Miss Universe 2012 dari Amerika Syarikat, Olivia Culpo kelmarin telah berkongsi sesuatu yang agak peribadi kepada pengikutnya. Ia berkenaan keadaan kesihatannya setelah dia terpaksa menjalani satu pembedahan untuk endometriosis.
Sebelum kita melihat apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan endometriosis yang selalu dihadapi oleh remaja perempuan, jom ketahui dahulu pengalaman Olivia yang terpaksa berdepan dengan penyakit ini.
Tidak ramai yang mengetahui Olivia, 28 telahpun ‘merana’ akibat endometriosis untuk bertahun-tahun lamanya. Bukannya Olivia tidak cuba untuk mendapatkan rawatan selama ini, Cuma doktor yang merawatnya seringkali tersalah diagnos sakit yang dirasainya itu.
Setelah lebih setahun didiagnos dengan endometriosis, Olivia akhirnya melalui prosedur pembedahan selama 3 jam.
“Selama ini, saya akan berdepan dengan kesakitan melampau semasa datang haid. Ketahuilah, rasa sakit semasa haid adalah tidak normal. Mungkin ada yang akan berkata, ‘Ambil saya Tylenol setiap hari’ atau ‘Rehat lebih, datang bulan memang tidak menyelesakan’. Namun kamu harus mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar. Ia tidak normal,” katanya
Apa Itu Endometriosis
Seperti yang dikongsikan oleh Olivia, endometriosis terjadi apabila tisu daripada dinding rahim tumbuh pada bahagian lain dalam badan seorang perempuan. Pada setiap bulan, sel-sel ini akan memberikan reaksi yang sama seperti sel di dalam rahim. Ia akan membesar, mengecut dan mengakibatkan pendarahan. Bagaimanapun, tidak seperti darah haid yang keluar dari rahim, darah ini tidak mempunyai saluran lain untuk mengalir keluar.
Di antara simptom yang selalu dirasai oleh pesakit endometriosis adalah rasa sakit pada bahagian perut, haid berlebihan dan rasa penat. Mereka juga akan berdepan dengan masalah mengawal pundi kencing.
Selain itu, endometriosis boleh mengganggu faktor kesuburan dan secara amnya kebahagian seorang pesakit. Walaupun punca utamanya masih tidak diketahui, ramai pakar yang mengaitkan endometriosis dengan isu genetik dan masalah sistem imunisasi.
“Walaupun sakit yang dirasainya tidak dapat digambarkan, namun ia sukar untuk dikesan menerusi ultrasound, kecuali jika kamu mempunyau endometrioma atau ‘chocolate cysts’ pada ovari – seperti saya.
“Saya faham, seorang pesakit endometriosis akan berdepan keadaan sukar apabila kesakitan mereka tidak dapat didiagnos,” tambah Olivia yang kini kerap memuat naik mesej kesedaran kepada perempuan muda di luar sana yang berdepan dengan endometriosis.
*
Susah sebenarnya jadi perempuan ni, but there is a solution to everything girls.
Girls, Pelik Kenapa Selera Makan Bertambah Sebelum Datang Bulan? Rupanya..