Misi Lahirkan Produk Lokal Yang Berkualiti, Usahawan Muda Ini Tak Gentar Dengan Cabaran

Share

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan lagi-lagi jika menceburi bidang kosmetik.

Mungkin korang pernah mendengar kehebatan produk lokal yang berkualiti iaitu Kayman Beauty. Namun korang kenal tak siapa pengasasnya?

Fatin Nabila Binti Khairul Anuar ialah orang yang membawa nama Kayman Beauty hingga produk yang diusahakannya menempa nama dalam industri.

Modal Kecil-Kecilan 

Bermula dengan keuntungan berniaga kecil-kecilan, wang modal yang dikumpul oleh Fatin Nabila atau Belle, dilaburkan untuk membina empayar perniagaan yang diimpikan.

“Saya mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ketika berusia 23 tahun. Akhirnya pada tahun 2017 dan bermodalkan RM15,000 hasil perniagaan baju, kasut, dan bag secara dropship agent, saya menubuhkan perniagaan sendiri yang diberi nama Kayman Beauty.

Usaha saya banyak dibantu oleh ahli keluarga terdekat termasuk nenek. Paling sukar dilupakan, saya pernah membuat business proposal dan disuruh membentangkannya di depan nenek semata-mata bagi mendapatkan pinjaman pada ketika itu untuk memulakan perniagaan. Dengan modal tersebut juga saya jalankan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk pertama saya iaitu CoalFace Soap dan Alhamdulillah sampai sekarang masih mendapat sambutan hangat,” tutur Bella memulakan bicara.
Sepanjang dua tahun di pasaran, Kayman Beauty telah memasarkan empat produk iaitu Coalface Soap, CoalFace Cleanser, Rosa Glow Treatment Essence dan terbaharu, Skintella Repairing Serum. “CoalFace Soap adalah sabun pencuci muka yang diformulasikan daripada arang dan madu. Manakala CoalFace Cleanser pula menggunakan formula yang lebih lembut untuk menangani kulit kering dan sensitif.

Walaupun baru berusia 27 tahun, Belle menjelaskan sepanjang menjalankan perniagaan ada banyak dugaan dan halangan yang ditempuh sebelum melakar kejayaan. Namun, Belle menganggap setiap cabaran yang mendatang sebagai kenangan manis jika ia dilalui dengan penuh kesabaran.

“Tidak dinafikan, setiap perniagaan ada cabarannya. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan masyarakat tentang kualiti produk keluaran Kayman Beauty, jadi itulah cabaran utama kami. Tapi saya yakin sebagai produk keluaran tempatan, Kayman Beauty juga boleh berdiri setanding dengan produk antarabangsa kerana selaku pengasas produk, saya hanya mahu yang terbaik. Tahun 2020 ini saya merancang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi dan menembusi pasaran antarabangsa,” terangnya bersungguh-sungguh.

Untuk info, Produk Kayman adalah keluaran Kayman Beauty yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang tegas mahu melahirkan produk lokal yang bagus dan setaraf antarabangsa!

Penulis kagum berasa kagum apabila mendapati prinsip mereka adalah untuk mengubah stigma pandangan negatif masyarakat Malaysia terhadap produk tempatan.

Saya percaya pandangan negatif yang dimaksudkan adalah kerana ramai yang takut untuk mencuba produk tempatan setelah viralnya isu ‘produk timbang kilo’.

Kayman menyatakan bahawa mereka telah melakukan pelbagai uji kaji dengan bantuan daripada pakar dan pihak profesional sebelum mengeluarkan produk-produk ini.

Published by
Nana