Minum Susu, Rahsia Elak Nafas & Sendawa Berbau Selepas Makan Durian

Share

Bila bahu jalan sibuk orang menjual raja segala buah ini,  itulah petanda musim durian sudah kembali.

ARTIKEL BERKAITAN : Fakta Atau Auta, Doktor Jelas Kenapa Perlu Minum Air Di Pangsa Durian

Harganya pun boleh tahan dan masih mampu dibeli.

Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak badan menjadi panas selepas makan durian.

Ini termasuklah minum air putih dari pangsanya (kulit) dan ternyata petua ini menjadi.

Namun masih ramai yang belum tahu cara untuk menghilangkan bau nafas dan sendawa.

Saintis, Dr Suri Roowi berkongsi baru-baru ini berkongsi bahawa perbuatan minum susu sebelum makan durian  mampu menghilangkan sendawa dan nafas berbau.

Ini kerana kandungan sulfur di dalam durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan akan membantu mengurangkan nafas berberbau durian. Tidak hairanlah dahulu nenek dan atuk kita selalu makan santan bersama pulut. Mereka sendiri telah memikirkan cara tersebut.

Sekarang musim raja buah ini dan setiap gerai durian diserbu peminat-peminatnya
Saintis, Dr Suri Roowi

Saintis, Dr Suri Roowi

“Terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Seperti durian, bawang putih juga kaya dengan sulfur yang memberi banyak manfaat kesihatan seperti anti kanser. Namun jika makan terlebih, perut akan menjadi kurang selesa.

“Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, kita digalakkan minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih untuk mengurangkan bau nafas.

“Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding selepas. Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian,” cata beliau di dalam sebuah posting di Facebook.

There you go! Sebelum keluar ‘melantak’ durian selepas ini, apa kata korang cuba tip ini.

BACA LAGI : Fakta Vs Auta Tentang Durian Yang Korang Perlu Tahu

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana