Miss Malaysia Kempunan Beraksi Di Pentas Miss World Selepas Positif COVID-19

Share

 

Setelah beberapa minggu berada di Puerto Rico untuk mewakili Malaysia di pertandingan Miss World 2021, akhirnya tiba masa untuk Dr. Lavanya Sivaji berada di pentas akhir pertandingan ratu cantik berprestij itu demi merebut gelaran Miss World pada tahun ini.

Bagaimanapun, satu perkhabaran menyedihkan hadir semalam setelah wanita berusia 25 tahun itu disahkan positif COVID-19 setelah dia menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang diwajibkan ke atas para peserta.

Sumber Foto : Instagram @lavanyasibaji

Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Pengarah Nasional Miss World Malaysia, Dr. Sean Wong semalam menerusi satu kenyataan media yang dikemukakan.

“Doktor telah menilai keadaan kesihatannya dan dia kini sihat sahaja. Namun menurut Organisasi Miss World dan garis panduan yang ditetapkan, sekiranya ada peserta yang positif ujian PCR untuk COVID-19, peserta tersebut akan diminat untuk diasingkan bagi tempoh 10 hari dan tidak dibenarkan untuk berada di atas pentas semasa acara akhir.

“Biarpun tidak akan berada di pentas tersebut, Organisasi Miss Wrld telah memberikan kami jaminan bahawa para peserta yang terkesan dengan jangkitan wabak ini masih akan diadili oleh para juri dan masih mampu memenangi gelaran Miss World 2021.

“Para juri akan melihat kepada bakat unik mereka, persembahan terdahulu dan video yang telah direkodkan sebelum membuat keputusan,” ujarnya.

Sumber Foto : Instagram @lavanyasibaji

Dr. Lavanya Sivaji merupakan salah seorang wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik tahun ini yang menerima perhatian penyokong tempatan. Ini berikutan ketiadaan wakil negara ke Miss Universe 2021 sebelum ini dek kerana lokasi pertandingan yang dilangsungkan di Eilat, Israel.

Perkhabaran ini sudah semestinya membuatkan penyokong merasa sedikit kecewa kerana sekali lagi tidak dapat melihat wakil negara beraksi. Tambahan pula apabila Dr. Lavanya tampil tidak kurang hebatnya berbanding wakil negara lain sejak dia tiba di Puerto Rico pada November lalu hingga sekarang.

Dr. Lavanya Sivaji bersama Miss World 2019, Toni-Ann Singh. Sumber Foto : Instagram @lavanyasibaji

ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Malaysia Jadi Sasaran 16,000 Warganet Indonesia Gara-Gara Kain Batik – REMAJA

Tidak mengapalah guys, faktor kesihatan tetap harus diutamakan. Cuma nasib yang tidak menyebelahi Malaysia setelah wakil negara dijangkiti wabak COVID-19.

Terdahulu semasa pertandingan Miss Universe 2021 dilangsungkan, hanya seorang pesertanya yang positif COVID-19. Wakil Perancis, Clémence Botino didapati positif hanya beberapa hari setelah tiba di Israel. Bagaimanapun, gadis berusia 24 tahun itu selamat menjalani proses kuarantin selama 10 hari dan sempat bersaing di pentas akhir hinggakan berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 peserta terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN : Berani & Percaya Diri. Ini Penampilan TANPA SOLEKAN 8 Finalis Miss Universe 2021 – REMAJA

BACA LAGI : Boleh! Wakil Pertama Bahrain Ke Miss Universe Minta Untuk Tidak Pakai Bikini – REMAJA

[KEMAS KINI]

Organisasi Miss World mengumumkan bahawa mereka memutuskan untuk menangguhkan tarikh pentas akhir Miss World 2021. Bagaimanapun, mereka masih belum menyatakan tarikh sebenar yang dipilih dan hanya memaklumkan acara akhir akan didakan di Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot dalam tempoh 90 hari.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ