Miss Somalia Pecah Tembok Diversiti, Wakil Hijabi Pertama Dalam Sejarah Miss World

Share

 

Sekitar Disember tahun lalu, REMAJA pernah melaporkan spekulasi mengenai bekas model antarabangsa berhijab terkenal, Halima Aden yang dipercayai akan mewakili negara kelahirannya, Somalia di pertandingan ratu cantik sebagai peserta berhijab pertama dalam sejarah.

Sumber Foto : Instagram @halima

Halima yang mengundurkan diri daripada bergiat aktif dalam dunia peragaan disebabkan tatacara industri fesyen yang pada pendapatnya cuba mengeksplotasi imejnya sebagai seorang gadis berhijab dan menjauhkan dirinya daripada ajaran Islam sebenar telah meninggalkan impak yang cukup mendalam pada waktu tersebut. Ini terutamanya dapat dilihat dalam kalangan gadis remaja berhijab yang menjadikannya sebagai ‘role model’ bagi mereka menambah keyakinan diri.

Sebelum bergelar seorang model terkenal, Halima terlebih dahulu telah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota pada tahun 2017 dan menempatkan diri hingga peringkat separuh akhir. Biarpun tidak menang, Halima terus mendaki tangga populariti di Amerika Syarikat sehinggakan dia menjadi Halima Aden yang kita kenali sekarang.

Sumber Foto : Instagram @halima

Hantaran Instagram Story oleh Halima pada Disember lalu ada menyebut bahawa dirinya mungkin ingin menyertai semula dunia ratu cantik demi membawa imej gadis berhijab ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya akan menjadi Miss Universe Somalia pertama. Kepada peserta lain, watch out, saya sedang datang.

ARTIKEL BERKAITAN : Setelah Padam Foto ‘Modelling’, Halima Aden Akan Sertai Miss Somalia Pula? – REMAJA

Well, Halima disebut akan hanya cuba menyertai pertandingan Miss Universe pada edisi 2025 semasa berusia 27 tahun kelak. NAMUN, hasrat Somalia untuk menghantar wakil berhijab pertama mereka (dan pertama di dunia!) ke pertandingan ratu cantik nampaknya kian menjadi realiti.

Ia menerusi gadis jelita bernama Khadija Omar yang telah mengesahkan penyertaannya di Miss World ke-70 pada bulan Disember ini. Bertempat di Puerto Rico, Khadija dan Somalia berani untuk memecahkan tembok diversiti dalam kalangan peserta dunia ratu cantik.

Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr

Biarpun ia bukan di Miss Universe seperti yang diimpikan oleh Halima Aden, harus diingat Miss World adalah sebahagian daripada pertandingan ‘Grand Slam’ di dunia dan jutaan penonton akan mengikuti perjalanan gadis-gadis tersebut.

Sedikit info menarik mengenai Khadija Omar. Gadis berusia 20 tahun ini merupakan seorang mahasiswi dalam jurusan Psikologi dan juga berkongsi minat yang sama dalam bidang peragaan kerana merasakan kurangnya model berhijab di peringkat antarabangsa. Malah, Khadija turut menjadikan Halima sebagai sumber inspirasinya.

Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr

Kelihatan di bio Instagram Khadija tertulis Miss World Somalia 2021. Nampaknya, gadis yang sudah mengumpul lebih 26,000 pengikut di Instagram ini serius untuk memenangi gelaran Miss World tersebut apabila dia semakin rancak mengenengahkan kegiatan ‘Beauty With A Purpose’-nya yang menjadi salah satu faktor pemarkahan di Miss World. Dengan kerjasama Somali Youth Action dan UNHCR (badan yang banyak menyokong Halima selama ini), Khadija ingin mencipta program bagi mengajar wanita dan kanak-kanak di Somalia mengenai Pendidikan Iklim.

Khadija juga tidak hanya fokus pada pertandingan Miss World. Malahan dia juga telah berkecimpung dalam cabang solekan sebagai jurusolek apabila menghasilkan rangkaian Makeup by Khadija Omar (@makeupbykhadija.omarr) serta akaun YouTube berasaskan solekan, Iamkhadija.

Jom lihat beberapa lagi foto Khadija Omar yang menawan ini, jangan pula korang merasa insecure dengan kemulusan kulit sawo matangnya! Hehe

.
Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr
Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr
Khadija bersama bendera Somalia. Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr
Khadija kini telah tiba di Puerto Rico untuk Miss World 2021. Sumber Foto : Instagram @khadija.omarr

All the best Khadija, wakililah golongan gadis berhijab sebaik mungkin di pentas Miss World 2021.

ARTIKEL BERKAITAN :Teruk Dikritik Feminis : Miss World Kembalikan Segmen Pakaian Mandi Selepas 7 Tahun? – REMAJA

BACA LAGI : Belize Juarai Pertandingan Miss Earth 2021. Malaysia Berpuas Hati Di Kedudukan 20 Terbaik – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ