Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum mencari pekerjaan adalah dengan mempersiapkan resume lengkap sebagai rujukan oleh bakal majikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Resume Bukan Untuk Terus Dapat Kerja Tapi Untuk Dapat Temu Duga, Lelaki Ini Ajar Cara Buat Dengan Betul
Resume merupakan ‘first impression’ yang diberikan kepada bakal majikan kepada calon pekerja dan kerana itu juga, korang perlu menyediakan resume yang lengkap dan kemas untuk menarik perhatian majikan dan syarikat.
Baru-baru ini mengikut laporan NDTV
, tular di laman LinkedIn kisah Karly Pavlinac Blackburn, seorang pakar IT yang cuba memohon kerja dengan perusahaan pakaian dan kasut sukan, Nike dengan memberikan kek yang dihiasi resume miliknya.“Beberapa minggu lalu saya menghantar resume saya di atas kek kepada Nike dan ia boleh dimakan. Kek itu dihantar ketika Nike mengadakan sambutan besar untuk hari Just Do It (JDI) yang dihadiri oleh LeBron James, Colin Kaepernick serta ramai lagi,” tulis wanita itu.
Tiada sebarang iklan jawatan kosong
Jelasnya, firma multinasional itu bagaimanapun pada ketika ini tidak mengiklankan sebarang jawatan kosong. Namun dia nekad melakukan perkara itu demi memberitahu mereka tentang kewujudan dirinya.
“Cara apa yang lebih baik daripada menghantar kek ke parti besar. Saya berbincang dengan bekas rakan sekerja saya, Trent Gander dan dia mengatakan saya perlu buat lebih ‘ini tempat yang kreatif jadi tampil dengan cara yang kreatif’,” katanya lagi.
Wanita itu kemudian mula berfikir untuk menghantar kek resume dan turut menjumpai sebuah kedai kek yang boleh merealisasikan impianya itu, meskipun dirinya tidak dijemput ke majlis tersebut.
Beri Inspirasi
Dia kemudian menjumpai seseorang yang boleh membuat penghantaran kek tersebut iaitu penghantar barangan Instacart, Denise Baldwin.
Penghantaran kek yang kreatif itu secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada Baldwin untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa depannya.
“Anda telah memberi inspirasi kepada saya. Saya seorang ibu dan saya bosan melakukan Instacart. Saya tahu saya mempunyai kelebihan dan kelayakan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik,” kata Baldwin kepadanya.
Sebelum ini, CEO Meta Mark Zuckerberg juga ada memberi nasihat agar menjadi lebih kreativiti untuk maju dimasa akan datang.
BACA : Sukar Dapat Pekerjaan, Mark Zuckerberg Nasihat Agar Jadi Kreatif
Sumber : NDTV
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.