Hari yang ditunggu-tunggu oleh Blinks di Malaysia akhirnya tiba apabila OREO melancarkan biskut edisi terhad OREO x BLACKPINK di seluruh negara secara rasmi pada hari ini.

Kolaborasi bersama kumpulan K-pop sensasi itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat setelah imej pek pembungkusnya telah tular sejak bulan Disember lepas .

ARTIKEL BERKAITAN: Biskut Oreo Bertukar Merah Jambu Demi Blackpink! Akan Dijual Di Malaysia Pada 2023 – REMAJA

Malaysia merupakan salah sebuah negara bertuah yang menerima kemasukan stok OREO x BLACKPINK dan tidak mustahil, ia akan habis terjual dengan begitu pantas dek penangan Personal Shopper tempatan.

Maklum sahajalah, tidak semua negara yang memasarkan OREO istimewa ini melainkan Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

Blinks di Amerika Syarikat dan benua Eropah sanggup bayar tau!

Anyway, kami ingin cerita sedikit apa yang istimewanya tentang kolaboratif epik di antara OREO x BLACKPINK ini.

Misi Kumpul 10 Kad Bergambar Bermula! Edisi Oreo x Blackpink Sudah Dijual Di MalaysiaMisi Kumpul 10 Kad Bergambar Bermula! Edisi Oreo x Blackpink Sudah Dijual Di Malaysia

Ads

Pek bungkusannya sahaja sudah berbeza dengan yang biasa apabila ia memamarkan biskut oreo berwarna merah jambu berinti coklat dan di atasnya tertera lambang mahkota sama seperti pada kulit album pertama Blackpink berjudul, The Album.

Selain daripada pilihan biskut merah jambu berinti coklat ini, korang juga boleh mendapatkan versi biskut berwarna hitam dengan inti strawberi – bergantung kepada citarasa masing-masing.

Misi Kumpul 10 Kad Bergambar Bermula! Edisi Oreo x Blackpink Sudah Dijual Di Malaysia

Tambah istimewa tentunya kerana setiap bungkusan biskut OREO x BLACKPINK ini didatangkan dengan kad bergambar keempat-empat ahlinya lengkap dengan tanda tangan lagi. Setiap ahli menerima dua jenis foto berbeza.

OREO juga menawarkan dua kad bergambar dengan foto berkumpulan; membuatkan jumlah kesemua kad bergambar untuk korang kumpul menjadi sepuluh keping!

Ads

(Tidak dapat dipastikan pula sama ada setiap kad bergambar hanya boleh didapati dalam pek perisa berbeza).

Misi Kumpul 10 Kad Bergambar Bermula! Edisi Oreo x Blackpink Sudah Dijual Di Malaysia

REMAJA pasti, Blinks di Malaysia akan cuba mengumpulkan kesemua kad bergambar ini untuk dijadikan sebagai kenangan.

Akhir sekali, korang jangan pula buangkan pek bungkusannya itu selepas puas mengambil gambar untuk dimuat naik ke media sosial (Yes we know you that well. We did it too!)

Pembeli boleh mengimbas kod QR pada pek bungkasannya itu untuk mendapat foto ‘wallpaper’ bagi telefon pintar korang serta video mesej daripada Blackpink. Secara total terdapat lapan video berasingan untuk korang kumpul, dua video bagi setiap ahli Blackpink.

Ads

Tidak cukup dengan itu, pembeli juga berpeluang untuk memenangi hadiah percutian ke KOREA hanya dengan mendapatkan mana-mana jenis biskut OREO bernilai sekurang-kurangnya RM15! Selain hadiah utama itu, mereka juga menawarkan hadiah lain berupa merchandise rasmi Blackpink selain album Born Pink yang khabarnya telah ditandatangani.

*Pitam*

Tunggu apa lagi… sebelum licin rak di kedai tu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI