Gelaran Miss Universe 2022 Disandang Oleh Amerika Syarikat Selepas Penantian 10 Tahun

Share

Pentas akhir pertandingan Miss Universe 2022 yang berlangsung pada hari ini telahpun menobatkan R’Bonney Gabriel dari Amerika Syarikat sebagai juara edisi ke-71 sebentar tadi.

R’Bonney, 28 yang berasal dari Houston, Texas telah mengenepikan saingan terdekat daripada naib juara, Andrea Rubio dari Venezuela. Manakala, tempat ketiga pula disandang oleh Dominican Republic, Andreina Martinez Founier.

Kali terakhir wakil Amerika Syarikat dinobatkan sebagai juara Miss Universe adalah pada tahun 2012 menerusi Olivia Culpo. (Kebetulan pula, Olivia juga bertugas sebagai hos program Miss Universe 2022 pada hari ini).

(Dari kiri): Andrea Rubio dari Venezuela, Anne Jakrajutatip yang merupakan pemilik organisasi Miss Universe, Miss Universe R’Bonney Gabriel dan Andreina Martinez Founier dari Dominican Republic.

Gadis berdarah kacukan Amerika Syarikat – Filipina ini telah dimahkotakan oleh juara edisi ke-70, Harnaaz Sandhu dari India dengan mahkota baharu bernilai USD5.58 juta.

Mahkota ini juga merupakan mahkota paling mahal dalam sejarah penganjuran Miss Universe.

ARTIKEL BERKAITAN: Bernilai Lebih RM26 Juta, Mahkota Baharu Bakal Digayakan Pemenang Miss Universe 2022 – REMAJA

Kemenangan R’Bonney di New Orleans, Amerika Syarikat ini sekaligus menutup mulut segala spekulasi dan tohmahan negatif yang terpaksa ditelan oleh R’Bonney susulan kemenangannya di pertandingan Miss USA 2022 oleh rakan-rakan seangkatannya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:   Organisasi Miss USA Di ‘Kerusi Panas’ Lepas Spekulasi Dibongkar Pesertanya Sendiri – REMAJA

Menariknya mengenai kemenangan R’Bonney sebentar tadi adalah persamaan di antara jawapannya sewaktu pusingan Top 5 dan mesej yang disampaikan pada bahagian belakang cape

yang dipakai R’Bonney semasa pusingan pakaian mandi.

Dalam jawapannya yang diberikan semasa pusingan Q&A tersebut, R’Bonney berkata satu perubahan yang diharapkan olehnya di pentas Miss Universe adalah faktor usia. Pada usia 28 tahun, sebahagian daripada semangat yang diperolehi R’Bonney untuk melakukan yang terbaik bagi menggapai impian adalah disebabkan usianya itu.

“Jika bukan sekarang, bila lagi? (If not now, then when?),” soal R’Bonney. Mesej yang sama juga terpapar pada bahagian cape yang dipakai olehnya. Dia sekaligus kini merupakan salah seorang juara paling berusia dalam sejarah penganjuran Miss Universe.

BACA LAGI: Wakil Laos Jadi Kebanggan Rantau Asia Tenggara, Satu-Satunya Terpilih Top 16 Miss Universe 2022 – REMAJA

Sedikit info menarik mengenainya, R’Bonney bergelar gradual daripada University of North Texas dengan sijil sarjana muda rekaan fesyen dengan minor dalam kepakaran fiber.

Kini aktif bergelar seorang pereka fesyen yang memartabatkan elemen kelestarian alam sekitar dalam penghasilan pakaian, R’Bonney turut mencatat sejarah pada tahun lalu selepas menjadi peserta pertama berketurunan Filipina yang memenangi Miss USA.

ARTIKEL BERKAITANRatu Cantik Berdarah Filipina Dinobat Sebagai Juara Miss USA 2022 – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ