Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian netizen apabila mendedikasikan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Ammar Ahyan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-16 tahun.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok miliknya, penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu dilihat memberi kad kreditnya kepada Ammar untuk membeli hadiah dan berbelanja bagi mengadakan majlis hari jadi di rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bertuah Ida Dapat Anak Sebaik Ammar…” -Anakanda Sulung Aliff Syukri & Shahida Tuai Pujian Netizen

“Minta Maaf, Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan…” -Aliff Syukri

Dalam hantaran tersebut, Aliff sebagai bapa memohon maaf andai ada kesalahan yang dilakukan sepanjang membesarkan cahaya matanya itu.

“Minta maaf, abah buat video dalam bilik je tengah baring-baring. Kepada anak abah selamat hari jadi yang ke 16 tahun, cepatnya masa berlalu.

Ads

“Abah nak minta maaf kalau selama ini abah jadi abah yang jahat, abah yang garang ataupun yang serba kekurangan daripada abah.

“Niat abah cuma nak anak abah jadi orang yang lebih hebat daripada abah, anak yang berjaya dunia dan akhirat, anak yang sentiasa mendoakan ketika abah tak ada lagi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setelah Hampir 15 Tahun…” -Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, Aliff Syukri Tunai Haji

Ads

“Minta Maaf, Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan…” -Aliff Syukri

Majlis tertutup tersebut hanya dihadiri oleh rakan karib Ammar dan pembantu rumah, manakala Aliff tidak dapat bersama-sama mereka berikutan perlu ke kediaman ibunda tercinta yang juga usahawan, Bonda Rozita.

Pada masa sama, usahawan berusia 37 tahun itu turut mendoakan dan menitip nasihat buat Ammar agar menjadi anak yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Ads

“Menghargai orang tua, menyayangi abah dan juga mama. Sentiasa menjadi abang sulung yang terbaik dan menjadi seorang pewaris kepada perniagaan abah.

“Abah yakin anak abah anak yang hebat. Doa abah, jadilah orang yang disenangi dan disayangi masyarakat. Amin,” tuturnya lagi.

“Minta Maaf, Jadi Abah Yang Jahat, Garang & Serba Kekurangan…” -Aliff Syukri

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Papalarisoffical

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI