Ajal tidak mengira usia, siapa sangka hanya mengalami tonsil mampu meragut nyawa ratu cantik ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Seminggu Bertarung Dengan Koma, Ini Kisah Kematian Tragis Ratu Cantik Alabama
Baru-baru ini pemenang Miss United Continents Brazil 2018, Gleycy Correia disahkan meninggal dunia pada umur 27 tahun di Instagram pada 20 Jun 2022.
Menurut laporan Daily Mail, paderi keluarga beliau Lidiane Alves Oliviera memberitahu bahawa ratu cantik itu meninggal dunia di klinik swasta pada 20 Jun lepas selepas menghadapi pendarahan yang banyak dan serangan jantung juga pembedahan mengeluarkan tonsilnya pada akhir Mac.
Koma Dua Minggu
Dilaporkan juga, Correia mengalami koma selama dua bulan dan serangan jantung berlaku pada 4 April.
Wanita ini mula memasuki dunia ratu cantik pada zaman remajanya dan berjaya dinobatkan sebagai Miss United Continents Brazil 2018 ketika umurnya 23 tahun. Selepas kejayaannya itu, beliau bekerja sebagai pakar kecantikan dan model yang sering dikongsinya di media sosial.
Sehari selepas pemergiannya, wakil organisasi Miss United Continents mengeluarkan kenyataan, “wanita cantik dengan kehidupan yang amat gembira.
“Saya mahu mengucapkan takziah pada keluarganya dan mentor beliau, Henrique Fontes yang telah beri kita hadiah iaitu berpeluang mengenali seorang perempuan yang cantik, bijak dan manis yang telah meninggalkan kita kenangan-kenangan gembira yang akan kita simpan dalam organisasi ini”.
View this post on Instagram
Selepas berita kematian Correia, keluarga dan kawan-kawan beliau memberi ucapan takziah mereka di media sosial termasuk Jak Abreu.
“Tuhan memilih hari ini untuk mengambil puteri kita. Kita tahu yang beliau akan amat dirindui tetapi kini, beliau akan cerahkan langit dengan senyumannya,” kata Abreu di Instagram.
3 PETUA MELEGAKAN BENGKAK TONSIL DENGAN BAHAN SEMULAJADI
Jika korang mengalami sakit tekak dan tonsil ini jangan biarkan melarat, apa kata cuba beberapa petua mudah untuk anda lakukan di rumah.
1. MADU
Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat terapeutik seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bangkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.
Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan lebih cepat.
2. KUNYIT
Selain menjadi penyeri masakan, kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan alternatif dari rumah kerana kesan baiknya pada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak.
Minum susu panas dengan campuran sesudu kunyit serbuk untuk meredakan sakit tekak. Amalkan 2 kali sehari untuk kelegaan segera.
Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh.
3. KUMUR AIR GARAM
Rata-rata banyak doktor gigi yang mengesyorkan penggunaan kumuran air garam bagi meningkatkan kesihatan oral secara menyeluruh termasuklah tekak. Hal ini disebabkan oleh kebaikan garam yang didapati berkesan untuk mengurangkan perit di tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi ketika ingin makan dan minum.
Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam dalam secawan air suam. Kumur tiga kali sehari bagi kesan yang optimum.
Untuk pengetahuan korang, menurut MyHealth, tonsil adalah gumpalan tisu limfoid (sub-epitelium) yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Selain sakit tekak dan sukar menelan, radang atau bengkak tonsil biasanya disertai dengan gejala demam panas yang agak lama berbanding biasa, sakit telinga, sembelit, sakit kepala, lemah tubuh, dan hilang selera makan.
Sebelum ini dunia juga dikejutkan dengan kematian mengejut Cheslie Kryst yang terjun dari bangunan kediaman 60 tingkat yang didiaminya. Pemenang pertandingan Miss USA 2019 itu merupakan seorang peguam, pengacara dan juga wartawan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ibu Cheslie Kryst Hentikan Teori Konspirasi Tentang Tragedi Anaknya, Sahkan Niat Bunuh Diri
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=_rxG36r_0A4