Penghijrahan merupakan suatu perubahan besar yang telah berlaku dalam diri tambahan lagi buat pereka fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Dipersoal Konon Hilang Eksklusiviti. Rico Rinaldi Terus Aktif Di TikTok
Baru-baru ini, Rico Rinaldi antara pereka fesyen muda berjiwa besar menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci Makkah sebagai jemaah haji. Rico juga membuat pengakuan tentang pengorbanan dalam kerjayanya.
Pemegang Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing itu meluahkannya menerusi laman sosial Instagram. Menurut Rico segalanya bermula apabila beliau mendapatkan penjelasan pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.
“Insya-ALLAH aku cuba perbaiki. Terima kasih @ustazahasmaharun atas pencerahan yang terbuku selama ini.
“Aku perlukan doa dan dorongan semua customer. Untuk pengetahuan aku tak dapat nak buat (tempahan) baju yang tidak ada full lining. Insya-ALLAH slowly ya.
“Tapi tiada diskriminasi untuk mereka yang tidak berhijab, insya-ALLAH ini hijrah dan pengorbanan kecil saya,” titipnya yang berkongsi video penerangan Ustazah Asma’.
Video yang dirakam mengandungi pencerahan bagi menjawab persoalan Rico sama ada sumber daripada menerima tempahan baju agak seksi.
Dalam perkembangan terbaru, Rico mendedahkan seramai 10 orang meminta bayaran pendahuluan (deposit) setelah keputusan itu dibuat. Ia disifatkan Rico sebagai satu tamparan hebat.
“Kalau kalian hendak tau, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer minta deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling kurang RM3,500 hingga RM5,000
“ITU PALING BASIC UNTUK BAJU NIKAH. TAPI SEMUA MINTA CANCEL. TIME HANTAR TEKS KEPADA MANAGER AKU TENTANG ‘HIJRAH KECIL’, HATI AKU SANGAT KUAT DAN YAKIN. TAPI TIDAK SANGKA REZEKI ITU TERUS ‘HILANG’ SEKELIP MATA.
Tapi tidak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tapi ALLAH. Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.
“Kau bayangkan rezeki tidak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqamah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer tu pun (contoh: Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu. Tak apa, slowly aku belajar, slowly customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah di Instagram .
“Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama ok. Bagi yang tidak mahu buat baju seksi boleh roger aku tau,” ciap Rico.
Penghijrahan yang dilakukan ini diharap akan berkekalan agar dapat membuka mata masyarakat sekeliling untuk kembali ke jalan yang benar sekaligus memilih gaya hidup yang positif.
Ustazah Asma’ juga berkongsi penghijrahan Rico dan mengalu-alukan sokongan buat pereka itu.
Penghijrahan pereka fesyen ini merupakan sesuatu yang amat baik dan positif apatah lagi ia merupakan role model yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Alhamdulillah, moga Rico terus istiqomah dan perniagaannya makin berjaya.
BACA : Lihat 7 Baju Bridal Dari Rico Rinaldi Ni, Tetiba Berangan Nak Kahwin!
Sumber: Instagram dan Twitter Rico Rinaldi, Facebook Ustazah Asma’ Harun
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.