Setelah beberapa minggu berada di Puerto Rico untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2021, akhirnya tiba masa untuk Dr. Lavanya Sivaji berada di pentas akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu demi merebut gelaran Miss World pada tahun ini.
Bagaimanapun, satu perkhabaran menyedihkan hadir semalam setelah wanita berusia 25 tahun itu disahkan positif COVID-19 setelah dia menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang diwajibkan ke atas para peserta.
Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Pengarah Nasional Miss World Malaysia, Dr. Sean Wong semalam menerusi satu kenyataan media yang dikemukakan.
“Doktor telah menilai keadaan kesihatannya dan dia kini sihat sahaja. Namun menurut Organisasi Miss World dan garis panduan yang ditetapkan, sekiranya ada peserta yang positif ujian PCR untuk COVID-19, peserta tersebut akan diminat untuk diasingkan bagi tempoh 10 hari dan tidak dibenarkan untuk berada di atas pentas semasa acara akhir.
“Biarpun tidak akan berada di pentas tersebut, Organisasi Miss Wrld telah memberikan kami jaminan bahawa para peserta yang terkesan dengan jangkitan wabak ini masih akan diadili oleh para juri dan masih mampu memenangi gelaran Miss World 2021.
Ads
“Para juri akan melihat kepada bakat unik mereka, persembahan terdahulu dan video yang telah direkodkan sebelum membuat keputusan,” ujarnya.
Dr. Lavanya Sivaji merupakan salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik tahun ini yang menerima perhatian penyokong tempatan. Ini berikutan ketiadaan wakil negara ke Miss Universe 2021 sebelum ini dek kerana lokasi pertandingan yang dilangsungkan di Eilat, Israel.
Perkhabaran ini sudah semestinya membuatkan penyokong merasa sedikit kecewa kerana sekali lagi tidak dapat melihat wakil negara beraksi. Tambahan pula apabila Dr. Lavanya tampil tidak kurang hebatnya berbanding wakil negara lain sejak dia tiba di Puerto Rico pada November lalu hingga sekarang.
Tidak mengapalah guys, faktor kesihatan tetap harus diutamakan. Cuma nasib yang tidak menyebelahi Malaysia setelah wakil negara dijangkiti wabak COVID-19.
Terdahulu semasa pertandingan Miss Universe 2021 dilangsungkan, hanya seorang pesertanya yang positif COVID-19. Wakil Perancis, Clémence Botino didapati positif hanya beberapa hari setelah tiba di Israel. Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu selamat menjalani proses kuarantin selama 10 hari dan sempat bersaing di pentas akhir hinggakan berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 peserta terbaik.
Organisasi Miss World mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk menangguhkan tarikh pentas akhir Miss World 2021. Bagaimanapun, mereka masih belum menyatakan tarikh sebenar yang dipilih dan hanya memaklumkan acara akhir akan didakan di Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot dalam tempoh 90 hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sehari bertugas sebagai penyampai radio (Dj) di stesen radio Hot FM, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin kini dilantik sebagai penasihat belia negeri dan ahli lembaga pengarah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pelantikan baharu beliau diumumkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi sebuah hantaran di platform Facebook kelab bola sepak itu.
“Tahniah dan selamat datang ke JDT. JDT juga mengucapkan tahniah kepada Khairy atas pelantikannya sebagai penasihat Pemuda Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Sementara itu, pengerusi jawatankuasa belia, sukan, usahawan, pembangunan koperasi dan sumber manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan Khairy bagi memastikan agenda pembangunan belia Johor dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Saya percaya pengalaman dan kebolehan Khairy dalam bidang itu akan membolehkan beliau menyumbang idea baharu yang dinamik untuk memberi manfaat kepada belia, serta pembangunan bola sepak di negeri ini.
“Pelantikan baharu beliau adalah tepat pada masanya kerana beliau juga pernah berkhidmat sebagai menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018,” ujarnya.
Sebelum, TMJ menerusi akaun rasmi Facebooknya, memberi bayangan bahawa bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan menjadi CEO JDT dan juga penasihat belia Johor.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat perlu dilaksanakan dikala kes baru Covid-19 yang kian meningkat hari demi hari. Namun, bukan semua bernasib baik dapat berkerja dari rumah malah ada juga yang terpaksa berhenti berniaga di kala PKP disebabkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup.
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan perutusan khas mengenai bantuan-bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Ini antara perutusan yang disampaikan:
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 akan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan sebanyak RM500 lagi.
Selain itu, isi rumah yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima kadar RM300, manakala bagi golongan bujang pula, sebanyak RM100 akan diberikan.
Bantuan yang menelan kos sebanyak RM2.1 bilion ini akan dimasukkan ke akaun penerima pada akhir Jun nanti.
Moratorium secara automatik
Golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberikan pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama enam bulan.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, inisiatif ini akan dilaksanakan segera bermula bulan Jun yang akan memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ini.
“Industri perbankan akan mula memberikan maklumat terperinci berkaitan dengan ini bermula esok,” katanya menerusi perutusan khas mengenai Bantuan PKP 3.0.
Alhamdulillah, ada juga bantuan daripada kerajaan di waktu PKP 3.0 ni.
Sumber: RTM
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu berita duka untuk umat Islam apabila mengikut laporan Quds News Network, Masjid Al-Aqsa dalam keadaan bahaya apabila daerah tempat tinggal kaum Israel di Jerusalem dikhabarkan mengalami kebakaran.
Angin yang bertiup di daerah itu membuatkan kawasan tersebut semakin dijilat api dan merebak ke kawasan-kawasan lain yang berdekatan.Sementara itu, api telah mula merebak di kawasan hutan di bahagian barat, bersebelahan Masjid Al-Aqsa.
Dilaporkan juga, 13 jet pemadam kebakaran telah diterbangkan untuk mengelakkan api daripada merebak, namun setakat ini kebakaran masih belum dapat dikawal.
🇮🇱 The huge forest fire west of #Jerusalem now. Thousands are being evacuated from the villages and communities in its path. 10 fire fighting planes and firemen from across the country are battling the blaze thats out of control. #PrayForJerusalempic.twitter.com/lBoGgpwMo1
Menurut info, api tersebut bermula di kawasan kependudukan Beit Meir, Ksalon, Ramat Razeil, dan Givat Ye’arim. Pun begitu, pihak berkuasa Israel telah melakukan evakuasi terhadap penduduk terjejas.
Sebagaimana kita tahu, Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah. Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj. Di sini juga Baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut. Di sini juga banyak fadhilat apabila bersolat di Masjid Al-Quds.
Mari la kita sama-sama doakan keselamatan Masjid Al-Aqsa dan semoga “Kiblat Pertama Umat Islam” ini dilindungiNYA.
Sebelum ini, Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat berjaya memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dianggap sebagai kota suci umat Islam.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...