Harganya pun boleh tahan dan masih mampu dibeli. Maka tak hairanlah raja buah ini semakin diburu peminatnya.
Ada pelbagai petua daripada orang lama bagi mengelak badan menjadi panas selepas makan durian.
Ini termasuklah minum air putih dari pangsanya (kulit) dan ternyata petua ini menjadi. Namun masih ramai yang belum tahu cara untuk menghilangkan bau nafas dan sendawa.
Ads
Saintis, Dr Suri Roowi berkongsi baru-baru ini berkongsi bahawa perbuatan minum susu sebelum makan durian mampu menghilangkan sendawa dan nafas berbau.
Ini kerana kandungan sulfur di dalam durian akan diikat oleh lemak dan protein susu atau santan akan membantu mengurangkan nafas berberbau durian. Tidak hairanlah dahulu nenek dan atuk kita selalu makan santan bersama pulut. Mereka sendiri telah memikirkan cara tersebut.
Ads
“Terdapat kajian yang dilakukan ke atas bawang putih. Seperti durian, bawang putih juga kaya dengan sulfur yang memberi banyak manfaat kesihatan seperti anti kanser. Namun jika makan terlebih, perut akan menjadi kurang selesa.
“Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, kita digalakkan minum susu sebelum dan selepas makan bawang putih untuk mengurangkan bau nafas.
Ads
“Minum susu sebelum makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding selepas. Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian,” cata beliau di dalam sebuah posting di Facebook.
There you go! Sebelum keluar ‘melantak’ durian selepas ini, apa kata korang cuba tip ini.
Ini pula adalah cara untuk mengelak bau durian terperap di dalam kereta:
Banyak kisah orang gemuk menjadi kurus viral di media sosial. Rata-rata melahirkan kekaguman bagaimana berat dari 100 kg menurun kepada 60 kg mengikut ideal individu.
Mereka yang berjaya mengurangkan berat badan pasti akan berkongsi petua bagaimana diet ketat dilakukan. Ada beberapa sebab mengapa ramai cuba menurunkan berat badan.
Antaranya mahu gaya hidup lebih sihat. Ada juga yang berasa terhina, pernah dicemuh dan tak kurang juga pernah diketepikan kekasih kerana mempunyai berat badan berlebihan.
Kenapa kebanyakan orang kagum bila individu gemuk menjadi kurus? Adakah kurus dilihat cantik? Tidak lakukah yang berbadan gempal?
Risiko paling utama bila berat badan mulai kurus, payudara akan mula mengecut! Betul ke?
Kebanyakan remaja berusaha untuk menurunkan berat badan kerana ramai mengatakan kurus itu cantik. Mampu pakai baju ikut bentuk badan dan lain-lain jawapan. Malah kurus itu juga dikatakan mampu menawan hati kekasih. Tak kurang juga ada yang memilih untuk kurus kerana tak tahan dibuli rakan sekolah.
“Abang abam”. “Akak abam”. Semua gelaran-gelaran ini boleh membawa perubahan negetif dalam diri individu yang mengalaminya.
Dalam dunia kesihatan, kebanyakannya menumpu kepada masalah obesiti berbanding dengan masalah kekurangan berat badan.
Kurang berat badan atau kurus lebih sinonim dengan kecantikan. Persoalannya, adakah kekurangan berat badan ini tiada berisiko kepada masalah kesihatan?
Memandangkan semua obses dengan kurus dan kecantikan, baca nasihat Pegawai Dietetik U 44, Puan Rafidah Othman dari Jabatan Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkaitan risiko jika tubuh terlalu kurus.
Jelas Puan Rafidah yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Dietetik berkata, kurus atau kurang berat badan memang boleh dikatakan menawan.
“Tetapi hakikatnya jika terlampau kurus boleh mengundang kepada beberapa risiko kesihatan. Antaranya malnutrisi, kekurangan vitamin atau anaemia (kekurangan darah merah).
“Di samping itu, kekurangan pengambilan vitamin D dan kalsium boleh menyebabkan osteoporosis. Sistem pertahanan tubuh, pertumbuhan terutamanya kanak-kanak dan remaja serta kesuburan juga boleh terjejas selain melambatkan proses penyembuhan luka selepas menjalani pembedahan,’ katanya memberi penerangan awal risiko jika terlampau kurus.
Jelasnya lagi, tubuh manusia memerlukan keseimbangan. Dalam diet keterlaluan, tubuh akan kehilangan sesuatu.
“Sebagai contoh malnutrisi yang bermaksud kekurangan zat makanan di dalam badan. Ianya biasa terjadi kepada individu yang mempunyai kurang berat badan sama ada disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, ataupun mempunyai penyakit yang mengganggu penyerapan nutrisi daripada makanan yang dimakan.
“Malnutrisi akan menyebabkan individu mengalami anaemia dan kekurangan vitamin. Pada jangka panjang, malnutrisi akan mengakibatkan tubuh badan menjadi cepat lesu, kerap jatuh sakit, mudah mendapat jangkitan, hormon tidak seimbang yang mengganggu kitaran haid, rambut gugur dan kulit kering.
Tambahnya lagi, penurunan berat yang mendadak boleh mengecilkan saiz payudara. Ini kerana elastin dan kolagen yang memberi sokongan kepada tisu payudara mengalami tekanan yang menyebabkan ianya berkurangan. Dalam erti kata lain, payudara akan mulai kendur dalam susah untuk mendapatkan kembali tubuh yang montok.
Dalam pada itu, Puan Rafidah berkata, pemakanan yang cukup dan seimbang adalah asas yang penting bagi kesihatan individu terutamanya golongan wanita. Ini kerana wanita yang sihat mampu memelihara kesihatan anak-anak.
Anak-anak wanita yang mengalami malnutrisi berisiko mengalami masalah kognitif, kurang ketinggian, mudah mendapat jangkitan serta berisiko tinggi mendapat penyakit serta boleh mengakibatkan wanita mengalami kesukaran ketika proses bersalin.
Jelasnya lagi, remaja wanita adalah golongan yang paling berisiko tinggi mengalami masalah malnutrisi kerana mereka sedang mengalami pertumbuhan yang pesat semasa remaja. Mereka memerlukan lebih protein untuk pecutan pertumbuhan manakala zat besi dan mikronutrien lain diperlukan semasa mengalami kitaran haid.
Anda bayangkan bagaimana remaja yang memerlukan lebih tenaga dan protein tetapi sengaja mengurangkan nutrisi akibat mahu kekal kurus.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anaemia kekurangan darah merah yang penting sebagai pengangkut oksigen daripada paru-paru ke tisu badan.
Individu yang kurus perlu melakukan senaman berkala. Senaman berkala yang dilakukan akan meningkatkan selera makan serta meningkatkan otot di tubuh badan. Otot adalah lebih berat daripada tisu lemak. Tubuh badan yang berotot adalah mempunyai bentuk yang lebih cantik dan menawan.
Kurus itu cantik kalau tubuh anda cukup dan lengkap pertumbuhannya. Jangan kerana terlalu obses kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Biarlah tubuh tak kurus mana tapi hati mesti mahu baik. Betulkan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah frasa ayat yang sering disebut oleh generasi muda zaman sekarang yang enggan ketinggalan dari rakan lain. Mungkin disebabkan itulah lambakan konsert dan acara hiburan sering diadakan di pusat bandar negara ini.
Generasi muda yang enggan ketinggalan dari berseronok pasti akan berlumba-lumba membeli tiket konsert penyanyi kegemaran mereka.
Namun dalam sibuk menari dan menyanyi, anda baru perasan bahawa solekan di muka sudahpun cair dan sememeh. Alo…..spoil habis macam ini!
Usah risau dan khawatir kerana hari ini Remaja akan berkongsi bersama anda beberapa tips penting agar solekan anda tahan lama sehingga hujung konsert!
Prime, prime & prime!
Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan primer dalam memastikan solekan anda tahan lama! Menggunakan primer yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda boleh menentukan sama ada solekan tersebut akan bertahan hingga hujung acara atau auto cair sejurus matahari terpacak di atas kepala.
Gunakan foundation yang tahan lama!
Jika anda mempunyai foundation yang anda tahu tidak akan berganjak, jadikan produk itu sebagai kawan baik anda. Elakkan dari menggunakan foundation yang berminyak atau glowy finishing. Sebaliknya pilih foundation yang jelas tertulis perkataan matte di atasnya, kerana jenis foundation sebegini akan memberikan ketahanan yang lebih lama serta kalis dari peluh di muka.
Mascara kalis air adalah satu kemestian!
Jika anda seperti saya, yang mudah beremosi dan menangis ketika di konsert, maka ada kemungkinan besar untuk anda berakhir dengan bekas air mata yang mengalir di pipi yang kemudiannya menghancurkan solekan di muka. Oleh itu maskara kalis air adalah pilihan wajib dan selamat bagi anda yang ingin ‘selfie sakan’ ketika berada di lokasi konsert tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: The Star, Pixel, Sasa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang kala bila kerap ke salon sama ada untuk memotong, mencuci atau membuat warna, kesannya rambut menjadi kasar, mudah beruban dan kekeringan.
Memang segan jika usia muda rambut kelihatan beruban, kasar dan tidak menarik. Yalah, apabila melakukan rebonding tentu saja ubat-ubatan dicampur kimia digunakan untuk meluruskan, mewarna dan sebagainya. Itu belum lagi penggunaan hair dryer yang boleh merosakkan rambut jika kerap digunakan.
Bagi korang yang ada masalah ini, jangan la risau ya sebab banyak bahan-bahan alami yang boleh digunakan untuk menyubur dan menyihatkan semula rambut yang sudah rosak dan kembali menghitamkannya semula.
Jangan tak tahu, air teh yang telah direndam semalaman merupakan cara terbaik untuk menghitamkan kembali rambut. Kos murah saja tetapi kesannya mampu membuatkan rambut korang kembali bersinar.
Cara membuatnya :
Selaing uncang, adakalanya kita gunakan beberapa senduk teh untuk membuat sama ada teh o atau teh tarik. Biasanya baki teh itu kita buang begitu sahaja.
Selepas ini baki teh itu jangan buang dan rendamkan dengan sedikit air pans untuk mendapatkan mendapan dan kepekatan teh itu. Jangan campur dengan gula sebaliknya biarkan tawar.
Pastikan teh itu terendam seharian dalam bekas bertutup. Ini agar teh tidak tercemar oleh bendasing selain cara paling mudah untuk menyejukkan teh.
Fungsi teh yang telah direndam ini
Ia akan menghitamkan kembali rambut yang rosak akibat penggunaan bahan kimia atau beruban. Untuk mengelakkan rambut kerap rosak, jangan terlalu kerap ke salon melakukan pewarnaan, penggunaan hair dryer dan cara ini juga mampu membuatkan akar rambut kembali sihat.
Warna teh pekat ini akan bertindak sebagai pewarna asli kerana pada zaman dahulu, air lebihan teh berfungsi sebagai menghitamkan rambut, memcegah tumbuhnya uban dan sebagai tonik untuk rambut.
Harus diingat, untuk mendapatkan betul-betul rambut kelihatan hitam, pakailah setiap hari selama dua minggu dan insya Allah, rambut akan kelihatan hitam berkilat.
Cara menggunakan air teh sebagai penghitam rambut
-Proses ini dilakukan 2 jam sebelum mandi setiap pagi
-Ambil air teh sahaja dan bukannya serbuk teh berkenaan.
-Cuci tangan dengan bersih, celupkan kedua telapak tangan sampai basah dan ratakan ke seluruh rambut.Boleh juga dengan menyiramnya ke kepala.
-Sapu rata-rata dan biar untuk satu tempoh sekurangnya 2 jam.
-Selepas itu bilas dengan air bersih dan elakkan penggunaan shampoo. Boleh gunakan shampoo sehari selepas itu atau sebelah petang.
-Untuk dapatkan rambut sihat, gunalah bahan alami agar rambut sentiasa sihat dan kelihatan cantik dan jangan bergantung kepada bahan kimia dengan kerap.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...