Sebuah lagi filem seram fiksyen Underwater bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air tidak lama lagi. Dibintangi oleh Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr, filem ini memaparkan para survivor yang cuba melarikan diri dari mahluk raksasa yang sedang memburu mereka di dasar laut.
Norah Price adalah salah seorang daripada sekumpulan penyelidik yang terperangkap jauh di dasar lautan selepas makmal bawah air mereka musnah akibat satu gempa bumi. Selain berdepan masalah kekurangan oksigen dan alatan yang rosak, mereka turut diburu oleh satu raksasa laut dalam bermisteri yang muncul akibat gempa bumi itu. Mereka perlu bekerjasama dalam mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari terus diburu raksasa tersebut.
Pada mulanya sebelum kami menonton tayangan perdana filem ini tanpa melihat trailernya, kami menganggap mungkin ia berkaitan dengan serangan haiwan ganas di dasar laut. Namun, ternyata jangkaan kami meleset kerana cerita ini sepertinya berkisarkan tentang sekumpulan ‘alien’ yang menyerang pasukan penyelidik bawah air.
Korang bayangkan macam mana jika berhadapan dengan situasi cemas di dalam air yang sangat dalam? Yes, babak tersebut merupakan antara scene favorite kami. Penonton akan dibawa menyelusuri misi menyelamatkan diri oleh pasukan makmal bawah air yang bertugas di dasar lautan.
Selepas Kristen Stewart gagal memberi impak dalam filem Charlie’s Angels pada tahun lalu, dia sekali lagi tampil sebagai pelakon utama menerusi Underwater dengan lakonan yang boleh dikatakan berkesan.
Wataknya sebagai ‘hero’ menjadi tunjang utama apabila dia bertanggungjawab dalam memastikan rakan-rakannya yang lain turut terselamat daripada insiden itu.
Apa yang boleh kami katakan durasi selama 1 jam 35 minit bagi filem ini sudah memadai kerana ia padat dengan aksi dan jika terlalu lama takut pula nanti jadi lebih mengarut kan? Hiks!
Kalau nak tahu macam mana aksi yang digarap oleh pengarah William Eubank ini, saksikan Underwater di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari 2020.