Minum ‘Green Tea’ Sebelum Sarapan Bagus Untuk Orang Tengah Diet!

Share

Ada mengambil masa bertahun-tahun dan ada pula mengambil masa hanya beberapa bulan untuk diet bagi memastikan mendapat berat badan diingini.

ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Dalgona Coffee Viral, Jom Try Resipi Green Tea Latte Ini Pula

Apa yang penting konsisten dan tahu pengambilan portion dalam setiap pemakanan yang diambil.

Siapa sangka dalam masa singkat iaitu cuma 4 bulan sahaja lelaki ini, Putra berjaya melenyapkan 16KG. Berat asalnya sebelum ini adalah 97KG dan kini sekitar 81 KG.

Wajib Minum Green Tea Sebelum Sarapan

Masih tidak berpuasa hati dengan penurunan itu dan berazam mahu menurunkan lagi berat badannya menjadi 75KG.

Dalam perkongsian di Grup Diet Suku-Suku Separuh, dia memberitahu mengamalkan diet yang lebih kurang seperti diet suku-suku separuh, tetapi mengira kalori yang diperlukan badannya.

Bukan itu sahaja, dia juga turut mengira kalori defisit. Putra juga turut menghentikan pengambilan makanan/minuman yang berasaskan gula dan bertepung.

Tetapi menggantikan pemakanan yang lebihkan protein seperti pengambilan ayam, ikan, tauhu, telur dan tempe. Bukan itu sahaja dia juga turut mengambil sayuran dan buahan yang banyak.

Pun begitu dalam perjalanan dietnya dia tetap minum kopi dan wajib mengambil green tea. Selain itu Putra turut memastikan pengambilan  air mencukupi iaitu 4 liter air sehari (nisbah 25kg berat badan untuk 1 liter).

Rahsia Berat Badan Turun Dalam Masa Singkat

Manakala pengambilan gula yang diamalkan pula adalah jenis ‘O’ dari satu jenama popular. Dia juga turut mengamalkan ambil cuka epal (2 sudu besar 500 ml) dan akan mengambilnya sebelum sarapan pagi.

Tidak hanya mengutamakan pemakanan, dia juga turut melakukan senaman workout di gym di rumahnya sahaja untuk 2 atau 3 kali seminggu. Ini kerana disebabkan empat tahun lepas, dia juga seorang yang sangat aktif melakukan senaman di gym.

Berkat hanya empat bulan diet dia berjaya mendapat berat sekitar 81KG dan masih perlu terus bergerak sehingga mencapai berat yang diimpikan. Pesannya kepada yang sedang diet, jangan putus asa dan teruskan berusaha hingga mencapai matlamat utama.

BACA LAGI : Tak Nak Kering! Tak Nak Melekit! Bagi Masa Kulit Wajah Relaks Dengan INNISFREE Green Tea Seed Hyaluronic Serum

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


 

 

Published by
Nana