi bagi muzik video di YouTube. Laporan terbaru daripada Forbes yang dikeluarkan semalam menunjukkan mereka mendominasi 5 tempat daripada 10 muzik video yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam.
BTS
Pada Ogos lalu, muzik video BTS, ‘Idol’ telah mencipta sejarah apabila berjaya menumpaskan Taylor Swift dan menjadi muzik video paling tinggi jumlah view dalam tempoh 24 jam. ‘Idol’ telah ditonton lebih 45 juta view dalam tempoh 24 jam mengalahkan Taylor Swift dengan ‘Look What You Made Me Do’ dengan 43.2 juta view.
Selain itu, BTS juga menduduki tempat keenam dengan muzik video ‘Fake Love’ dengan 35.9 juta viEW. Muzik video K-pop yang kedua paling tinggi dan keempat dalam carta dalam carta pula diduduki oleh Blackpink dengan lagu hit mereka, ‘DDU-DU DDU-DU’ dengan jumlah 36.2 juta view.
PSY dengan lagu ‘Gentlemen’ pula menduduki tempat kelima dengan 36 juta view. Single terbaru TWICE, ‘Yes Or Yes’ pula di kedudukan ketujuh dengan 31.4 juta view.
Berikut merupakan senarai Top 10 MV paling tinggi jumlah view di YouTube dalam tempoh 24 jam;
1. BTS “IDOL” – 45 juta view
2. Taylor Swift “Look What You Made Me Do” – 43.2 juta view
3. Eminem “Killshot” – 38.1 juta view
4. Black Pink “DDU-DU DDU-DU” – 36.2 juta view
5. Psy “Gentlemen – 36 juta view
6. BTS “Fake Love” – 35.9 juta view
7. TWICE “Yes or Yes” – 31.4 juta view
8. Nicky Jam “X (Equis)” – 29.7 juta view
9. RedOne “Boom Boom” – 24.1 juta view
10. Miley Cyrus “Wrecking Ball” – 22.6 juta view
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal gadis Muslimah dan keputusan mereka untuk berhijab di luar negara tidak pernah terpisah dengan pelbagai halangan serta tentangan daripada sesetengah pihak.
Jika dahulunya kita dengari kisah pelajar sekolah Perancis yang dipaksa menanggalkan hijabnya ketika berada di dalam kelas darjah, kali ini isu seakan sama dihadapi oleh pelajar remaja di India pula.
Khabarnya isu berhijab kini ‘panas’ dilaporkan oleh media India dek larangan pemakaiannya di sekolah dan kolej sehinggakan beberapa protes jalanan tercetus bagi menuntut hak berpakaian mereka mengikut kepercayaan agama.
Tumpuan media India kini terarah kepada seorang gadis remaja hijabi yang telah lantang dan berani berani menyuarakan hak wanita Islam dan berharap agar masyarakat di India menghormati serta mempertahankan hak tersebut.
Gadis yang dikenali sebagai Muskan Khan itu dipuji kerana berani menentang biarpun dia tahu akan kemungkinan berhadapan ancaman dan gangguan sekumpulan lelaki di luar kolejnya ketika protes semakin memuncak.
Dalam video yang tular pada hari Selasa (8 Februari 2022) itu, Muskan Khan memarkir skuter miliknya di luar bangunan Fakulti PES College of Arts, Science & Commerce di Mandya.
Secara tiba-tiba, dia diserbu sekumpulan lelaki yang melaungkan slogan anti-keagamaan terhadapnya hanya disebabkan pemakaian memakai hijab.
Muskan Khan dengan berani mengangkat tangan dan melaungkan ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) terhadap kumpulan lelaki terbabit yang memakai skaf safron.
Katanya kepada wartawan beberapa hari kemudian, dia tidak melaungkan ‘Allahu Akhbar’ untuk menakutkan atau mencerca sekumpulan lelaki yang terlebih dahulu melaungkan kalimah ‘Jai Shri Ram’ (yang bermaksud Glory to Lord Rama) kepadanya. Sebaliknya, Muskan hanya ingin memberikan dirinya kekuatan sewaktu dia berdepan situasi tersebut.
“Saya tidak takut walaupun seorang diri berdepan dengan mereka dan akan terus memperjuangkan hak memakai hijab,” katanya.
Sebaik video tersebut tular, kumpulan lelaki yang menganggunya itu telah dikecam secara maya kerana menjadikan seorang gadis sebagai sasaran.
Menurutnya, cara berpakaian tidak pernah menjadi isu bagi pihak kolej. Hanya orang luar sahaja yang mengapi-apikannya sehingga bertukar menjadi isu kontroversi di negeri yang ditadbir parti kerjayaan Perdana Menteri Narendra Modi iaitu parti Bharatiya Janata (BJP).
Minggu lalu, sekumpulan sayap kanan Hindu di Indian telah berhimpun dan menghalang pelajar beragama Islam yang bertudung memasuki institusi pendidikan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.
Negeri Karnataka di selatan India pula serta-merta menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila seorang gadis berhijab datang ke kelas. Suasana tegang itu berlarutan selama beberapa hari selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang pelajarnya untuk ke sekolah dalam keadaan berhijab.
Terdahulu pada Disember 2021, enam orang pelajar Government Pre-University College for Girls yang terletak di Udapi, India telah dihalang (barred) daripada menghadiri kelas dengan memakai hijab. Beberapa kolej lain dilaporkan menggekori tindakan kolej itu dengan turut menghalang hijabi menyertai kelas. Manakala sebilangan pelajar Hindu pula dilihat telah memakai selendang berwarna safron sebagai tanda protes.
Seperti Muskan Khan, enam gadis remaja itu telah menghantarkan protes kepada pihak berkuasa di Karnataka dengan berkata hak mereka telah dicerobohi. 10 Februari lalu, mahkamah malangnya berkata para pelajar tidak seharusnya berpakaiaan mengikut agama sehinggalah keputusan kes ini ditentukan.
*
Kes Muskan Khan ini juga telah mendapat perhatian Duta Besar Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa, Rashad Hussain,. Beliau telah melahirkan kebimbangan mengenai kontroversi larangan pemakaian tudung di sekolah dan kolej di selatan India, Karnataka.
Lapor Al-Jazeera, Rashid menerusi akaun Twitter Jumaat lalu telah menegaskan bahawa larangan bertudung hanya mendatangkan stigma terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam dan membuatkan mereka merasa terpinggir.
“Kebebasan beragama adalah hak seseorang, mereka seharusnya bebas ketika memilih pakaian mengikut kepercayaan dan tuntutan agama masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.