Kuasa Allah, tiada apa yang mustahil…
Di United Kingdom, sepasang bayi kembar yang sebelum ini dilahirkan ketika usia kandungan cuma 24 minggu, kini dibenarkan pulang ke rumah di Lampeter, Wales Barat, selepas 150 hari menerima rawatan di hospital.
Menurut laporan akhbar The Scottish Sun, Bayi yang diberi nama Matthew Ifan dan Elgan Sion Rees, ketika dilahirkan cuma seberat 538.6 gram dan 566.9 gram, menyebabkan doktor-doktor meramalkan peluang mereka untuk hidup adalah tipis.
ARTIKEL BERKAITAN: “Assalamualaikum Wahai Anakku, Aura Medina” -Harris Annuar, Asha Merican Timang Puteri Sulung
Selain itu, masing-masing telah dipindahkan ke empat hospital berbeza untuk menjalani beberapa pembedahan bagi usaha menyelamatkan nyawa mereka.
Ibu kepada pasangan kembar, tersebut, Tracey Evenden menzahirkan perasaan gembira kerana dapat membawa pulang kedua cahaya matanya selepas mengharungi perjalanan yang penuh dengan pasang dan surut.
“Ada masanya kami tidak tahu apa hasilnya. Kami melalui setiap jam dengan ada masanya berfikir bahawa ia mungkin saat terakhir (nyawa bayi kembar).
“Namun, kami telah melalui semua itu dan berharap agar ini adalah penamatnya (kesukaran),” katanya.
Menurut bapanya pula, keadaan bayi-bayinya begitu tenat sehinggakan dia dan isteri diberitahu bahawa pasangan kembar itu tidak dapat diselamatkan, ketika dilahirkan pada Oktober tahun lalu.
Kini, pasangan suami dan isteri itu masih memerlukan penjagaan berterusan yang rapi dan rawatan di hospital.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Scottish Sun