
Penyanyi terkenal, Misha Omar, bakal mengadakan konsert solo terbaharunya yang dinamakan MISHA OMAR BACK TO BASIC SHOWCASE pada 21 Disember 2024.
Konsert ini akan berlangsung di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya, bermula jam 8.30 malam. Ini merupakan konsert solo pertama Misha selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Istana Budaya pada tahun 2021.
Berbeza dengan konsert besar sebelumnya, penyanyi lagu popular Sampai Bila itu memilih untuk mengadakan persembahan kali ini dalam skala lebih kecil tetapi lebih bermakna buat para peminatnya. Ini juga adalah cara Misha menghargai peminat yang telah menyokongnya sepanjang dua dekad dalam industri muzik.
Menurut Misha, walaupun konsert ini kecil, ia adalah langkah pertama menuju impian untuk mengadakan konsert yang lebih besar pada masa depan.
“Sebagai penghibur yang sudah dua dekad berada dalam industri, saya memang ada impian untuk mengadakan konsert besar.
“Tapi, saya lebih suka bermula dengan langkah kecil sebelum menuju ke sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Konsert yang dianjurkan oleh Double M Productions ini dijangka berlangsung selama 90 minit dengan muzik yang disertai oleh pemuzik-pemuzik berprofil tinggi. Misha akan dibantu oleh Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal dan Ayop Azril sebagai pengarah muzik bersama sembilan pemuzik. Selain itu, Jennifer Thompson akan bertindak sebagai pengarah konsert dan Simon Khoo sebagai pengarah teknikal.
Selain itu, Misha juga menjelaskan bahawa nama Back to Basic dipilih kerana ia merujuk kepada perjalanan awal kerjayanya sebagai penyanyi.
“Konsert ini membawa saya kembali ke saat-saat awal saya sebagai penyanyi, ketika pertama kali menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman pada tahun 2002,” tambah Misha.
Bagi para peminat yang sudah lama menantikan Misha kembali ke pentas, konsert ini pastinya satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Misha menjanjikan kejutan menarik untuk semua yang hadir pada malam tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: NIDJI Tetap Teruskan Perjuangan Muzik Meskipun Tanpa Giring, Mahu Fokus Konsert Solo Februari Ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasa Seram Selubungi Pawagam Januari Ini Dengan 4 Filem Menakutkan

Isi Kandungan
Toggle
Bulan Januari nampaknya dipenuhi dengan rasa seram..
Bukan apa, kebanyakan penerbit filem seram memilih Januari 2020 untuk mengeluarkan filem masing-masing di pawagam. Senang cerita, setiap minggulah korang boleh menonton filem seram baru!
Jom lihat apa yang menanti korang.
The Grudge
Tidak, ini bukanlah filem sekuel kepada filem bertajuk sama pada tahun 2004. Kali ini, ia menceritakan kisah sama dari pandangan 3 keluarga lain dan detektif tersebut semasa mereka cuba menyelesaikan sumpahan yang melanda.
Tayangan: 3 Januari
Underwater
Sekumpulan saintis berusaha untuk menyelamatkan diri setelah makmal bawah tanah mereka hancur akibat gempa bumi. Masalahnya, mereka perlu berhadapan dengan pelbagai makhluk anih di bawah laut.
Tayangan: 10 Januari
The Turning
Filem adaptasi moden dari The Turn of The Screw ini menceritakan kisah seorang nanny yang dilantik untuk menjaga 2 orang anak yatim yang menyimla pelbagai rahsia gelap.
Tayangan: 24 Januari
Gretel & Hansel
Kisah kanak-kanak ini bertukar ‘dark’ apabila difilemkan. Hansel & Gretel perlu menyelamatkan diri setelah diculik oleh ahli sihir yang mempunyai motif jahat ke atas mereka.
Tayangan: 31 Januari
*
Jika seram bukanlah genre kegemaran korang, apa kata korang pergi menonton filem yang baru saja memenangi 2 anugerah Golden Globes 2020 – 1917. Baca reviu kami di bawah mengenai filem ini.
Kisah Perang ‘1917′ Diangkat Filem Terbaik, Teknik Kamera 1-Shot Buat Penonton Enggan Bangun!
Tip Simpan Duit Cara Sempoi, Wajib Buat Tahun Ni!

Masuk je tahun baru, macam-macam azam yang selalunya kita dengar daripada kawan-kawan, family dan orang terdekat. Selain nak kurus yang dah jadi azam klise setiap tahun, ramai juga berazam untuk menabung tahun ini.
Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang nak plan pergi bercuti, atau paling tidak pun, duit yang disimpan tu boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan.
Ramai yang mengeluh dengan gaji yang tak seberapa macam mana mereka nak menabung?
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh Safura Planner di laman Facebooknya.
Bolehlah korang start menabung hari ini!

Tip simpanan
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
Total keseluruhan duit simpanan yang korang boleh dapat dalam setahun adalah RM3,300. Bolehlah daripada tak ada kan?
Rasanya cara simpanan ni boleh dipraktikkan kerana ia tidak memerlukan jumlah yang banyak sekali gus. Cuma korang perlulah berdisiplin untuk merealisasikan niat menyimpan ni. Hiks!
Kalau tak dapat simpan banyak, boleh ikut kemampuan korang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
Elica Paujin Juara BIG STAGE! 2022 Tahun Gemilang Penyanyi Sumandak Sabah

Pentas Big Stage 2022 berakhir pada malam ini dengan penuh gemilang setelah kejuaraan menjadi pemilik penyanyi kelahiran Sabah, Elica Paujin.
Sekaligus, penyanyi berusia 22 tahun ini telah membawa pulang hadiah wang tunai bergelar RM100,000 berserta trofi.
Elica pada malam ini telah membawakan lagu Cinta yang dipopularkan oleh Marsha Milan Londoh pada malam ini dan ternyata, ‘risiko’ yang diambil oleh Elica tersebut berbaloi!
Pada awal minggu ini, Elica mengakui dirinya sedikit terbeban untuk membawakan lagu itu kerana dia tahu ramai yang akan membandingkannya dengan Marsha disebabkan tempat asal kelahiran mereka.
Begitupun, Elica telah melakukan persembahan yang cukup menyakinkan tanpa terlalu memikirkan mengenai soal perbandingan tersebut.
Malah, Elica juga memberitahu kepada rakan media bahawa Marsha sendiri telah menghantar rakaman video kepadanya dan memberikan pesanan serta tip sebelum membawakan lagu Cinta.
Selain lagu tersebut, pada malam ini Elica juga telah bergandingan dengan Hael Husaini menerusi lagu Believer.
Kemenangan Elica Paujin ini sekaligus membuatkan ramai warganet merasakan bahawa tahun 2022 merupakan tahun kegemilangan semula penyanyi wanita dari Sabah selepas Marsha Milan berjaya bergelar pemenang kedua serta persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-36, baru-baru ini.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Danial Chuer manakala Aisha Retno terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.
Berikut merupakan markah keseluruhan para peserta Big Stage 2022 pada malam ini :
Peserta : (Markah Juri) + (Markah Undian Atas Talian), Markah Penuh
- Elica Paujin : 66.22% + 12.71%, 78.93%
- Daniel Chuer : 66.64% + 5.98%, 72.62%
- Aisha Retno : 66.57% + 4.47%, 71.04%
- Yazmin Aziz : 57.05% + 2.3%, 59.35%
- Tegar Septian : 54.6% + 4.57%, 59.17%
Untuk pengetahuan, sebelum ini Elica pernah memenangi program Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi, Akim.
Sumber Foto : Ihsan Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.