Mirip Atau Tidak? Filem Biopik Anwar Ibrahim Dalam Pembikinan, Diterajui Farid Kamil & Acha Septriasa!

Share

Jika pada tahun ini, penonton di Malaysia telah membuktikan bahawa keinginan untuk menonton filem tempatan yang menampilkan figura terkenal negara masih wujud menerusi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Kini, satu lagi filem bercorak biopik tenpatan bakal dipertontinkan tidak lama lagi dan ia adalah mengenai calon Perdana Menteri daripada parti Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Filem yang terhasil dengan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia ini diberikan judul Jalan Masih Panjang (buat masa ini) dan diarahkan oleh sutradara dari negara seberang, Viva Westo.

Khabarnya, ia kini sudahpun berada dalam fasa penggambaran dan membabitkan pelakon Malaysia, Farid Kamil sebagai Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah. Mereka turut disiokong oleh Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr. Mahathir.

Wah! Bukan calang-calang pelakon ya.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Farid Kamil pada hari ini telahpun memuat naik beberapa foto daripada babak lakonannya sebagai tokok politik itu. Farid turut menyertakan kapsyen sipnopsis filem ‘Anwar’ ini yang berbunyi;

“Kisah benar, perjuangan Anawar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korup – bagaimana dia tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari cukong-cukong besar. Juga bagaimana dia enggan menggunakan wang rakyat untuk membailout syarikat anak pemimpin tertentu yang kerudian berbilion Ringgit.”

“Kerana itu, dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

“Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belengu hutang, akhirnya merengkok di di penjara,” catatnya.

Meremang bulu roma membacanya bukan! Nampaknnya kita sudah boleh mengagak jalan ceritanya yang menyentuh era Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan hinggalah waktu beliau perlu berdepan perbicaraan serta dipenjara sekitar era lewat 90-an.

Rata-rata rakan selebriti lain menyatakan sokongan dan perasaan tidak sabar mereka bagi menantikan tayangannya pada awal tahun 2023.

“Akhirnya, satu karakter yang kuat. Amat bangga dengan kamu.” – Nabila Huda.

“Wow. Nampak epik.” – Raf Yaakob.

“Wahhh sangat promising. Tahniah untuk sebuah lagi watak yang penting dalam masyarakat.” – Nadiya Nisaa.

“MasyaAllah adikku. Syukran Allah SWT, rezeki Allah SWT untuk Farid Kamil makin baik saban waktu. Terkini, hero 62 filem and counting adikku.”

*

Terdahulu, industri perfileman dan persembahan teater di Malaysia pernah mengangkat beberapa tokoh politik sebagai kisah inspirasi buat tontonan masyarakat.

Antaranya termasuklah fiem 1957: Hati Malaya (2007), Muzikal Tun Mahathir (2010), Teater Tun Siti Hasmah (2012) dan filem Tanda Putera (2013).

ARTIKEL BERKAITAN : Pejuang Dulu-Dulu Bergolok Gadai Pertahankan Negara. Ini Filem-Filem Patriotik Yang Patut Anda Tonton. – REMAJA

FOTO : Instagram Farid Kamil & Acha Septriasa

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ